Sunday, January 27, 2008

Marah anak

Ibu-ibu sekalian,
Mcmana nak buat supaya boleh sabar ngan kerenah anak yang kadang2 mencabar tahap kewarasan?
Tolonglah saya..

Semalam saya kena jaga kedai sbb Ira ambik cuti, ada hal. Mcm biasa mesti bawak Ariz. Tak tau, angin apa yg serang dia, dia punya tantrum tu mmg tahap maksima sungguh. Memula suh beli belon buih..okaylah ikut lagi, main sekejap dia puas, dia tuang air sbun tu merata2..pastu dia campak bende tu dr tingkat 2. Sabar lagi, pastu dia main air paip, pastu marah, habis selipar dia dia lempar sana sini. Suruh dia main block yg dia bawak dr rumah, habis dia lemparkan dlm luar kedai. Sambil menangis melolong toksah cerita lah. Darah saya dah naik ni. Mula dah start cubit sikit2. Pastu paling geram tetiba dia off laptop pulak. Sebelum tu dia tekan sana sini, irritating giler..so, start lah adegan mencubit secara besar-besaran. Hangin ku mmg x berapa elok jugak agaknya semlm. Episod kemarahan berakhir bila abah datang bawak kitorang balik. So tak sampai tengahari, dah tutup kedai.

Yg ironiknya, semalam lepas maghrib Ariz tido awal. Sedih sgt tgk muka dia yg tak tau apa2 tu. Terasa mcm jahatnya saya, tak layak jd mak. Anak buat perangai pun nak marah, bukan nya dia paham pun. Menyesal sekejap. Tp rasanya tak lama, lepas ni kalau dia buat perangai pulak..ntahlah..harap2 sy makin pandai bersabar.

6 comments:

Theridzwan said...

Suzie, rest assured u r not the only mummy yg sama2 tantrum dgn anak camtu.. he..he.. Pengalaman saya yang dah 4 org mcm 2 peel ni, lagi kita marah dan stress dgn anak2 ni, lagi dia wat perangai, they all can sense kita punya tahap marah and stress to them tu.. As a temporary solution, masa anak mengamuk tu try tenangkan diri sendiri dulu, pastu try tackle tengok mana tak kena...

Pasni pun awak kena prepare awal2 a few things tht can attract his attention sepanjang tempoh awok jg kedai tu, like toys, jajan, colouring books,...kalau boleh benda hok susah dia nak sepahkan..

konklusinya.. Ariz tu nak perhatian awok, tp awok lebih conc. nok jaga kedai... secara emosinya dia bulih rasa...even awok penuhi all his needs..

IMAN said...

ya, betul tu. mmg perasan pun bila kita tak bg perhatian kat dia mmg ada2 je benda yg dia reka nak tarik perhatian. Bab stock up mainan, makanan semer tu tak jalan rasanya, sbb terlalu cepat dia boring..

hai, sabar je lah. lepas2 ni mmg plan tak mboh bawak dia lagi ke kedai. biar dia mengamuk kacau abah dia plok .

Anonymous said...

Salam, selalu gak jenguk sini tak perasan lak boleh letak komen....
nice blog, seronok dgr kehidupan kat kerteh, bila la cik abang saya dpt pindah sana

Wanie said...

O-ne,even kite takde kids tapi ape yg kite tgk kakak2 kite buat mcm ni:anak dia wat hal sb nak perhatian.tapi kakak kite wat derk je.dia create jokes ngn anak dia so dat anak dia gelak and tak ingat and selang2 dia continue keja dia.then lepas tu anak dia cool sket baru baru dia pujuk sket2 anak dia.ini dr pengalaman dia ngn anak dia yg sorg girl and 3 boys.heheheh..harap2 berkesan la cara tu kat o-ne.dia kate kids mmg tau kelemahan kite and they all akan manipulate bende tu utk dpt perhatian kita.ewahhh..mcm tau je wani ek..

IMAN said...

betul la rasanya wanie, kadang2 bleh sense bende tu, tp bila dah berada dlm situasi tu, susah nak kawal diri.

anon,
sy di kemaman..dekat gak la ngan kerteh. duk sini bestnya sbb tadek jammed pepagi..:Dcik abe nya petronas ke?

Anonymous said...

A ah masih mengitai postion kat sana, kalau ada sesuai, teringinnya nak duduk luar KL, aman sikit, ada pantai...baca blog kehidupan sana pun dah seronok sgt