Monday, January 15, 2007

My Cuppycake

It’s been a few days from the day I become blogger..heheh..but not many blogs written. i’ve been ‘crazily’ busy lately..working 7 days a week..continued at home up to 2 o-clock every morning. Feeling very exhausted..dpt masak utk hubby sekali dlm 3 hari pun dah kira syukur. Mata pun rasa mcm dah tambah power berganda2..asyik ngadap PC aje..But I cannot blame anything, coz this happens as a consequence to my habit..I LOVE to PROCRASTINATE!..yeah! do all things last minutes, so u can feel the adrenaline rush! Haha! But one good thing about procrastination is that I always get the best out of me when I did it last minute. Tak sabar nak tunggu this project over so I can spend my time on other things equally. There are lots of things that I wanna write about. About Ariz, about my married life, about people’s behaviour, etc. But have to wait until I’ve got the time.

Back to my main intention for setting up this blog. I wanna jot down everything especially anything to do with my cuppycake, Ariz. Talking about cuppycake..one of the ariz’s favourite ringtones was cuppycake and another things is, a few days ago I had come across a very cute n yummy cuppycake pages..kakyong’s digital kitchen. Wah, never seen such a colourful a beautifully designed cuppycake before.

Okey..before I lost my concentration on my intention again…..I wanna write down all the records that I’ve jot down everywhere in my diary and my baby record book, everything about ariz...in just 5 minutes.

DOB – 4/11/2004
My Kid – 041104-11-0345 (very easy to remember)
Star – scorpio
Birth Weight – 2.96kg
Birth length –
Head circumference -
Delivery type – Lower LSCS
Hospital – Dewan Bedah, HKT
Birthmark – Tanda hitam atas bahu sebesar kepala mancis

A few days after his birth, I’ve wrote some kind of memoranda..masa tu masih lagi trauma dgn pengalaman melahirkan.. so here it is..

Pengalaman kali pertama bersalin memang tak dapat dilupakan. Pahit dan manis sumer ada. Bersalin pulak tak seperti yang dijangka, diharap dan dirancang. Contraction bermula lebih kurang pukul 6.30 pagi 1/11/2004. Peringkat awal rasanya takdelah sakit sangat sekadar denyutan disekitar kawasan rahim. Tapi makin lama contraction makin kuat dan makin menyakitkan. Time tu abang masih tidur lepas bersahur dan solat subuh. Hujan renyai-renyai emmang sedap la tidur. Aku bagitau abang dah ada rasa sakit sikit-sikit. Telefon Nor nak tanya dia betul tak apa yang aku rasa tu adalah tanda-tanda sakit nak melahirkan. Nor baru je sampai Kajang setelah bertolak pukul 4 pagi tadi.Nor kata tunggulah sampai contraction 5 minit sekali then baru pergi hospital. Pukul 2 ptg contraction makin kerap 10 minit sekali. Hujan lebat sejak pagi, bila masuk waktu asar rumah dah naik air sampai satu anak tangga. Cik risau suruh aku bersiap-siap pergi hospital takut2 nanti banjir lagi susah. Aku rasa macam nak nangis jer bila cik cium pipi aku kiri kanan sebelum aku turun dari rumah. Pukul 6.30 petang aku dan abang harung banjir separas lutut ditengah hujan untuk ke rumah Dah. Jalan jammed kat area Politeknik so terpaksalah kami berbuka dalam kereta. Nasib baik ada bekal cekodok pisang dari rumah tadi. Kat rumah Dah aku perasan ada sedikit lendir bercampur darah keluar. So, aku tak solat maghrib. Pukul 8.15 malam admitted ke wad bersalin Hospital Dungun. Waktu tu lah baru aku tau macamana cara jururawat nak check jalan. Terkujat gak aku. Sakit pun ada sikit sebab tak biasa. Waktu tu baru terbuka 1 ½ finger je. Masuk wad kelas dua, roomate aku budak bukit besi nama Ju. Sembang kejap ngan dia then aku keluar duk kat bench kat luar ngan abang sampai pukul 11 lebih. Kesian pulak kat abang kena tunggu aku. Aku cakap mcm tu kat dia. Abang kata takpelah, itulah pengalaman seorang suami menunggu isteri bersalin. Sakit makin bertambah dan kekadang rasa tak tahan juga. Tapi aku tahan je dan ingatkan kat minda supaya jangan focus on the pain. Nak legakan sikit aku jalan-jalan sekeliling tempat tu. Semalaman memang tak bleh tidur. Tak sempat nak lelap, contraction datang. Almost every 10 minutes mesti terjaga. Misi datang check a few times nak periksa tekanan darah dan degupan jantung anak.

