Monday, May 17, 2010

TEACHER'S DAY HANDMADE PRESENT

Enam keping Jumbo Pencil Colour Roll utk cikgu2 Ariz di PASTI.


Walaupun nampak mcm simple dan senang tp makan masa jugak nak jahit terutama kat bahagian poket tu. Hasilnya ada bahagian yg uneven, poket ada kecik ada besar tp yg pasti semuanya muat ngan colour yg nak dimasukkan. Bilangan poket pun ikut suka hati je..ada yg 19, ada yg 15, ada yg 14..apa2 ajelah..hehe

Paling best nak jahit kun kat tepi2 guna flannel..Oh how i love flannel!

Ni bahagian dalam setelah diletakkan pensil colour. Nasib baik Ariz tak mintak taruk pencil colour sekali, kalau tak pokai ler.

Material guna polycotton..horayy..hampir abis segala polycotton yg ada dlm simpanan. Batting guna batting quilt. Silap sikit sebab guna interfacing yg medium weight utk inner tu. Sepatutnya guna yg senipis yg boleh. kalau tak, nampak mcm kejung skit.

Apapun sy mengambil kesempatan sempena hari guru ni utk ucapkan selamat hari guru untuk guru2 yg saya sentiasa kenang..TERUTAMANYA..
Cikgu Che Wan Ibrahim (Arwah), Cikgu Zainun Muda, Cikgu Shahrimaizun Sulaiman masa kat SKKN
Cikgu Zarina Jupri, Cikgu Roslaini, Ustaz Mamat, Cikgu Burn, Cikgu Johari dll masa kat MRSM Jelebu
Cikgu Zainun, Cikgu Norani, Cikgu Umairah, Cikgu Homeroom Saya yg baik hati tp mcmana sy x blh nak recall nama dia hari ni (maafkan sy cikgu) ketika di MRSM KT.
Ramai lagi yg tak mampu sy sebutkan semuanya.
Bila sy dah masuk universiti, tiada lagi istilah cikgu tp dikalangan mereka ada antaranya yg memberi makna sebagai CIKGUdlm hidup saya, antaranya Mr Alan Allsop, Mr Roslan, Ms Janice Barton (nee Duliew-Smith) yg pernah buat jantung sy hampir luruh setiap kali nak kena mengadap utk present final project.

Dan tak lupa waktu sy mula menjejak kaki ke alam pekerjaan ada jugak bekas cikgu, Cikgu Zameran yg pernah menjadi bos sy yg baik. Walaupun dia bukan cikgu saya dalam dunia persekolahan, dia tetap cikgu sy mengajar sebahagian ilmu kehidupan.

Terima Kasih Cikgu2!!

Oh, tak lupa jugak kepada adik beradik serta ipai duai saya yg ramai sekali terdiri dari golongan cikgu2..Cikgu Dah, CIkgu Azmi, Cikgu Azwa Asila, Cikgu Busra, Cikgu Muslimah, Cikgu Parizah, Cikgu Suziati, Cikgu Mazwin...dan adik2 sy yg insyaAllah mungkin bakal bergelar cikgu2.. Wah ramai sekali cikgu dlm keluarga sy rupanya!

2 comments:

Anonymous said...

cikgu Azwa sorang lagi lupe.....

IMAN said...

a'a lah lupa..patutlah rasa mcm ada je x kena..kena edit smuler nih