Monday, May 11, 2009

Buat Homework

Baru siap wat homework Ariz. Dulu aku nak tergelak bila kwn2 citer diorg tlg buat homework anak..anak kecik lak tu. Akhirnya hari ni aku terpaksa buat homework dia. 2 biji buku lak tu..sbbnya dia tertdo awal. n aku tak mau dia mengamuk esok nak g sekolah sbb homework tak siap. Dah lah abahnya xde lama..so baik ambik langkah pencegahan..tolong siapkan. Biasanya sumer hwork dia siapkan siap2 kat sekolah atau kat umah time petang tp x kenapa hari ni tak sempat. Jangan nanti dia tau aku buat naik lemak pulak. Nak kena prepare skrip lakonan utk esok..konon2 homework tu somebody else siapkan..hihi

Update esoknya..
Terjaga aje pagi td Ariz bingkas bangus sambil nangis sebab belum siap homework. Mama pun dengan selamba bgtau yg dah siap. Sape buat? Mama lah tolong..
Uwaaaa..meraung2 dia marah..kenapa mama buat homework Ariz nanti cikgu marah. Siap disuruh padam semua 2 muka surat. Mama dah start hangin le sbb dia belum mandi. Nak siapkan homework tu alamatnya x keje ler mama. Setelah beberapa sesi paksaan, akhirnya homework tu disiapkan dalam kereta dalam perjalanan nak g sekolah. Pelik2 betullah perangai budak2 ni. Unpredictable. Huh!

Wednesday, May 6, 2009

Mesti update ni..

Bulan april lepas adalah bulan besday abah zul dan hadi..selang seminggu lebih aje. Takde lah mende apa yg spesel pun nak tulis. Cuma utk ingatan si kecil Hadi, sempena umurnya setahun, kemain laju lagik dia berjalan. Skrg ni merangkak tak main dah. Jalan aje. Dan nakal sgt suka kacau abang. Abg pulak garang banget..siap blh kasi penyepak kat perut adik..Nasib baik mama n abah pantas dlm usaha menyelamat. Kalo tak tak taulah apa jadi.

A WEDDING AND 4 FUNERAL

Tanggal 1/5 baru ni adalah tarikh perkahwinan adikku Yati. Tapi sedihnya selepas 2 hari kahwin, dia jatuh tangga dan pengsan. Warded 4 hari. Alhamdulillah hari ni dan blh keluar.

Dlm sebulan ni pulak banyak nya kematian yg melibatkan org2 yg dekat dgnku, yg aku jumpa dlm tempoh 40 hari sblm kematian diorg. Nenek sedara aku (muda lagi), kawan semeeting merangkap kawan suamiku dizaman sekolah dulu, mak sepupuku serta suaminya. Buat aku terfikir, alangkah benarnya bila Allah mengingatkan kita supaya bersedia bahawa kematian itu boleh dtg menjemput bila2 masa. Alangkah malangnya kalau datang nya ketika kita leka dan alpa:(