Monday, January 5, 2009

Hari Pertama Persekolahan

4/1/2009 merupakan hari pertama persekolahan Abang Ariz. Dah masuk tadika 5 tahun di PASTI Bestari AlHikmah. Abang bangun awal-awal pagi, terketap2 gigi sebab dia tak mau mandi ngan air panas. Pakai baju baru dengan bangga, kemudian mama dan abah bawa ke sekolah. Bagus jugak kelas abah kensel di saat akhir so bolehlah abah join sekali tengok anaknya first day kat sekolah. Sampai agak lewat sbb jammed, maklumlah semua org hantar anak. Mmg ramai student, lebihkurang 120 orang. Mama mulanya temankan Ariz dlm kelas. Letakkan dia kat tempat paling depan. Sebelah kawan baru nama Afiq dan Hasan Basri. kemudian mama keluar utk dengar taklimat. Hampir 1/2 jam, mama intai semula ke kelas, tengok Ariz tengah menangis teresak-esak. Alamak, tadi macho aje nampak. Abah agak Ariz lapar sbb tak makan lagi dah pukul 10 pagi. So bagi dia makan karipap yg disediakan utk ibu bapa. Barulah dia nampak ok sikit. Tu pun masih merayu2 nak ikut balik.

Tiba masa makan Ariz nampak mcm dah bleh get along ngan kawan2nya. Suka aje nampak dia beratur ala-ala keretapi nak ke dewan makan. pastu baca doa sama-sama. Boleh pergi buang air sendiri dah pun. So, diam2 mama tinggalkan dia. Petang pukul 5 baru dtg semula jemput dia. Nampak mcm dia gembira aje, banyak cakap pulak ngan cikgu. Siap janji ngan cikgu, esok nak datang lagi. Sebab nak jadi budak yang cerdik..hehe. Pastu dalam kereta Ariz bagitau Hadi, 'Adik, hari ni abang pergi sekolah. Abang dapat nombor 1'...iye-iye ajer abang ni. Baru sehari belajar, dah dpt nombor 1. Bila periksa tak taulah. Hadi pulak muka blurrr aje..

Hadi nyer milestone pulak. Dia dah seminggu dapat merangkak dengan laju. Boleh duduk sendiri dah. Dah boleh berdiri sambil pegang sofa. Dah 2 kali jatuh katil. Kesian sgt...Baby cot nya abah dah rendahkan supaya Hadi tak jatuh bila dia nak berdiri nanti. hadi skrg kuat makan sgt, kadang2 kesian sgt tgk mata dia cam merayu jer bila tengok org makan. Tp dia belum ada gigi, jd mcmana la mama nak suapkan nasi. pastu skrg Hadi amat suka kan Ariz, apa2 je aksi Ariz yang ntah hape2, dia gelak mcm orang kena geletek..

3 comments:

busra said...

cepat nya besor anok2 sedara aku ni, mudah2an jadi org yg bermanfaat kpd masyarakat

Anonymous said...

huhu....cian hadi..nk koloh gak ke...
ayeh tu blajo rajin2...chek dah ni...huhu...

Mr. and Mrs. Mokhsin said...

salam mama ariz and hadi (lily-savage kan?)...wah..ensem nyer ariz gi skolah, my two elder kids dulu pom blajar kat tadika pasti...

salam ziarah dari :hairanaz (tu nick saya di CARI)