Wednesday, February 13, 2008

Kasih Anak

Lagi-lagi Ariz, mmg takde bende nak tulis selain Ariz juga adanya. Akhir-akhir ni Ariz suka sangat mintak ngan abah nak panggil 'Papa' pastu mama pulak dia nak tukar panggil 'Umi'. Hihih..ada-ada ajer..

Semalam dia ajak abah main sama-sama, pastu siap ugut abah 'Nanti kalau abah takmo main ngan Ayeh, Ayeh takmo ajak abah masuk syurga!' Mentang2 mama baru ajar dia konsep syurga neraka, selalu sgt nak kaitkan ngan kehidupan dia. Kadang-kadang dia cakap dia nak jadi anak soleh nak masuk syurga, tak nak kena gigit ngan ular. Abah jugak yang terpinga2 tak tau apa citer Ariz tetiba sebut tak nak ajak masuk syurga..hehe..

Paling menyentuh hati mama bila Ariz tunjukkan sifat caring keanak-anakan dia kepada mama dan abah. Masa abah sibuk buat keje pagar memagar ari tu, dia pesan kat abah supaya hati-hati takut nanti terpijak bende tajam, nanti sakitlah abah, dan mcm2 lagi nasihat yang meleret-leret. Semalam sewaktu mama buat-buat mengaduh sakit belakang masa tgh buat keje kat laptop (sbnarnya sakit dibuat-buat supaya dia tak kacau), Ariz terus bangun dengan muka concern dan ckp kat mama, 'Mama, kenapa mama bunyi mcm sakit, mama sakit ke, mama jangan risau Ayeh kan ada, meh Ayeh urut belakang mama'. Pastu terus panjat katil dan tumbuk-tumbuk belakang mama sampai mama suruh berhenti. Aduh..mama rasa sedih mcm nak nanges aje..

Cakap pasal pagar abah tu, sekarang dah siap, cuma belum cat lagi..jeng, jeng, jeng, abah ada bakat kerastangan juga rupanya..
bersama budak kecik yang suka interprem..

2 comments:

Theridzwan said...

cantik sungguh pago awokkk.... bilalah saya nok boleh rumoh bertanoh ginning....

tanoh kat trg semua KERAjaan ambil..doh.. maklumlah KT kan doh bandorayeeeee

suzie said...

credit goes to en. zul yg bertungkus lumus membina pagar tersebut..cet..mesti kembang nih.

p/s kalau begitu, kena pangkah bukan KERAjaan lah gamaknya kali ni..
ke ganer?