Wednesday, April 30, 2008

Suatu Kelahiran

23/4/2008
Tarikh yang didoakan abang semoga tidak menjd tarikh kelahiran anak keduaku ini, akhirnya seperti yang telah tertulis sejak azali, telah menjd tarikh kelahiran Idlan hadi.
3.30 pagi - terjaga bila tiba-tiba rasa mcm sakit perut. Tidur bangun ke tandas, berulang2 hampir 5 kali. Terus tak boleh nak tidur.
5.00 pagi - kejutkan abah bila yakin sakit yang terasa tu adalah contraction
6.00 pagi - bersiap2 hantar Ariz ke rumah babysitter dan kemudian terus ke Kuantan
7.30 pagi - sampai ke Klinik bersalin Al Farabi
7.45 pagi - Check jalan dah 3cm...
8.45 pagi - masuk labour room sbb tak tahan sakit, abah ke kolej shahputra utk ambik exam paper SPACE material science

contraction...contraction...contraction...every minutes...

12.00 tghari - jalan dah 8cm
2.00 ptg - 9cm, dr dah start suruh meneran, tp tak tau lah kenapa, teknik meneran yg tak betul sehinggalah pukul 3 petang, tak keluar2 jugak. Tak leh nak gambarkan perasaan ketika itu, tak keruan, rasa kesian kat baby, rasa mcm nak mati, tp yang pasti penuh harapan yang Allah akan berikan peluang jugak untuk bersalin secara normal dan selamat. Dr Azian dah start arahkan supaya buat preparation for c-sect n call Dr Razak. Sedih sgt bila terbayangkan yang aku sekali lagi akan jalani pembedahan. Tp dlm hati rasa mcm makin kuat keazaman utk pastikan anak ini keluar secara normal jugak.

3.00 ptg - Dr Razak datang utk c-sect. Tp sebelum tu dia kata nak cuba vacuum dulu coz baby tak lah besar sgt pun. So we try for one last time. This time mmg buat gila2 punya lah. So, after a few deep breath, tetiba terasa seperti sesuatu meluncur keluar. Ya Allah, tak tau nak gambarkan mcmana, Allah mendengar doa hambaNya, syukur Ya Allah, berjuta kali rasanya mau kuucapkan kesyukuran itu. Tanya abang, 'baby dah keluar ke?' Nampak muka abang senyum, so i already know the answer. Dan tepat jam 3.11 ptg, lahirlah bayi yg tercinta ini.

After 3.11 ptg - 2nd stage labour - nak keluarkan uri. Agak susah nak keluar sbb ada part yang lekat tak mo tanggal. So sekali lagi Dr Razak bantu dan alhamdulillah selepas tak taulah berapa lama, akhirnya keluar. Tp time tu buat lah apa saja, tak kisah langsung dah. Yang penting bayi dah selamat.

4.00 ptg - selesai - dah masuk rehat di bilik - Dr Azian datang utk bgtau yang baby ada masalah pernafasan, pucat walaupun dah diberi oksigen, so kena hantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan. Dugaan lagi, tak sempat pun lagi nak pandang wajahnya. Nasib baik Abah dah selesai azankan. Tahnik aje belum. So berlepaslah baby ke HTAA ke wad NICU. Mama n Abah bermalam di bilik 6 AlFarabi. Abah tak dapat nak balik sebab letih sangat dan esok pulak ada exam paper statistics. Ariz bermalam di rumah mama Che Moh aje.

Terima kasih yg tak terhingga kepada insan2 yang telah membantu dlm mengharungi perjalanan selama 9bln ini..
Abah : yang telah memmberi sokongan dan bantuan dlm apa jua bentuk yang tak mampu sy lakukan sendiri.
Family & Kengkawan : yang sentiasa mengambil berat
Drs & nurses at Al Farabi : Sokongan moral, keprihatinan dan bantuan kalian akan sy kenang sampai bila2
Mama Che Moh : Yg sedia menjaga ariz pd bila2 masa diperlukan
Dan terutamanya, syukur atas rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah, Yang telah memberi kekuatan kepada ku mengandungkan seorang anak dengan segala kelemahan dan kesukaran, Yang telah memberikan kesakitan yang tidak terhingga yang dengannya keluarlah anak ini dengan segala keajaiban, Yang telah memberikan kelupaan terhadap segalanya setelah melihat pandangan yg suci murni dr anak ini..tidak terkatakan nikmatnya..

3 comments:

Theridzwan said...

Suzie, congratulation!!!!! Alhamdulillah dpt merasai pengalam bersalin normal kali ni. Tahniah to ariz juga sbb dpt adik.. Selamat bercuti 2 bulan dan berjaga malam.. he..he... Kalau kubalik Terengganu soon akak kucuba pujuk cik abeku utk berhenti di kemaman.. ke awok berpantang di kampung nyiur...

Wanie said...

o-ne,

congrats!!!!!!sempat lagi tu tengah bercuti2 membloggkan diri..hehehehehe

~Seven~ said...

huhu..takot nyer baca pasal org bersalin ni~