Sedar tak sedar dah masuk hari kedua kat hospital. Pagi-pagi lagi dah dengar baby menangis kat wad kelas 3. berdebar-debar juga bila ingatkan nanti macamana la pulak bila tiba giliran anak aku. Pukul 4.30 petang cikgu n wife datang melawat. Cik Lah cakap kat aku jangan la takut, lagikan ke luar negara bleh gi sorang-sorang, ni kan pulak nak bersalin. Dia ajar aku ayat-ayat nak baca n urut2 pinggang aku. Baiknya hati. Dia macam faham benar rasa sakit yg sedang aku alami. Rasa lega sikit bila ada orang tolong macam tu. Tak lama lepas tu abang datang. Bila cikgu balik kami lepak kat luar habiskan masa sambil tunggu Dah datang. Dah dekat nak berbuka Dah sampai hantar lauk dan baju. Abang balik untuk berbuka. Malam lepas isya’ abang datang semula tapi aku tak boleh keluar dari wad L. Mintak abang solat hajat untuk aku. Malam tu contraction makin kerap dan makin kuat. Show keluar banyak giler. Takut aku. Langsung tak dapat tidur dan tuhan saja yang tau sakitnya setiap kali contraction datang. Hampir pagi aku muntah banyak sangat tak taulah sebab apa. Sepanjang kat wad aku nak mandi pun takut. Takut terbersalin dalam bilik mandi..heheh.

Pukul 10 pagi 3/11 check jalan lagi sekali tapi baru 4 cm. Tengahari abang datang melawat. Pukul 2petang cik dan Joe datang melawat. Kesian dia jauh-jauh datang tengok aku. Pukul 5 petang aku check jalan lagi sekali tapi baru terbuka 5 cm. Misi vacuum saluran najis sampai aku rasa nak terberak kat situ jugak. Waktu tu contraction dah makin kerap kurang dari 5 minit sekali. Sakitnya Ya Allah tak bleh nak gambarkan. Rasa macam nak merayu kat misi biar aku bleh beranak time tu jugak.Misi bagitau kalau aku nak masuk labour room pun dah boleh dah. So aku kemas barang n masuk labour room pukul 8 malam. Malu plak rasa nak kena buka kain dan duduk terkangkang. Lebih kurang pukul 10 malam barulah misi pecahkan air ketuban. Check jalan dah 8cm. Pukul 12 malam jalan masih lagi 8cm. Aku dah risau dah. Dengar orang lain sorang lepas sorang dapat bersalin hingga akhirnya tinggal aku sorang jer kat bilik tu. Tengah-tengah menahan sakit tu tetiba jer aku termuntah dengan banyaknya sampai abis bed dan lantai. Kena sound ngan misi sebab tak bagitau nak muntah. Macamana nak bagitau, dah takleh tahan dan misi pulak buat derk jer. Siap sembang2 sesama depa. Sakit hati betul bila aku sorang2 kesakitan diorang takde nak tolong or bagi guidance sikit. Dah la aku tak tau nak buat apa-apa. Sakit contraction dah macam takde selang masa dah. Rasa macam tak tertahan lagi. Terasa macam kesal sebab bersalin kat hospital kerajaan. Tapi apa nak buat. Tak sangka service macam tu punya teruk L.

