Wednesday, April 30, 2008

Suatu Kelahiran

23/4/2008
Tarikh yang didoakan abang semoga tidak menjd tarikh kelahiran anak keduaku ini, akhirnya seperti yang telah tertulis sejak azali, telah menjd tarikh kelahiran Idlan hadi.
3.30 pagi - terjaga bila tiba-tiba rasa mcm sakit perut. Tidur bangun ke tandas, berulang2 hampir 5 kali. Terus tak boleh nak tidur.
5.00 pagi - kejutkan abah bila yakin sakit yang terasa tu adalah contraction
6.00 pagi - bersiap2 hantar Ariz ke rumah babysitter dan kemudian terus ke Kuantan
7.30 pagi - sampai ke Klinik bersalin Al Farabi
7.45 pagi - Check jalan dah 3cm...
8.45 pagi - masuk labour room sbb tak tahan sakit, abah ke kolej shahputra utk ambik exam paper SPACE material science

contraction...contraction...contraction...every minutes...

12.00 tghari - jalan dah 8cm
2.00 ptg - 9cm, dr dah start suruh meneran, tp tak tau lah kenapa, teknik meneran yg tak betul sehinggalah pukul 3 petang, tak keluar2 jugak. Tak leh nak gambarkan perasaan ketika itu, tak keruan, rasa kesian kat baby, rasa mcm nak mati, tp yang pasti penuh harapan yang Allah akan berikan peluang jugak untuk bersalin secara normal dan selamat. Dr Azian dah start arahkan supaya buat preparation for c-sect n call Dr Razak. Sedih sgt bila terbayangkan yang aku sekali lagi akan jalani pembedahan. Tp dlm hati rasa mcm makin kuat keazaman utk pastikan anak ini keluar secara normal jugak.

3.00 ptg - Dr Razak datang utk c-sect. Tp sebelum tu dia kata nak cuba vacuum dulu coz baby tak lah besar sgt pun. So we try for one last time. This time mmg buat gila2 punya lah. So, after a few deep breath, tetiba terasa seperti sesuatu meluncur keluar. Ya Allah, tak tau nak gambarkan mcmana, Allah mendengar doa hambaNya, syukur Ya Allah, berjuta kali rasanya mau kuucapkan kesyukuran itu. Tanya abang, 'baby dah keluar ke?' Nampak muka abang senyum, so i already know the answer. Dan tepat jam 3.11 ptg, lahirlah bayi yg tercinta ini.

After 3.11 ptg - 2nd stage labour - nak keluarkan uri. Agak susah nak keluar sbb ada part yang lekat tak mo tanggal. So sekali lagi Dr Razak bantu dan alhamdulillah selepas tak taulah berapa lama, akhirnya keluar. Tp time tu buat lah apa saja, tak kisah langsung dah. Yang penting bayi dah selamat.

4.00 ptg - selesai - dah masuk rehat di bilik - Dr Azian datang utk bgtau yang baby ada masalah pernafasan, pucat walaupun dah diberi oksigen, so kena hantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan. Dugaan lagi, tak sempat pun lagi nak pandang wajahnya. Nasib baik Abah dah selesai azankan. Tahnik aje belum. So berlepaslah baby ke HTAA ke wad NICU. Mama n Abah bermalam di bilik 6 AlFarabi. Abah tak dapat nak balik sebab letih sangat dan esok pulak ada exam paper statistics. Ariz bermalam di rumah mama Che Moh aje.

Terima kasih yg tak terhingga kepada insan2 yang telah membantu dlm mengharungi perjalanan selama 9bln ini..
Abah : yang telah memmberi sokongan dan bantuan dlm apa jua bentuk yang tak mampu sy lakukan sendiri.
Family & Kengkawan : yang sentiasa mengambil berat
Drs & nurses at Al Farabi : Sokongan moral, keprihatinan dan bantuan kalian akan sy kenang sampai bila2
Mama Che Moh : Yg sedia menjaga ariz pd bila2 masa diperlukan
Dan terutamanya, syukur atas rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah, Yang telah memberi kekuatan kepada ku mengandungkan seorang anak dengan segala kelemahan dan kesukaran, Yang telah memberikan kesakitan yang tidak terhingga yang dengannya keluarlah anak ini dengan segala keajaiban, Yang telah memberikan kelupaan terhadap segalanya setelah melihat pandangan yg suci murni dr anak ini..tidak terkatakan nikmatnya..

Sunday, April 20, 2008

Macam-macam nak update..

