Wednesday, September 30, 2009

KFC Chukai yang HAMPEH!

Kerja pasti akan sibuk sampai 13/10 sbb 14/10 kami akan buat presentation utk QMEA award. dateline utk content esok. Tp separuh hari ni dah abis utk sambut MB sempena sambutan hari raya kompeni kami. tahun ni agak berlainan sbb tema kembali ke tahun 60-an. dasat2 jugak diorg ni..bergaya bukan main..comel2..kreatif banget. Mmg best. Syabas to all ajk sbb sanggup bersusah payah jdkan event tu satu kenyataan. So, lepas makan ng bergambar sikit sebanyak (sempat lagi tu) aku naik utk siapkan keje kejar dateline. Alhamdulillah lega sbb x jd ajk tahun ni so bebas lah sikit.

Alih2 rasa mcm sleepy lah plak skit bila duk mengadap fail berbakul2 n laptop ni. So, baik ler update blok skit kan. Lgpun dah lama x jengah sini. Lgpun ada cerita nak tulis ni.

2 hari lepas, kami ke KFC selepas ariz merengek nak makan KFC. memula nak gi A&W je tp teringat ayam KFC yg lebih sedap, so baik ke KFC aje lah. Beratur 3 line panjang..waaa..sampai je turn aku, byk benda takde..burger xde, nugget xde..float takde..so, aku terpaksa ubah order dari 2 spicy n 2 O.R ayam kepada 3 spicy n 2 O.R. Budak pelayan (sorrylah guna terms ni sbb aku geram) tu kata x boleh order camtu. kena order 4 spicy. aku tanya nape? sbb dlm menu tulis boleh je order 3pcs. apa masalahnya kan! Rupanya budak tu malas nak kansel order yg dia dah key-in tu. Pastu buat muka 'mmecok' (masam sambil mencemik2, merengus2). Bila aku insist nak order 3 gak, dia dgn gaya marah pusing belakang panggil supervisor dia utk kansel order. Sekali swipe je..tara..siap. Apa susah sangat. dasar pekerja hampeh!! Sakit hati betul aku ngan gelagat pelayan yg punya level customer service tahap sampah mcm ni. Hilang selera aku nak order benda lain. So sampai bayor pun budak tu masih dgn muka mencuka dan mencebik. langsung x pandang orang. Tp sbb aku bukan jenis panas baran, aku blh je selamba n buat aksi x paham je. Siap customer yg belakang aku plak tolong komen. Dia kata, ape hal pekerja ni buat perangai camtu, mana boleh..dia kan kakitangan counter?. Okeh, utk pengetahun, budak tu nama something like Zuleika. Aku ingat2 lupa. kalo ikutkan geram aku, mau je a fill in complaint form kat KFC tu. Tp kesian lah gak kan. Budak baru nak kenal dunia. Tp nasihat aku utk adik2 yg kerja sbg frontliner, kalau anda perangai xde kesabaran, toksah keje lah yg deal ngan org. Baik keje sapu sampah aje. Senang deal ngan sampah je. Kesian kat majikan kalian, x pepasal org jd menyampah. cam aku ni..rasanya 2,3 bulan aku xkan jejak lg KFC. kalo g pun KFC cawangan lain kot. Dan utk KFC sendiri tolong take note, tingkatkan level customer service kakitangan anda!

5 comments:

makcu said...

salam. Bukan nak komen ye tapi nak tanya tentang trip p bandung. nilai rm1 bersamaan berapa ye? email niza_911@yahoo.com.my. TQ

Anonymous said...

Puan suziha

Terima kasih ata smaklumbalas puan. KAmi dari pihak KFC holding Pte Ltd akan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes ini. Sila berikan maklumat agar kami dapat memperbanyakkan latihan kepada pekerja kami. Usah risau kerana kami tidak akan membuang pekerja. Cuma kami mohon maaf kerana ya lah..mungkin faktor keletihan atau ...maklumlah perempuan...terima kasih bebanyok ye.
VP KFC Regional
0162180651

Anonymous said...

Puan suziha

Terima kasih ata smaklumbalas puan. KAmi dari pihak KFC holding Pte Ltd akan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes ini. Sila berikan maklumat agar kami dapat memperbanyakkan latihan kepada pekerja kami. Usah risau kerana kami tidak akan membuang pekerja. Cuma kami mohon maaf kerana ya lah..mungkin faktor keletihan atau ...maklumlah perempuan...terima kasih bebanyok ye.
VP KFC Regional
0162180651

nur.sa said...

saya pun pernah kena..banyak kali.kenapa selalu sangat takde barang kt kfc tu. dengan pelayan dia punya layanan pon sama je. memang betol hampagas.

IMAN said...

hehe..
ye ye je VP KFC ni

sa,
kan kan kan..
hampagas betul
nasib la akak ni jenis x garang kalo tak, balik camtu je
lg pun anak terhegeh2 nak makan..