Pukul 2 pagi doktor datang check jalan masih lagi 8 cm.Diorang ambik keputusan untuk hantar aku ke HKT. Aku risau juga takut2 diorang tak dapat cari abang atau abang dah balik sbb tak tau aku apa cerita. Syukurlah abang ada kat luar dan kemaskan barang-barang untuk ke HKT. Lama jugak tunggu ambulan datang rasa mcm tak sabar je. Dua orang misi ikut sekali ke HKT. All the way ke sana hujan lebat tapi aku rasa macam sedar tak sedar sebab terlalu sakit. Misi berdua tu langsung takder nak bagi semangat aper kat aku. Sedangkan dalam keadaan seperti ini, sepatutnya mereka tahu orang macam aku ni amat memerlukan bantuan walaupun sekadar dengan kata-kata semangat.Waktu tu macam2 ayat yang aku baca, macam2 perkara aku pikir dan berdoa moga2 Allah mengurangkan sikit sakit yang aku rasai. Segala kaedah minda yang pernah aku baca cuba aku praktikkan supaya aku bleh larikan diri dari fokus kepada kesakitan. Sedar tak sedar akhirnya aku sampai ke HKT. Rasa lega teramat sangat macam lepas dari tali gantung jer. Lepas daftar dan sebagainya aku disorong ke labour room HKT. Memula sekali nampak muka Jan kat pintu. Rasa macam lega sikit. Waktu dalam labour room tu barulah dapat jumpa abang. Syukur juga kat situ ada mask yang boleh mengurangkan sakit kalau tak tertahan sangat. Pukul 4.30pagi aku disorong ke dewan bedah. Pakaian aku disalin, then dibius dari pinggang ke bawah. Aku sedar sepanjang prosedur tersebut berlangsung. Malah aku bleh dengar bila doktor belah perut dan bila dia nak ambik anak kat dalam perut. Bleh nampak juga melalui lampu bedah kat atas. Waktu anak dah dapat dikeluarkan aku dengar bunyi dia menangis ngan suara amat perlahan tak macam baby-baby lain yang biasa dilahirkan. Terdengan bunyi doktor bedah tu azan pada baby. Aku tak tau apa perasaan aku waktu tu. Rasa macam sayu dan macam nak menangis tapi terlalu lesu sampai seolah tak bleh nak menzahirkan perasaan. Rasa teramat lega sebab baby dah selamat keluar. Tak sedar berapa lama lepas tu Jan datang dekatkan baby yang dah dibersihkan. Letak baby kat pipi dan kat breast. Hehe..hampeh betul. Nampak muka baby masa tu putih pucat sangat. Yang ketara sangat nampak bibir dia macam besar kat atas. Macam aku la kot..J. lepas tu aku perasan badan aku menggeletar hingga gigi berlaga atas bawah. Tetiba rasa takut sangat. Nak mati ke aku ? siap aku tanya ngan misi kat sebelah tu apsal badan aku menggeletar ? pastu diorang sorong aku ke bilik sebelah n letakkan aku kat bawah satu plate pemanas. A few minutes after that aku dah rasa macam temperature badan dah back to normal. Lepas pakaikan tag nama, aku dibawa ke wad bersalin 1CD. Terasa seperti patung bernyawa jer. Ada nyawa tapi tak mampu menggerakkan apa-apa. Sampai di wad cik dan joe pun sampai. Tak lama lepas tu abang datang. Rasa gembira sangat tengok muka abang. Rasa nak menangis pun ada sebab dah lepas segala-galanya.

Segala yang dilalui sepanjang tempoh hendak melahirkan memang tak dapat aku nak gambarkan dengan kata-kata. Meskipun ramai orang bercerita namun yang sebenarnya lebih dari itu. Banyak pengajaran yang aku dapat setelah melalui semua ini. Paling penting aku dah rasai betapa ibu ku pernah bersabung nyawa seperti ini juga sewaktu melahirkan aku. Saat melalui semua tu aku terasa alangkah teruknya layanan aku selama ni terhadap cik. Langsung tak sepadan dengan pengorbanan dia melahirkan aku. Belum lagi campur pengorbanan mengandung dan menjaga aku hingga besar. Setakat nak balas jasa beranak pun langsung tak lepas. Beberapa hari selepas bersalin aku rasa seakan fobia dan tak nak lagi melalui pengalaman ini. Tapi ntahlah..lama-lama kenangan kesakitan tu hilang bila tengok kerenah dan air muka baby yang sungguh comel. Sebab tulah agaknya orang tak serik-serik bersalin. Maha suci Allah.

Have to stop here. Time’s up!

4 comments:

sya said...

Thanks Iman sebab ke blog kak sya.. he he sama zodiac lah dengan ariz Scorpio

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.