Sunday, August 3, 2008

Hadi @ 100 days

Pada 1/8/2008 genap 100 hari Hadi lahir ke dunia.

Setakat hari ini, Hadi kekal anak yg tak banyak kerenah. Senang sgt nak jaga. Menangis hanya bila lapar atau wee wee aje. Masa dlm 2 bulan dulu ada jugak menangis sbb kembung. Sekarang dia teramat suka hisap jari, sambil tidur pun dua-dua ibu jari ada dlm mulut. Masa umurnya 2 bulan, dah start terasa benda keras timbul kat gusi seolah2 mcm nak keluar gigi, tp sampai hari ni belum keluar2 pun lagi. Seminggu dua yang lepas Hadi dah start golek2 kan badan untuk meniarap tp tak berjaya jugak lagi. Tidur meniarap ajer yg menjadik sbb memang mama letak dia tidur meniarap. Abah pulak suka nak ajar tidur mcm tu supaya dpt bentuk kepala yg comel, tak leper..kononnya..heheh..
(Update : 4/5/2008 - akhirnya hadi berjaya meniarap)


Syukur sgt Hadi yang tak banyak kerenah ni mmg byk membantu bila mama menjadi agak sibuk sekali sejak masuk kerja setelah 2 bulan cuti bersalin. Dlm masa sebulan 3 kali kena travel ke KL. Penyumbang utama kesibukan ialah satu workplace incident yg masuk kategori LTI yg kebetulannya melibatkan salah satu Oil n Gas international giant company. Gabra jugaklah bila sampai ke tahap mama kena mengadap chairmannya pulak. Paling penat bila hanya sempat tidur 4 jam aje, siap kena migrain dan muntah2 lagik. Syukur jugak dpt suami yg merupakan bos kepada dirinya sendiri, maka dia boleh mencutikan diri utk membawa mama dan mem'babysit'kan budak2 dua orang tu. Ariz yg dulu amat suka nak g hotel, sekarang dah pandai menangis2 tak nak ikut, dah nak muntah agaknya kerap sgt tido hotel.

Ariz pulak tak diterima lagi utk masuk sekolah sbb dah nak abis tahun. Cikgu suggest masuk tahun depan aje lah. Ariz pulak dah kurang mintak nak sekolah bila mama bgtau yg nanti dia x boleh duduk sama kawan2 lama dia lagi. Yg positifnya skrg Ariz dah mula suka nak belajar iqra' walaupun sbnarnya mcm dia pulak yg mengajar kita. Naik fed-up dibuatnya. Paling funny bila mama ajar dia sebut 'tsa' dan 'dzal' yg mana nak kena kepit skit lidah tu kan. Habis di'exaggerate'kan sumer huruf2 tu sampai terjelir2 lidahnya. Nak tergelak pun ada. Sekarang ni Ariz sgt obses dgn main game kat komputer. Diner Dash, Cake Mania, Egg & Chicken, dynomite, Zuma, Snowy etc..etc..Balik je umah perkara pertama yg dicari adalah PC atau laptop. Tak tau mcmana nak larang sbb kalo ditegah nanti mengamuk pulak. Lagipun kalo ikut kebiasaannya, dia tak lama obses kat satu2 benda, nanti jumpa yang baru, cintanya akan beralih arah. Cuma satu ajer yg belum beralih2 sejak beberapa tahun yang lepas; cintanya kepada Rangers (SPD, star, Ninja, O, segala mak nenek rangers). Hurm...risau...

No comments: