Tuesday, October 16, 2007

Post-Raya Posting







Hari ni dah start kerja sbb aku x ambik cuti. Kasi can staff dept aku semua cuti. Lagipun aku bukan jenis yg raya sgt. Raya bagi aku cuma pada pagi hari raya sajer. Maka hari ini duduklah aku terkontang kanting seorang diri di tingkat tiga opis sambil membuat keje ikut suka hati. Oleh kerana abg dah berkali2 kasi amanat supaya siapkan assignment dia, maka hari ini aku kenalah perah otak buat bende alah tu. Sambil curi2 tulis blog ini. Best kan jd lelaki..dia study kita yg sakit nak buat keje dia, cuba kalau kita yg study , mau nya diorg tolong kan! Nak buat mcm mana, pompuan kan selalunya baik hati..hehe..

Hari ni mmg hampeh sbb semua 5 bijik kantin dalam ni masih belum beroperasi. So rehat nanti pandai2lah keluar cari KFC.

Rasanya masih belum terlewat kot, utk aku wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon maaf zahir batin kepada kawan2 yg aku lupa nak sms atau ingat tp xde nombor tepon. So mana2 kawan2 yg terjumpa blog ni, dan kenal aku, the above wishes is for you. Tahun ni serba serbi malas rasanya. Kad raya yg opis kasi berdozen2 kat atas meja tak terusik. Nak kasi kat adik2 suh perabihkan pun dah dekat nak raya baru dapat jumpa diorg.

Raya tahun ni kat kampung aku. Semua adik beradik ada except for Abg Di yg beraya di Perak n Busra yang masih di Mesir. Alhamdulillah tahun ni boleh solat sunat hari raya di masjid sbb Ariz dah pandai jaga diri sendiri. Tp masa rakaat pertama tu Ariz duk betul2 atas tempat sujud aku, nasib baik masa nak sujud dia tertarik ngan tangisan sorg budak pompuan kat saf depan, so dia move sbb nak p intai budak tu. Selamat aku. Pastu tak sempat habis khutbah dia dah merayu2 mintak nak balik, terpaksalah bawak dia balik supaya tak mengganggu kosentrasi para jemaah..hehe..

Sebelah petang balik beraya umah abag tp sampai umah dia dah masuk Maghrib. So berayalah aku disana selama 2 hari 2 malam. Ariz betul2 buat hal, mmg membuatkan raya ku begitu miserable sekali. Sebabnya umah Tok sana ramai sepupu2 dia yg kecik2 lagi. Bila berlaku benda2 yg dia tak puas hati, penatlah dia duk ajak balik umah. Pastu bila seronok sgt main sampai tengah2 malam, bila semua org dah nak tdo tp dia masih nak main, mulalah dia buat hal lagi. Dahlah aku ni sendiri tak berapa reti nak menyesuaikan diri dengan 'dapur' mentua, campur ngan badan yg agak kureng enak, dia buat perangai pulak. Makanya aku sendiri rasa teramatlah tak sabarnya nak balik rumah. Apa-apa hal pun rumah sendiri jugaklah yang best! (erm..langsir tak siap jahit lagi lah....mcmana nak ajak org beraya ni!)

Abang seronok lah raya ni sebab dapat beli jam yang dia idam2kan..hehe..Tp apa2 pun jgn lupa janji anda ye! Saya akan tuntut sampai ke lubang cacing...huaa hua hua..

Paling tak best beraya tahun ni ialah.....KAMERA takder..mmg x best langsung la. Kamera fuji hampeh tu ade laa..tp bateri pulak xleh pakai, nak kena pakai rechargeable bateri jugak. Dah beli bateri tu, lupa pulak nak caj. Makanya semua gambar2 raya yang ada adalah hasil snap menggunakan nokia cokia ku ini sahaja. Maka tahun ni takde gambar sekeluarga. Yang ada cuma Ariz, Ariz dan Ariz.

Antara berita yang paling best sempena pra raya ialah bila pd majlis buka puasa syarikat tuhari Dato' Chairman umumkan tentang penstrukturan semula gaji serta Terms and Conditions syarikat, yang bermakna kenaikan gaji la. Dan lebih best ialah, bende tu akan dibayar pd bulan ini dan di backdated sehingga Julai 2007 termasuklah bonus yg telah pun dibayar sekali before raya. Durian runtuh kepada semua lebih kurang 600 staff. Walaupun aku punya masih belum tau lagi, tp drpd anak2 syarikat yg dah tau, dengar2nya ada kenaikan yg mencecah ribu2an. Huh, mmg beraya sakanlah sape yg naik riban2 tu. Alhamdulillah, semua tu rezeki dari Allah, yang kekadang tak disangka2. Moga2 syarikat ini akan terus kekal teguh, perniagaan yang berkat dan diredhai, pengurusan yang mantap dan moga2 semua kakitangan makin bermotivasi untuk memberi yang terbaik utk syarikat. Dan kepada rakan2 sekerja, jangan lupa pulak, dalam rezeki kita tu, ada hak orang lain yang Allah salurkan melalui kita. Rajin2lah berzakat dan bersedekah. Jangan ingat nak tukar kereta baru je..hehe..

1 comment:

Anonymous said...

[b]All of these girls are online now! just click on your favourite to go to their cam![/b]

[url=http://bit.ly/4VhRsV][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/1.jpg[/img][/url] [url=http://bit.ly/4VhRsV][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/2.jpg[/img][/url]
[url=http://bit.ly/4VhRsV][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/3.jpg[/img][/url] [url=http://bit.ly/4VhRsV][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/4.jpg[/img][/url]
[url=http://bit.ly/4VhRsV][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/5.jpg[/img][/url] [url=http://bit.ly/4VhRsV][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/6.jpg[/img][/url]
[url=http://bit.ly/4VhRsV][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/7.jpg[/img][/url] [url=http://bit.ly/4VhRsV][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/8.jpg[/img][/url]
[url=http://bit.ly/4VhRsV][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/9.jpg[/img][/url] [url=http://bit.ly/4VhRsV][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/10.jpg[/img][/url]

this will keep updating with the latest girls!