Mmg macam-macam saya nak tulis tp tak tertulis. Hingga hari ni rasa mcm ada masa dan mood, so bolehlah update mana-mana yang teringat.
  • Laptop yg guna kat opis rosak n terpaksa hantar servis sbb tertumpah ABC Akat keyboardnya. Rasa mcm nak mintak yg baru tp cam biasalah, bab mintak2 ni bukan sesuatu yg mudah bg saya. Jd saya hanya berdoa moga2 laptop tu mmg xleh dibaiki lagi, so ada lah alasan kukuh nak mintak baru..hehe.
  • Laptop abah baru je sampai semlm setelah buat order dr Toshiba sehari sblm tu. Mmg efisyen lah servis diorg. Suka sgt sbb courier tu hantar just after abg keluar p lawat projek, so that sy jd org pertama yg merasmikannya. Mmg comel dan rasanya berbaloi. Mana nak dpt Toshiba dgn processor core duo 2 dgn harga less than 3k? Diorg buat promotion until 30hb April ni.
  • Ariz nampaknya sudah sebati dgn idea adik baru. Apa2 hal mesti refer to adik. Dan dia mcm suka dgn nama Idlan Hadi compare to Ibrahim Fahmi. Kalau tanya nak adik nama apa, mesti dia akan jwb Idlan Hadi.
  • Ada satu pagi, Ariz tanya mama, 'mama, mama x nak ke Ariz jd angkasawan?'. Bila mama tanya kenapa, Ariz jwb sbb mama x bagi Ariz main Glansodor (gelunsur). Baru teringat rupanya mama pernah bgtau dia dulu2, 'Macamana Ariz nak jd angkasawan kalau nak masuk dlm gelunsur tu pun takut?' (masa tu dia takut nak masuk gelunsur yg jenis berpusing-pusing to sbb gelap.
  • Mama dgn penuh semangat buat pertama kalinya telah menghantar gambar Ariz dlm pertandingan bayi comel anjuran WMDC. Tak sangka lak Ariz terpilih dlm senarai top 10. Tp utk saringan 5 peserta tercomel, Ariz x lepas.
  • Integration audit utk EMS ngan HSMS dijangka pd 20-23 May yg mana time tu sy akan berada di kampung sbb dlm pantang. Harap2 takde isu besar yg boleh menggugat kedamaian hati sy ketika berpantang nanti. Lagipun rasanya staff dept saya sumer2nya boleh diharap utk handle semua tu dgn jayanya..:D
  • Lama tak menulis ttg biz. Sekarang nak masuk bulan ke-4 kami beroperasi. Alhamdulillah selama itu jugak sale sentiasa cukup untuk cover overhead cost serta stock. Cumanya agak penat kebelakangan ni, jd xde masa utk biz. Abah aje lah yg monitor bila dia ada kelapangan. Disamping tu, kalau nak membeli secara online bolehlah jenguk2 ke http://branded-kids-clothing.blogspot.com . Kat sini sy ada jugak update sebahagian stok yg ada. Dan kalau nak order just call or sms at my hp. Kalau nak order kat site leceh sikit sbb sy jrg online.
  • Skrg ni kerja kat opis mcm dah separuh jiwa aje. Penat sgt nak bawak perut. Duduk aje oklah, tp bila nak jalan utk makan etc tu rasa mc x larat betul ler. Excessive sweating tu satu hal, walopun duk dlm aircond aje, tp peluhnya mcm org mandi. Rasa mcm nak doa supaya boleh bersalin cepat tp kesian kat abah yg akan exam pd 23-24hb ni. Kalo lepas tu barulah lega utk abah nak uruskan agaknya. Apa sekalipun, semoga selamat sumernya.

Monday, April 14, 2008

Ariz dan Abah

!2/4 yg lepas ialah harijadi Abah. Tp mama dan Ariz tak de bagi apa2 hadiah atau special treat apa pun. Really nothing...
Sebabnya Ariz demam hampir seminggu, dan mama langsung tak larat nak masak atau jalan2. Tp takpe, sebab lelaki macho mana bleh sensitif bab2 celebrate birthday sumer ni, betul tak abah? Walaubagaimanapun (bak kata Ariz) kami hadiahkan untuk abah doa semoga dikurniakan iman yg kental, jiwa yang tenang, umur dan harta yang bermanfaat serta kebahagiaan dunia dan akhirat. Itu saja (walaupun kami tahu abah sebenarnya masih menunggu laptopnya yg entahkan tiba entahkan tidak..huhu).

