Friday, August 17, 2007

Aku berniaga akhirnya?

17/8/07 - Jumaat
Hari pertama aku buka booth jualan baju branded utk budak2. Mula2 ingat nak keluar sensorang sbb abah n ariz masih tidur at 5pm (maklum ler petang Jumaat). Tp saat nak keluar tetiba Ariz terjaga n menangis, so abang kata meh lah kita pi sama2. Syukurlah. Kalo tak mau mati akal aku tak tau apa nak buat kat tapak booth tu nanti.

Alhamdulillah dari jam 6-10mlm, dptlah jugak 3 orang pembeli. Jualan RM80 saja. Untung RM28 aje. Yang lucunya plastik nak letak baju yg orang beli aku lupa nak beli, so pembeli pertama dan kedua aku terpaksa letak baju yg diorg beli dlm plastik bag yg diorg bawak. Alahai..langsung x professional punya peniaga. Hihi..

Antara pelanggan yg datang tu ialah org2 yg dah dikenali yg mmg tau kitorang nak buka booth. Siap kena perli2 lah pulak. Dah keje elok, nak jugak meniaga lagi. (kepada yg beranggapan begitu, suka aku jelaskan aku meniaga bukan sbb aku nak cari duit sgt, tp sbb passion. aku suka nak buat dan aku ada agenda lain yang memerlukan aku berniaga utk mencapai nya). Pastu bab jumpa rakan seopis pun satu hal. Penat nak pikir alasan apsal aku ada kat situ. Bantu suami? Kesian abang dikambinghitankan! Maunya kalo big boss lalu kat depan tu, aku sembunyi dlm longkang lah kot.

Yang utama aku nak catat kat sini ialah, alangkah PENATNYA berniaga ni. Aku ingat sempoi je. Tp mmg flat giler bila balik umah kul 11 malam. Itu hari cuti, aku xleh nak bayang kan kalo hari aku keje..sampai umah dah dekat maghrib pastu nak pi buka booth..pastu nak kena layan customer atau berdiri atau mengejar ariz yang teramat excited kat tempat ramai orang mcm tu. Sesungguhnya aku rasa aku tak mampu. Kaki aku rasa mcm xleh berpijak dah. sengal abis!

Ariz sesungguhnya amat bahagia sbb kejap2 boleh pergi ke booth toys. Kalau aku layan rasanya untung jualan abis kat dia jer kot. Pastu best lah kan mcm pesta je. Risau jugak takut2 hilang ditengah ramai.

Maka atas alasan2 penat dan sebagainya, aku hanya sempat berniaga sehari dan esoknya terpaksa mintak excuse selama seminggu dari pengerusi persatuan sehingga dapat cari pembantu kedai (yang sehingga ke saat ini aku masih x jumpa2 lagi).

No comments: