Monday, March 24, 2014

KENAPA SAYA MAKAN APA PUN TAK MENJADI?

Pernah tak alami situasi macam ni..

Korang beli ubat atau supplemen atau produk-produk kecantikan atau kosmetik yang korang rasa teruja sangat dengan testimoninya? Apatah lagi kalo yg bg testimoni tu kawan atau org yg korang kenal rapat. Lalu dengan terujanya korang pun beli dan makan. Tak sabar nak tunggu hasilnya. Lepas seminggu, tengok mcm biasa aje..takde apa2 perubahan. Ok lah baru lagi tu. Makan lagi..lepas sebulan pun xde apa2. Aik? kata ada kesan dlm masa 2 minggu ni habuk pun tarak.Kecewa..ah, malas lah makan lagi. Badan aku ni mmg jenis makan apa pun tak jadi. 

So jadilah pameran botol-botol ubat dan segala bagai pameran atas meja makan atau atas almari solek. Kdg sampai expired pun tak habis2 lagi.

Tau tak apa puncanya?

Salah satu punca yang paling utama adalah kerana sikap kita yang memandang remeh terhadap keperluan untuk meminum air secukupnya setiap hari. Air boleh datang daripada makanan atau minuman yang kita makan/minum setiap hari. Sebaik-baiknya air masak lah. Mengikut kajian, keperluan air bagi lelaki adalah 3L bagi lelaki dan 2.7L bg wanita. Kurang lebih seperti nasihat yang selalu kita dengar ialah minum 8 gelas air setiap hari. Mudah sahaja nak amalkan kan. Tp susah bagi mereka-mereka yang mmg rasa nak muntah bila minum air banyak2 macam saya..haha..

Nak disiplinkan diri, sy buat macam ni..sy buat catatan selama sebulan untuk membentuk habit. Amal selama 30 hari. Minum setiap awal pagi, sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan sebelum tidur. Awal pagi dan sebelum tidur cuba minum 2 gelas. Air masak isi siap2 dalam botol 1 liter tu..sebanyak 3 botol. Make sure 3 botol tu habis dalam masa sehari. Mungkin boleh mula dgn 2 botol dulu..dah lama dan dah biasa dgn minum air masak yang banyak baru tambah lagi 1 botol.

Lagi satu puncanya ialah pengambilan kafein. Mcm saya dulu kalau minum nescafe paling kurang 3 gelas sehari. belum campur teh dan kopi lagi. Kadang-kadang tak ambil air masak langsung..dahsyat kan. Kalau tak jumpa nescafe sehari, haruslah migrain:)). Kafein ni mengganggu proses pencernaan badan. So, kalau makan supplemen bersulamkan kafein, lupakanlah. Habiskan duit aje:)). Beli supplemen beratus2 tap kesan tak optimum, memang rugi.

So lain kali bila rasa nakkan usaha anda untuk meningkatkan kesihatan BERBALOI, pastikan MINUM AIR secukupnya dan Kurangkan KAFEIN ok!




2 comments:

MamaDaniel said...

selamat minum air.. kawan saya yang tak kuat minum air pun siap buat catatan.. tulis 8 gelas dan kemudian strikethrough bila berjaya minum setiap gelas.. :)

SUZIE MUDA said...

woweee..yeah..nampak simple tp cabaran juga tu.

kesannya pun baik so kena struggle juga buat