Ariz sepanjang minggu lepas mmg sungguh menyedihkan. Asyik tido aje dan xde semangat langsung, hatta utk beli mainan sekalipun. Mmg kesian sgt sbb selalunya dia demam sehari dua aje, tp kali ni demamnya melarat sampai seminggu. Yg penatnya sebab dia akan bangun every hour at night dan mintak buatkan air teh cicah biskut jagung :)). Dan dia tak lupa utk tanya soalan favourite dia ketika ini, 'Mama, hari ni hari apa?'. Mmg rasa terharu sgt bila tengok dia terbaring lemah mcm tu. Langsung takde gelak ketawa. Tak galak. Buat mama terbayang kepada ibu2 yang ada anak yang berpenyakit. Ntah mcmanalah perasaan mereka kalau sepanjang masa anak terlantar mcm tu.

Ada beberapa ketika dalam minggu ni mama rasa seolah2 hidup ni tak bermakna. Rasa kosong, rasa tak berguna. Sampai ke tahap menangis sorang2 pun ada. lagi pulak bila tetiba badan jadi letih sangat. Kadang2 terfikir mcm dah dekat ke nak sampai ajal? Tp sbb mama tau yg tu salah satu symptom biasa utk wanita mengandung, jd taklah rasa mcm teruk sgt. Dan syukur jugak sbb benda tu tak berlarutan. Datang sekejap-sekejap. Moga Allah lindungiku dari perkara-perkara yang tidak elok.

Thursday, April 10, 2008

Try yg abang punya pulak..

Your Birthdate: April 12
You're a dynamic, charismatic person who's possibly headed for fame.
You tend to charm strangers easily.
And you usually can get what you want from them.
Verbally talented, you tend to persuade people with your speaking and writing.
You are affectionate and loving, but it's hard for you to commit to any one relationship.
Your strength: Your charm
Your weakness: Your extreme manipulation tactics
Your power color: Indigo
Your power symbol: Four leaf clover
Your power month: December

P/S : Nape aku rasa sumer yg ditulis tu tak kena langsung? Somebody got to verify it :P

Wednesday, April 9, 2008

Tak Larat Dah...

Kalo based on LMP, ada lagi 20 hari, tp mmg badan dah start letih sgt. Nak update blog pun tak larat. Tengahari kalo kat opis selalunya rehat ajelah, nak keluar makan pun rasa mcm penat. Balik umah pun, dah tak kuasa nak masak, jarang2 je tu pun utk habiskan stok makanan yg masih ada dlm peti. Dah mula hilang selera n rasa nak muntah. Bangun pagi memang ada ciri2 nak cramp tp sbb dah ada formula nak elakkan cramp, so x menjd lah. Vivid dreams toksah cerita lah. Almost all the time, lelap je mata, mesti mimpi ntah hape2. Heartburn pun terasa jugak tp x terlalu teruk rasanya. Baby dah engage kat bawah so mmg kadang2 ada rasa tak selesa sgt..asik nak buang air kecik aje sokmo, dan rasa tekanan kat bahagian bawah. Femoral hernia pun makin membesar n kekadang menyakitkan jugak. Tp takpelah, sabar...Mak-mak kita dulu pun seksa jugak masa mengandungkan kita kan!

Okeh, kepada first time mom, ni ada 2 tips mengatasi masalah yg biasa bg ibu mengandung (it works for me):-
i. Mengatasi rasa mual sepanjang hari - setiap pagi, paksa diri muntah sampai keluar kaler kuning n rasa pahit gitu..muntahlah sepuas hati, insyaAllah hari anda akan nyaman dari perasaan tersebut hinggalah tiba pagi esoknya. Sbb kalo x buat mcm ni, kesannya akan mual sepanjang hari dan selera makan kita pun terbantut.

ii. Nak elakkan kaki dari jd cramp bila bangun pagi. Selalu bila bangun pagi kita tend to stretch our legs kan? Takpe, boleh strech tp jgn lunjurkan hujung kaki sebaliknya bengkokkan supaya tumit yang menjulur ke depan (paham ke neh?)..hehe..kalo tak paham bleh tanya ye..

Rasa takut nak bersalin pun dah mulai muncul ler skrg ni..berdebar2 aje. Cuma mampu berdoa je lah moga2 takde apa2 komplikasi dan moga boleh bersalin normal. Seriau sampai tulang hitam kalo ingatkan c-sect tu..:(