Sunday, January 27, 2008

Marah anak

Ibu-ibu sekalian,
Mcmana nak buat supaya boleh sabar ngan kerenah anak yang kadang2 mencabar tahap kewarasan?
Tolonglah saya..

Semalam saya kena jaga kedai sbb Ira ambik cuti, ada hal. Mcm biasa mesti bawak Ariz. Tak tau, angin apa yg serang dia, dia punya tantrum tu mmg tahap maksima sungguh. Memula suh beli belon buih..okaylah ikut lagi, main sekejap dia puas, dia tuang air sbun tu merata2..pastu dia campak bende tu dr tingkat 2. Sabar lagi, pastu dia main air paip, pastu marah, habis selipar dia dia lempar sana sini. Suruh dia main block yg dia bawak dr rumah, habis dia lemparkan dlm luar kedai. Sambil menangis melolong toksah cerita lah. Darah saya dah naik ni. Mula dah start cubit sikit2. Pastu paling geram tetiba dia off laptop pulak. Sebelum tu dia tekan sana sini, irritating giler..so, start lah adegan mencubit secara besar-besaran. Hangin ku mmg x berapa elok jugak agaknya semlm. Episod kemarahan berakhir bila abah datang bawak kitorang balik. So tak sampai tengahari, dah tutup kedai.

Yg ironiknya, semalam lepas maghrib Ariz tido awal. Sedih sgt tgk muka dia yg tak tau apa2 tu. Terasa mcm jahatnya saya, tak layak jd mak. Anak buat perangai pun nak marah, bukan nya dia paham pun. Menyesal sekejap. Tp rasanya tak lama, lepas ni kalau dia buat perangai pulak..ntahlah..harap2 sy makin pandai bersabar.

Friday, January 25, 2008

Away selama 3 hari dr ofis, challenge session for 2008's BSC. Dr corporate, division, subsidiary hingga ke department bsc. Ramailah yg kena attend, up to 30 head of departments across the company. Ramai juga muka2 baru yg aku x pernah jumpa. tak sangka within a few years we had expand sebesar ini. So, sesi bermula dri khamis n berakhir jumaat dgn sesi pembentangan oleh CEO kepada dato' Chaiman.

Mcm biasa tak suka sgt sesi mcm ni lebih2 lagi berpisah ngan Ariz n abahnya yang tersayang. Nasib baik ada adik ariz yg x boleh dipisahkan lagi. Adik ariz 'galak' sgt..bergerak2 dgn amat aktif sekali. Walopun saya boring giler mtg dari pukul 8 pagi sampai pukul 2 pagi, tp sy seronok sbb this little cutie ni suka kacau2. selalu tak aktif mcm ni, agaknya dia paham mama dia boring giler. Oh, sebelum terlupa, just nak note yg on the way ke sini td, kami nyaris 'accident'..near miss..teramat lah dekatnya. Syukurlah, kalo tak dimanalah saya berada sekarang agaknya. Thanks to Zunaidi, boleh terima award driver cemerlang tahun ni:)

Monday, January 14, 2008

Bukan lagi rahsia

Semalam kami pergi scan baby. Terang2 nampak mcm Ariz punyer. Hihi..
Abah suka lah tu, sbb sejak dr awal kawin abah dah target anak pertama ngan kedua nak boy. Ke-3 pun kalo bleh nak boy jugak. Pastu baru girl. Alasannya nanti nak jaga adik senang lah dah ada 2 bodyguard. Mama pun hepi jugak sbb baby nampak sihat2 ajer. Cuma x dpt lah nak berangan2 nak pakai baju baby gurl yg comey2 tu. nampaknya lepas ni nak kena cari stok baju baby boy banyak2 penuhkan kedai.

Cakap pasal kedai, kami dah start buka kedai pd 5/1/2008 tempohari. Nama kedainya ADIK COMEL. Tapi belum naik signboard pun lagi. Alhamdulillah dapat sorang staff yg comel bernama Ira sbg pembantu kedai. Sales setakat beberapa hari ni mcm yg dijangka lah..lembap...tapi syukurlah sbb ada jugak sikit2. Biasalah kan, bisnes ni mesti bermula dgn merangkak. Lama2 boleh lah lari pecut. InsyaAllah. Dengan syarat jangan putus asa. Kena selalu ingat tu ye!

Ariz mmg sooo funny lah lately nih. Penat ler nak layan bercakap tu yg paling penat. mcm siaran radio non stop. Hari ni baru perasan gigi dia mcm nak start ada lubang sebesar lubang jarum kat tengah gigi 'kapak' nya. Tak lama lah tu..setahun lagi bakal rongak.

Abah sibuk ngan keje-keje membuat pagar rumah yang terpaksa dibuatnya sendiri setelah Indon yg dia hire tu kena tahan sebab PATI. Ada hikmah disebalik setiap kejadian kan. Mmg kesian sbb mamat tu baru kawin, rajin plak tu. Hikmahnya abah save byk sbb tak payah bayar upah pekerja, abah boleh wat exercise menyihatkan badan dan abah boleh keluarkan skill yang terpendam. Kalo tak buat, mana tau boleh kan!. Tak sabar nak tunggu siap, nanti saya akan paste kan kat sini kerjatangan pertama hasil usaha Encik Zulkifli..:)

Abang Long dah start meniaga pasar malam sejak 2 minggu lepas. Alhamdulillah, semoga berjaya lah hendaknya. Sesiapa yg duk area Dungun, Sura, Paka tu, kalo jenjalan pasar mlm nampak org jual roti john dan yang sewaktu dengannya, boleh lah beli. Support my abang long! heheh..

Owh..lupa..satu lagi nak tulis, bunga kantan saya yg berusia seusia rumah kami (hampir 2 tahun) baru aje berbunga. Setakat ni dah 4 kuntum. Saya biarkan aje dia kembang sbb tak de nak guna pun.

Tuesday, January 1, 2008

After 31years..

Selamat tinggal 2007, selamat datang 2008!
Perasan tak masa berlalu mcm kilat je..

rasanya baru jer sibuk2 nak menghadapi era millenium, bebudak IT tak tidur malam sbb risaukan pepijat alaf,
rasanya baru je kawin..baru je dpt anak..alih2 anak dah 3++ tahun,
rasanya baru je kerja..rupanya dah hampir 10 tahun,
rasanya baru je naik rumah baru, rupanya dah 2 tahun dah,
rasanya ayah baru je meninggal, rupanya tahun ni dah masuk 11 tahun,
rasanya Nor baru je balik tinggal di kampung, rupanya dah dekat 2 tahun,
rasanya Busra baru je p Egypt..rupanya tahun ni dah nak balik dah,

Mcm2 perkara berlaku, sedar tak sedar hujung tahun ni aku dah 32 tahun. Kalau ikut umur biasa umat Nabi Muhammad, aku ada another 32 yrs to go. Rasanya kalau ikut skala duniawi, aku puas hati dgn segala apa yg Allah kurniakan selama ini. Tp kalo ikut skala ukhrawi, rasa mcm zero ajer. Entah apa2 lah yg aku buat selama ni. Bila pikir2kan rasa mcm takutnya nak hadapi alam seterusnya. Sedar tu mmg sedar tp tindakannya tak kemana. Lalai..

Azam tahun baru? seperti biasa aku tak pernah buat azam sejak beberapa tahun yg lepas. Kekadang kalo rasa nak berazam sgt, aku buat azam awal muharam aje. Bukannya apa, malas lah nak pk azam2 ni sbb tak istiqamah pun nak buat. sekadar atas kertas aje. Cukuplah sekadar vision aje.