Sunday, April 20, 2008

Macam-macam nak update..

Mmg macam-macam saya nak tulis tp tak tertulis. Hingga hari ni rasa mcm ada masa dan mood, so bolehlah update mana-mana yang teringat.
  • Laptop yg guna kat opis rosak n terpaksa hantar servis sbb tertumpah ABC Akat keyboardnya. Rasa mcm nak mintak yg baru tp cam biasalah, bab mintak2 ni bukan sesuatu yg mudah bg saya. Jd saya hanya berdoa moga2 laptop tu mmg xleh dibaiki lagi, so ada lah alasan kukuh nak mintak baru..hehe.
  • Laptop abah baru je sampai semlm setelah buat order dr Toshiba sehari sblm tu. Mmg efisyen lah servis diorg. Suka sgt sbb courier tu hantar just after abg keluar p lawat projek, so that sy jd org pertama yg merasmikannya. Mmg comel dan rasanya berbaloi. Mana nak dpt Toshiba dgn processor core duo 2 dgn harga less than 3k? Diorg buat promotion until 30hb April ni.
  • Ariz nampaknya sudah sebati dgn idea adik baru. Apa2 hal mesti refer to adik. Dan dia mcm suka dgn nama Idlan Hadi compare to Ibrahim Fahmi. Kalau tanya nak adik nama apa, mesti dia akan jwb Idlan Hadi.
  • Ada satu pagi, Ariz tanya mama, 'mama, mama x nak ke Ariz jd angkasawan?'. Bila mama tanya kenapa, Ariz jwb sbb mama x bagi Ariz main Glansodor (gelunsur). Baru teringat rupanya mama pernah bgtau dia dulu2, 'Macamana Ariz nak jd angkasawan kalau nak masuk dlm gelunsur tu pun takut?' (masa tu dia takut nak masuk gelunsur yg jenis berpusing-pusing to sbb gelap.
  • Mama dgn penuh semangat buat pertama kalinya telah menghantar gambar Ariz dlm pertandingan bayi comel anjuran WMDC. Tak sangka lak Ariz terpilih dlm senarai top 10. Tp utk saringan 5 peserta tercomel, Ariz x lepas.
  • Integration audit utk EMS ngan HSMS dijangka pd 20-23 May yg mana time tu sy akan berada di kampung sbb dlm pantang. Harap2 takde isu besar yg boleh menggugat kedamaian hati sy ketika berpantang nanti. Lagipun rasanya staff dept saya sumer2nya boleh diharap utk handle semua tu dgn jayanya..:D
  • Lama tak menulis ttg biz. Sekarang nak masuk bulan ke-4 kami beroperasi. Alhamdulillah selama itu jugak sale sentiasa cukup untuk cover overhead cost serta stock. Cumanya agak penat kebelakangan ni, jd xde masa utk biz. Abah aje lah yg monitor bila dia ada kelapangan. Disamping tu, kalau nak membeli secara online bolehlah jenguk2 ke http://branded-kids-clothing.blogspot.com . Kat sini sy ada jugak update sebahagian stok yg ada. Dan kalau nak order just call or sms at my hp. Kalau nak order kat site leceh sikit sbb sy jrg online.
  • Skrg ni kerja kat opis mcm dah separuh jiwa aje. Penat sgt nak bawak perut. Duduk aje oklah, tp bila nak jalan utk makan etc tu rasa mc x larat betul ler. Excessive sweating tu satu hal, walopun duk dlm aircond aje, tp peluhnya mcm org mandi. Rasa mcm nak doa supaya boleh bersalin cepat tp kesian kat abah yg akan exam pd 23-24hb ni. Kalo lepas tu barulah lega utk abah nak uruskan agaknya. Apa sekalipun, semoga selamat sumernya.

3 comments:

Theridzwan said...

salam suzie,

semoga selamat semuanya deh...hope awok ada belajor intensively teknik2 breathing tu.. that is the most important part.... juga make sure hafal doa2 pendek je, sbb dlm labour room nnt, hok pendek2 je sng nak recite it and really mean it.

ni apehal tumpah ABC atas laptop ni? ariz ke mama dia yang buat, confuse lak..agaknya baby dlm perut kick kuat sgt kot...he..he..

suzie said...

teknik breathing tu guane ek? sy belajor2 kot dlm internet tp dok tau lah saloh ke betul..debor gak ni..sbb dah start sakit2 main gitu.

ABC mok dia laa..clumsy org kata..huhu

Flores Online said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Flores Online, I hope you enjoy. The address is http://flores-on-line.blogspot.com. A hug.