Monday, September 1, 2008

Ramadhan Dulu dan Sekarang

Hari pertama Ramadhan, seperti biasa sejak dulu hingga sekarang, hari pertama Ramadhan sentiasa mempunyai aura nyaman dan shahdu. Bila drive pagi tu rasa mcm best jer. Lapang, nyaman, maybe sbb syaitan2 diikat kot (ni andaian aku masa kecik2 dulu).

Sedih sgt ngan hari pertama ni, nak dijdkan cerita bangun dah pukul 5, tp buat itu dan ini, kejutkan abg kul 5.30, subuh pukul 5.43. Tgh2 makan, tetiba abg (yg dah siap makan) kata, 'makan apa lagi, org dah azan'. Terus rasa mcm nak nangis kat situ jugak. Sbbnya aku belum minum air. pastu buang segala apa yg ada dlm mulut, kumur2 dan rasa mcm nak lekat je nasi. Sedih banget. Dah ler aku buat horlick gelas besar konon2 nak kasi production susu melimpah ruah sempena puasa ni. Setitik pun tak rasa. Manusia merancang Allah jua yg menentukan. Punya sedih, aku buat doa khusus lepas solat subuh, semoga dihilangkan segala dahaga hari ini dan aku tambah satu doa kelakar, semoga diberi kelupaan kepada ku dan aku pun terminum segelas besar air..huhu..

Okeh, abis bab sedih. Aku nak mengenang2 zaman ramadhan masa kecik2 dulu. Sbb hari ni aku nak blogging sepuas hati. Aku tak bz sbb aku malas nak buat kerja. Aku fed-up ngan restructuring yg ntah bila nak selesai. Susah nak kerja dlm ketaktentuan, tak tau mana arah tuju. So, lupakan setengah hari pasal kerja.

Dulu2, bila org nak umum posa, budak2 kecik amat lah suka. Mcm nak raya jer. Pastu berniat lah posa sebulan walhal selalu jer tuang. Zaman skrg, kedatangan Ramadhan tu tak terasa sgt. Tak tau lah aku jer mcm tu atau sumer2 org dewasa mcm tu. Aku tgk budak2 skrg pun cam x excited je ngan poser. Bab2 menipu pose pun best gak. Seingat aku mmg ada gak lah a few time, masa kat sekolah rendah buat2 basuh muka sambil menelan beberapa teguk air. Masa darjah 6, pernah aku tak tahan ngan kerepek pisang, aku masukkan dlm mulut, kemam sampai lembik sbb takut kalau gigit nanti berbunyi. Kena interrogate ngan Kak Dah yg suspect aku makan. Tp aku sampai ke sudah x mengaku. Muka kemain innocent la time tu. (Dah, kalu mung baca post ni, bleh a recall balik kejadian kat umah Bulu masa aku darjah 6). Tp kira okay lah aku ni, compare ngan Kak Nor yg panjat alang dapur utk membaham buah tembikai. Silap lah ayah tanam tembikai bulan puasa, mmg menduga iman.

Bila time berbuka tu, nikmatnya tuhan saja yg tau. Lepas asar selalunya tidur supaya bila bangun jer dah dekat nak buka. Lagi 10 minit nak buka, dah mengadap makanan. Duduk ramai2 dlm bulatan. Budak2 tak poser x boleh campur. Oleh kerana adik badik ku ramai, maka bulatan yg besar diperlukan. Walaupun kami miskin sgt masa dulu2, tp sbg budak2 yg tak paham lagi erti kaya miskin, apa yg ada tu bagi kami dah cukup nikmat. Sudah makan, perut dah penuh sgt nak solat maghrib pun susah. Beza nya ngan zaman sekarang, berbuka sekarang ala kadar aje. Sejenis kuih pun cukup. Makan sekadar kenyang. Takde perasaan 'nikmat tak terhingga' hanya dengan melihat segelas air tebu. Perasaan biasa2 aje. Tak best kan! Kalo bleh dibawa perasaan masa kecik2 dulu, bestnya.

Aku pun tak tau, perubahan2 perasaan ini sebab aku yg makin dewasa, atau mmg kanak2 sekarang pun tak rasa sebagaimana kanak2 dulu rasa.

Kepada sesiapa yg baca post ni, aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA dgn sebenar2 PUASA. Raihlah sebanyak mungkin keuntungan yang dioffer oleh Ramadhan tahun ini. Ameen...

5 comments:

~Seven~ said...

haha..sukke sorang saya baca post kak suzi ni..haha..tp same la kite masa kecik2..excited time pose walopun bukan nyer penuh..tp dok la smpi kemam kerepek pisang smpi lembik..tu tahap melampau dh tu..haha..
tp mmg btol pon, budok2 lening pose dok same ngn zaman dulu..yg penting dlu mercun pn best2..skrg ni cikai je mercun..
btw, selamat berpuasa!!

~Seven~ said...

dok igt plok..saya pn tumpang simpati kak suzi kempunan air horlick tu..haha..

Theridzwan said...

hi suzie, lama dok membaca blog u.. Anyway yr story was touching ler.. dr kempunan horlicks dan doa kelakar tu sampai ke kemam kerepek pisang sampai lembik...(
Mlm ni bangun awal skit deh...

Btw... sy rasa if nak bagi ramadhan meriah like when u r young, have lots of kids.. mcm saya now ni, sahur pun meriah mcm bukak posa gak... Semua pakat bangun... Bila anak2 awak dah besar nnt kemeriahan tu akan lebih terasa especially bila melihat anak2 kelembikan menunggu waktu berbuka... perasaan masa kecil2 tu akan muncul semula... bezanya cuma from different perspektif

Anonymous said...

hoho, best tu azie, nampak gaya saya kena dptkan lebih ramai ahli keluarga lah..kena kerja keras neh :D

ha, seven, dgr tu, nak kasi meriah kena kawin dulu, pastu dpt anak cepat2 n ramai2..

Anonymous said...

hoho, best tu azie, nampak gaya saya kena dptkan lebih ramai ahli keluarga lah..kena kerja keras neh :D

ha, seven, dgr tu, nak kasi meriah kena kawin dulu, pastu dpt anak cepat2 n ramai2..