Saturday, September 29, 2007

Sungguh aku tak boleh nak bayangkan

1. Dulu Cik beranak sampai 14 org tak termasuk yg stillborn. Dan hampir 70% adalah berjarak seorang setahun. Waktu tu takde diaper pakai buang, takde air kena angkut kat sungai hampir 100meter, takde elektrik pakai pelita minyak tanah, takde gas masak pakai kayu api, takde tandas main berak dlm semak je, tiap-tiap tahun umah kena banjir; dan Cik n Ayah manage utk melakukannya. Mcmana tu? Serasa mcm impossible kalau nak dibandingkan dengan aku ketika ini, yg Ariz dah hampir 3 tahun, tandas dlm umah, utilities lengkap segala, tp lembek cam lempeng gandum ketika mengandung anak kedua. Aku x boleh nak imagine betapa super womennya Cik dlm menjaga kami sehingga dewasa. Dan aku menangis sebab aku tak boleh nak bayangkan kalau aku ditempat dia. Dan aku berdoa moga segalanya mendapat balasan dari Allah di akhirat nanti. Khusus buat Ibu dan Ayahku.

2. Aku x boleh nak bayangkan ada manusia yg lebih keparat dari setan kat muka dunia ini, yang sanggup memperlakukan Adik Nurin seperti itu. Dan aku berdoa moga si keparat itu mendapat kehinaan dalam hidupnya sampai mati dan moga dia mati lebih dahsyat dr yg dia buat kat Nurin. Dan utk Keluarga Nurin, sabarlah dan redha kerana anak kalian hanya menderita di dunia, tp di akhirat insyaAllah dia tergolong dlm org2 yg bahagia.

Anak mama

Aku baru je lepas marah Ariz sebab sibuk nak main mesin jahit. Dia nangis n datang peluk aku, pastu dia tanya,
'Ye tak Ariz anak mama?'

Ya Allah, sedih betullah main tanya2 mcm ni..

Sunday, September 16, 2007

BALADA SEORANG AKU

Nota muka::aku tatau apa makna balada tu, main taruk je, jd kalo ada kepelikan pd tajuk diatas, abaikan saja..

Hari ni aku dgn rasa bersalahnya telah mengambil MC. MC aku yg kedua pd tahun ini. Rasa teramat lah tak laratnya campur loya n tak lalu nak makan sahur pg td. Rasa bersalah sbb supposed kena bentang a few things dlm 2 meeting berasingan kat head office hari ini. Tak larat nak travel so terpaksa suruh anak buah tolong gantikan. Kesian member x prepare. Maka MC lah aku dgn melepak kat rumah, bukan bleh hilang lembik pun..sama ajer..

Blk dr klinik sempat juga mintak abg singgah di pasar n beli mempelam muda dua inggit. Dr semlm terbayang2 sbb dah tengok tp x beli. Masalah pulak sbb aku x reti nak buat jeruk mempelam. Teringat kat jeruk Kak Tie yg sedap, so terus aku tepon dia. tp tepon dia takde bateri so dia janji nak call dari opis jap lagi. tunggu punya tunggu sampai kul 3 x call2 pun. sedihnya aku. Rasa mcm nak nangis je. So alternatif kedua aku call Pah. Pah ckp dia tak sure sgt..sikit2 bolehlah ajar, so dia suggest aku tanya Lia. Call Lia a few times, dia xde kat tempat dia. tak sbara punya pasal, call Rozie lak. Rozie kata dia pun x reti, cuba tanya Kak Da sebab Kak Da punya jeruk mmg syedap...Alamak...nombor kak da plak tader. Last2 teringat kat Mama Cik Moh. so terus call n finally got the recipe..Alhamdulillah.

Maka dgn energy yg membuak2 aku terus mengupas mempelam denganl air lioq meleleh dan aroma mempelam tu tetiba je menghilangkan loya tekakku. siap kupas, rendam air garam sejam, then rendam air kapur kejap..then masak air lada campur manisan n sedikit belacan..hmmm...tak sabarnya nak tunggu berbuka...

Mcm x percaya pd tahun ini aku telah mengidam mempelam jeruk. Masa ariz dulu takde mengidam apa sgt pun. Makan masam pun x suka sgt. Tp kali ni serius pelik, aku cuma nak makan acar masak, laksa penang, ikan singgang, ikan pekasam dan mempelam jeruk, yeyyyyy!!

Moga2 kandungan ini selamat. Moga2 apa yg dijangka doktor minggu lepas hanya sekadar tanggapan kosong..moga-moga..

Beberapa hari lepas cik mimpi emas lagik..turn sape lak ek? Harap2 Cik Dah pulak..Amin..

Sunday, September 9, 2007

Just to update;
1. My pregnancy had started to shows it's symptoms. Tak larat yang teramat sgt hingga terasa seolah terpaksa je nak buat apa-apa. Siap boleh tertdo during meeting and worst is during driving. Tak taulah apa nak jadi. Rasa mcm nak melepek je kat mana2. Dulu time Ariz pun ada jugak lembik mcm ni, tp tak ingat dah tahap kelembikannya mcmana. Bila abang ada kat rumah dia tolong hantarkan p opis and i ZZzzzz all along the way. Bestnya. Pagi td dah mula rasa mual2 n selera pun dah jd semacam je. Sedihlah kalo mcm ni.

2.When asked, whether he want a baby boy or a baby girl, Ariz promptly replied, 'Nak baby kembar!'. Kat mana dia belajar kembar kembar ni ntah. Janganlah...rasa mcm x mampu nak uruskan 2 org sekaligus. Ariz pulak menjadi-jadi manjanya. Mcm dibuat2 je. Kekadang out of sudden dia buat perangai utk jd sebab utk menangis. Kalo telefon nenek atau abah toksah cerita lah. Tersedu-sedu menangis. Sampaikan yang berada dihujung talian pun jd serba salah dibuatnya. Mcm rindu sgtlah kononnya. Pastu siap bgtau pulak..abah, ayeh nangis, ayeh nak jupe abah, kenapa abah tinggal ayeh...and so on..kalau aku jd abah pun sure rasa sayu giler bila anak ckp mcm tu. And cik kata tu pun antara symptom2 anak kepada ibu yang mengandung. Symptom bapak pulak camne ek?

3. Abang byk tolong kat kedai. N aku just duk umah jaga Ariz. Teringat pada hari dimana abg marah sgt n hampir2 nak hentikan segala aktiviti perniagaan aku. Sedih sgt sbb dia membebel masa aku tengah mkn nasi. Nasib baik nasi tak masuk dlm hidung sbb muka dah jd kembang nak tahan air mata dr keluar. Mlm tu pukul 3 pagi abg kejutkan aku n tanya 'so mcmana? nak teruskan jugak ke?' Dia ckp dia xleh tdo pk kan bende ni. Aku yg masih blur diam aje sbb x tau nak kata apa. Tak tau kenapa selepas tu abg jd cooperative giler, n tolong dikedai setiap hari. dan alhamdulillah, sales menampakkan harapan utk berjaya.

4. i had started my online business. Kat WMDC n kat BerryBunchBox serta kat ebazaar2u. Sales for first day nearly RM500. Tp pastu slowwww... sama je mcm tokey nya yg malas nak jengah forum selalu. Hehe..