Monday, January 14, 2008

Bukan lagi rahsia

Semalam kami pergi scan baby. Terang2 nampak mcm Ariz punyer. Hihi..
Abah suka lah tu, sbb sejak dr awal kawin abah dah target anak pertama ngan kedua nak boy. Ke-3 pun kalo bleh nak boy jugak. Pastu baru girl. Alasannya nanti nak jaga adik senang lah dah ada 2 bodyguard. Mama pun hepi jugak sbb baby nampak sihat2 ajer. Cuma x dpt lah nak berangan2 nak pakai baju baby gurl yg comey2 tu. nampaknya lepas ni nak kena cari stok baju baby boy banyak2 penuhkan kedai.

Cakap pasal kedai, kami dah start buka kedai pd 5/1/2008 tempohari. Nama kedainya ADIK COMEL. Tapi belum naik signboard pun lagi. Alhamdulillah dapat sorang staff yg comel bernama Ira sbg pembantu kedai. Sales setakat beberapa hari ni mcm yg dijangka lah..lembap...tapi syukurlah sbb ada jugak sikit2. Biasalah kan, bisnes ni mesti bermula dgn merangkak. Lama2 boleh lah lari pecut. InsyaAllah. Dengan syarat jangan putus asa. Kena selalu ingat tu ye!

Ariz mmg sooo funny lah lately nih. Penat ler nak layan bercakap tu yg paling penat. mcm siaran radio non stop. Hari ni baru perasan gigi dia mcm nak start ada lubang sebesar lubang jarum kat tengah gigi 'kapak' nya. Tak lama lah tu..setahun lagi bakal rongak.

Abah sibuk ngan keje-keje membuat pagar rumah yang terpaksa dibuatnya sendiri setelah Indon yg dia hire tu kena tahan sebab PATI. Ada hikmah disebalik setiap kejadian kan. Mmg kesian sbb mamat tu baru kawin, rajin plak tu. Hikmahnya abah save byk sbb tak payah bayar upah pekerja, abah boleh wat exercise menyihatkan badan dan abah boleh keluarkan skill yang terpendam. Kalo tak buat, mana tau boleh kan!. Tak sabar nak tunggu siap, nanti saya akan paste kan kat sini kerjatangan pertama hasil usaha Encik Zulkifli..:)

Abang Long dah start meniaga pasar malam sejak 2 minggu lepas. Alhamdulillah, semoga berjaya lah hendaknya. Sesiapa yg duk area Dungun, Sura, Paka tu, kalo jenjalan pasar mlm nampak org jual roti john dan yang sewaktu dengannya, boleh lah beli. Support my abang long! heheh..

Owh..lupa..satu lagi nak tulis, bunga kantan saya yg berusia seusia rumah kami (hampir 2 tahun) baru aje berbunga. Setakat ni dah 4 kuntum. Saya biarkan aje dia kembang sbb tak de nak guna pun.

4 comments:

Theridzwan said...

Suzie.. congrats.. saya ni nak sgt2 anak lelaki lagi... bila ntah nak dpt..

I'm so proud of u.. sy doakan yr bisnes semakin maju dan every penny dpt rahmat & berkat dr Allah.. Inspired by yr courage and spirit, one day sy nak buka bisness gak, tp tak tahu nak jual apa????

SUZIE MUDA said...

Azie, Bila masanya sampai, tak semena-mena akan nampak peluang kat depan mata. Tp nak survive tu plak cerita lain lak. Hope one day u'll become businesswomen too. Sy mmg suka sgt kalo org melayu suka nak meniaga..Jihad ekonomi bg org Islam insyaAllah.

Unknown said...

A'aah la..menarik tengok kedai o-ne tu.o-ne, nanti wani nak gi kerteh raya cina ni. bley ler jalan2 kat kedai o-ne.kat mane kedai tu ek?

SUZIE MUDA said...

alah wanie, meh la jalan dumoh, kedai tu xde apa pun..gitu2 ajer..malu nak ajak org p tgk kedai..hihi