Wednesday, October 8, 2008

Darihal anak-anak

Hadi
Suka bunyi2kan suara dengan kuat especially waktu pagi..bunyi paling common ialah mmamamamamama..babababbabababa...
Suka menyembur dan jelir2 lidah.
Dah start solid foods seminggu yg lepas, sebab nampak lapar je memanjang.
Berat tak rasmi dah 7.5kg.
Dah tak begitu pendiam lagi, dah pandai merengek minta dipegang.
Habit menghisap jari telunjuk kanan yang dah makin kronik, sampai menggelupas kulit jari tu membuatkan mama terpaksa bagi alternatif suruh dia hisap pacifier, tp nampak gaya mcm dia x nak.

Ariz
Soalan wajib yg diulang lebih dr 10 kali sehari kebelakangan ni ialah 'kenapa mama x sayang ariz?' atau shooting question 'mama x sayang ariz kan?'.
Dah daftar utk sekolah tahun depan di PASTI Darul Hikmah.
Amat malas belajar dan mengaji sekarang maybe sbb suka sgt main games. Mama pulak tak begitu tegas sbb mama pun sama2 gak nak habiskan 30hari Alice greenfinger. Kena babap dua-dua nih agaknya.
Gigi depan Ariz dah berlubang sebesar mata pensel. Tak lama lah tu.
Suka sgt buat gaya baby sambil merengek-rengek, makan nestum konon sweet lah buat gitu agaknya. ihih.
Semalam dia bgtau, 'mama ni keterlaluan, kenapa mama biarkan adik nangis, adik tu kan nak susu?', tak tau mana dia dapat vocab 'keterlaluan' tu. Sungguh keterlaluan dia menggunakan perkataan itu kepadaku:P

5 comments:

aziemuda said...

suzie... ha..ha.. lucunya bila ariz kata mama keterlaluan... surely ayat2 copycat drpd tgk cerita2 Tv he..he..

masa dlm kereta balik dr kampung aritu my doter muneerah (yg baya ariz tu) kata " kalau adik tidur takde bantal nnt tak 'berkesan' "... mana dia balajo perkataan berkesan pun tak tahu... Tapi nak pecah perut gelakkan term yg dia gunakan tu..

~Seven~ said...

sbb mama pun sama2 gak nak habiskan 30hari Alice greenfinger <--haha..sabo je laaaa!

IMAN said...

tu la kan azie, kelakar bila diorg guna ayat2 atau word yg nth hapa2, rasanya diorg paham ke tak agaknya?

tersengih sya duk bayangkan muneerah sebut perkataan tu :P

Anonymous said...

Hahahahahaha..vocab 'keterlaluan'pun ariz dah tahu..

Anonymous said...

hahahha...keterlaluan..> lawak la ariz...


-org satu kampung-