Dah lama rasanya tak menulis ttg Ariz dan Hadi. So entry ni dedicated utk mereka.
Satu hari dlm perjalanan balik dari taska, Ariz tanya ttg Allah. Then dia tanya, Allah tu Ghaib kan mama? Ye lah..jawab mama. Then mama pun ye ye jer cerita panjang lebar ttg percaya kepada perkara2 ghaib. Tiba2 potong stim betul bila Ariz tanya balik, 'mama, kalau Allah tu ghaib, syaitan tu pangkah lah ye? Utk memudahkan cerita, mama kata syaitan tu ghaib jugak. pangkah pun ye jugak sbb dia jahat jd tak boleh ikut, kena pangkah. rupa2nya selama ni dia ingatkan Ghaib = right(tanda betul berlawanan dengan tanda pangkah X). Ntah hape2 je lahAriz.
Gembira dan syukur bila semalam Ariz dah selamat khatam semua Iqra dan muqaddam dan dah start baca Al-Quran juz Amma. Ariz juga dah lancar baca dalam Bahasa Melayu. Almost everything yg dia boleh baca akan dibacanya sampai yg English pun sumer di melayukan. English pulak masih belum mahir, cuma lancar baca buku peter n jane je lah. Tu pun setakat siri 3. Pastu dah x teruskan. Yang lawak tu dia ada satu buku besar kisah semua nabi yg dibaca sebelum tidur. Ntah mengapa, satu hari tu tetiba je dia mintak ngan mama nak makan buah khuldi. Penat ler plak nak explain.
Ariz ada sebiji bantal busuk yg dia panggil baby. Baby tu mmg dah teramat lunyai dan segala isi nya semua dah takde cuma tinggal kain patchworknya aje. So mama rasa nak ganti yg baru, maklumlah nak menjahit so cari je lah apa projek yg boleh dibuat. Tp bila mama suggest kat Ariz utk ganti bantal tu, ni respon dia. 'Ariz tak akan sama sekali maafkan mama kalau mama buat bantal yang baru. Kalau mama nak buat jugak, mama buatkan bantal tu jd busuk baru ariz nak pakai'. Fuhh..ayat kemain lagi..siap ugut2 mama la pulak.
Seminggu dua yg lepas mama jadik giler main game Ranch Rush. So buatlah 3 akaun mama, Ariz n Hadi. Memula mama main nama hadi sampai level week 8. Ntah kenapa Ariz punya dengki, diam2 di deletenya akaun hadi. Mmg geram sbb dah abis banyak masa nak sampai level tu. Tp oklah..bagi chance kat Ariz. Setelah berceramah panjang lebar ttg keburukan sifat dengki, Ariz kata janji x buat lagi. Okeh..so mama teruskan ngan main mama punya akaun..giler2 nye main sampai week ke 8, sekali lagi diam2 ariz delete akaun mama pulak. Ceramah panjang lebar lagi. Oh alangkah geramnya tp nak buat mcmana nasi dah jadi bubur. Maka sekali lagi mama main kan yg akaun nama Ariz dengan harapan tiada lagi dengki dan akan sampai lah ke penghujung permainan. Walopun dah beberapa kali kena sound ngan abah sbb cam budak2 je main game, tp tetap kuteruskan jua sbb dah mcm addicted nak tau apa finale nya. Tp kuciwa jua akhirnya kerana bila sampai week 8, lagi sekali Ariz accidently tertekan button 'create new ranch' so segala ranch dia yg lama tu abis balik ke week 1 semula. Ohhhh tidak!!! rasa mcm x blh nak describe kecewanya. Bayangkan hanya beberapa step je lagi nak abis. Penat giler main sambil selang seli wat keje rumah. Makan masa beberapa hari gak nak sampai situ sbb main kejap2 kan. Tp ambik nafas panjang sekali n rasanya ni peringatan utk mama yg x reti2 buang masa main game walhal banyak lagi keje rumah berpekdah boleh buat. So i swear i'll never play any games anymore..wakaka..Walo mcmana sekalipun, barang siapa yg dah abis main game tu tolonglah bgtau mcmana rupa kesudahannya..adalah keluar belon2 atau buah2 besar atau apa? suspennya nak tau.
Okeh, cerita pasal hadi sikit. Hadi mmg lambat dpt mulut tp sejak sebulan lepas dah banyak vocab dia. boleh bgtau almost all basic baby things. Paling suka dengar bila kita bg apa2 mesti dia akan kata 'acihhh' (terima kasih)...pastu dia jugak jawab, 'ameee' (sama2). pastu nakal sgt sbb suka je gaduh2 n pukul abang pastu bila tau apa dia buat tu ada effect, siap lari lintang pukang bersembunyi dlm bilik.
Semlm kami ke Gambang Resort City, taman tema air yg baru di Pahang. Budak2 mmg seronok sgt sampai x nak balik kalo boleh. Bertolak 8.30, sampai rumah 6.45 petang. mmg puas hati lah Ariz n hadi sampai kecut jari jemari berendam. Badan pulak tanned habis..Hadi berbekas bentuk singlet kat belakang n dada. Bila nak tido malam tu masalah timbul bila Ariz tak boleh tido. Katanya dia rasa mcm dia terapung dlm air. Dia tutup mata nampak air. Sampaikan dia ambik pelampung n pakai kat badan untuk tdo. nasib baik aksi pelik tu cuma berlangsung sekejap aje.
Mama, Ariz n Hadi
Pah & Dayyan, Me & Hadi
With Abah
Pose ayu dengan topi mama
Sicomot berhingus dalam perjalanan pergi
Haaa..Hadi tengok anak dara sape tu?
Mama pun tumpang enjoy!
No comments:
Post a Comment