Tuesday, July 17, 2007

Mmg sibuk hingga x sempat nak menulis disini. kalau tulis pd diary mungkin sempat, tp sbb nak kena bukak komputer, pastu log on pastu pk nak tulis pasal apa..maka semuanya mengambil masa dan sesungguhnya mmg aku pun malas ada jugak laaa...

Skrg dah masuk separuh tahun yang kedua, maka kerja teramatlah banyaknya hingga x tau lah nak buat apa dulu. Financial budget dah start, nak kena formulate 5 yrs plan, penilaian prestasi bulanan berasaskan balance scorecard baru bermula dimana banyak nak kena update since berlaku lagi sekali perubahan besar dlm organisasi. Tak masuk lagi my own department punya keje yang terpaksa 'asik2 postpone' kerana terpaksa memberi laluan kepada keje2 org lain..hampeh! Tp alhamdulillah sbb despite all this, berjaya gak anjurkan blasting n painting seminar semalam ngan jayanya. Thanks to all anak buah yg semuanya boleh harap belake!

Keduanya yg membuatkan aku 'mentally BZ' ialah sbb application utk mendapatkan shoplot telah berjaya. Maka jika tidak kerana time n money constraint, kami akan menjd tokeikedai tidak lama lagi. InsyaAllah, semoga impian aku akan menjd kenyataan. Oleh kerana teruja amat dgn idea menjd tokei kedai ini jugalah menyebabkan fikiran asyik melayang. Jiwa kat opis, kepala kat kedai..huhu..berdosa kah aku?

Ariz begitu lincah dan teramatlah petahnya skrg. Start balik rumah kul 6 hingga tido kul 12, tak berenti dia bercakap dan beraksi. Aksi yg ganas hingga berpeluh2 badan dia. Tp rasa mcm sedih kenkadang sbb bila balik keje, badan penat, pastu buat keje umah n keje bawak balik umah semer sehingga rasa mcm kurang perhatian lak. Kesiannya anak mama ni..kalau ada adik lain lah skit kot. Tp mama asik negative ajer manjang.

No comments: