Monday, February 16, 2009

TRIP KE BANDUNG 11-14/2/2009

Teruja untuk ke bandung bila my ex-GM kata dlm banyak2 tempat yang dia pernah pergi, Bandung adalah tempat paling seronok untuk shopping. Jadi kami sekeluarga booking ticket pada Dec 08 untuk perjalanan pada 11-14 Feb 2009. Pejam celik pejam celik akhirnya 10 Feb menjelma.

KOS
Aku, abang, Ariz dan Hadi bersama Kak Dah n Abg Mi dibawa oleh ‘one of my GM’ dan isterinya. Kos perjalanan tambang kami 4 beranak kurang sedikit dr RM1500 (sebab Hadi consider bawah 24m, Cuma kena RM70). Kos penginapan, makan n supir RM500 sekepala. Ariz RM120. So all in all aku 4 beranak lebih kurang RM2500. Kos lain, airport tax RM20 sorang. Alhamdulillah kami tidak dikenakan cukai kastam tp abang kena mintak duit oleh pegawai airport di Bandung sewaktu check in pulang. Teruk betul.. Oleh kerana kami dari Terengganu, kami bertolak tengah malam untuk catch flight jam 8.45 pagi. Tinggalkan kereta di LCCT dikenakan caj RM146 untuk tempoh 4 hari. Penerbangan mengambil masa 2jam 15minit dari LCCT ke Bandara Hussein Sastra Negara (Bandara tu airport ya..dlm bahasa Indon).

SUASANA
Cuaca elok, Bandung panasnya tidak terik. Waktu kami disana ada sedikit hujan renyai-renyai. Persekitaran bandar nya, sebaiknya usah berjalan kaki bagi mengelakkan terhidu busuk longkang yang mcm x begitu diselenggara serta keadaan pavement yang juga tak diselenggara. Perkara pertama yang kami notice bila sampai kesana ialah kesesakan serta cara pengguna2 jalan raya mereka. Memang kelas, rasanya kalau aku lah diminta bawa kereta kat sana, harus sampai ke malam aku masih x boleh nak keluar simpang..hehe..Traffic light kuning aje memanjang. Sentiasa pulak ada sukarelawan yang menjadi polis traffic. Cam mutual understanding antara sesame pengguna jalan raya sbb x pernah pulak nampak orang hon tak tentu hala, marah atau kemalangan. Mmg salute! Beca selamba aje lalu jalan bertentangan sewaktu kenderaan lain tgh sesak tp xde org marah pun. Penjual2 jalanan boleh kata setiap 1 meter akan ada sorang. Yang jual keychain, yang menyanyi, jual lesung batu, jual baju dan segala macam benda yang boleh dijual semuanya boleh dilihat disepanjang jalan, diluar restoran atau FO, bahkan diluar lobi hotel. Mcm semut hurung gula lagaknya.

PENGINAPAN
Kami menginap di Hotel Progo berdekatan Jalan Riau. Murah, selesa, agak bersih, makan pagi nya cuma roti n nasi or mee goreng. Lokasinya sebelah sekolah Kristen Yahya. Dan sebelah itu juga ada tempat yang boleh diaturkan sesi fotografi. Tinggal di Progo, kami boleh berjalan kaki saja ke Factory Outlet yang disekitarnya seperti Heritage, Cascade, Summit, Secret, Banda Outlet, dan banyak lagi. Nak khidmat tukang urut pun boleh diurus oleh hotel. Tp hati2 ye..kekadang cowok yang diminta, cewek yang dating. Iman harus kuat dong!

MAKAN
Wah makanannya amat sedap sampai hari ni masih terbayang2 ikan Gurami di Pasar Baru dan makanan di Simpang Raya. Serius sedap okay. Memang x leh cari kat Malaysia. Jus sirsak dan apokat yang kalau dibandingkan skala kesedapan di gerai air buah gelas besar di Seberang Takir, air buah gelas besar hanya score 3/5 saja. Makan malam di Cabe Rawit dan WaLe yang amat-amat cantik tempat dan landskapnya, tp saying, makanannya bukan selera aku. Kesian tgk muka supir yang beria mencanangkan Bakso Special yang katanya amat sedap. Tp kami makan beberapa suap aje, tekak x boleh nak terima. Tamu dari Malaysia memangnya akan dibawa oleh supir ke restoran2 tertentu saja yang memang dijamin bersih. Sebab restoran2 tersebut memang khas untuk orang yang agak berada seperti tamu dari Jakarta, Kalimantan, Malaysia, Singapura yang berkunjung saban minggu ke Bandung. Walaupun begitu, harganya kalau convert duit Malaysia jd murah banget.

SHOPPING
Tibalah kita kepada review yang paling best dan merupakan agenda utama orang Malaysia yang ke Bandung. Sememangnya diakui bandung adalah syurga shopping dan khabarnya harga barang disini hanya 1/3 dari harga di Jakarta. Okeh, so ini adalah itinery shopping kami. Hari pertama sampai, ke money changer tukar duit. Kemudian kami lunch ikan Gurami di Pasar Baroe. Dan shopping disana sampai pukul 6 petang. Memang x cukup masa nak round. Duk kat tingkat 1 ngan 2 pun x habis pusing. Malamnya lepas dinner di cabe rawit, kami ke FO di sekitar jalan Riau seperti Heritage, cascade dan banda outlet, jalan kaki aje sbb dekat. Hari kedua, sepatutnya kami ke Tangkuban Perahu tp semua ahli rombongan nak ganti aje ngan agenda shopping, So kami ke pusat barangan kulit di Cidabuyut. Mmg banyak kedai kulit sepanjang jalan tp aku x dpt pergi sbb kerhabuk jalannya. Kesian baby. So aku lepak aje dekat satu shopping lot yang ntah apa namanya lupa dah. Di Cidabuyut Abg Mi dapat membeli set lengkap utk riders, Jaket kulit, topi kekura, serta but kulit dengan harga agak2 1/5 aje dr harga Malaysia. Seronok betul dia! Kemudian kami ke Rumah Mode. Memang barang disini brand best2 dan agak mahal. Tempat shoppingnya nyaman sekali. Abg tak puas hati sbb x abis explore sbb ahli rombongan yang lain semua x berminat shopping disini. Kami lunch di Simpang Raya, kemudian sekali lagi kami ke Pasar Baru sbb banyak lagi barang yang dicari tak jumpa. Di Pasar Baru yang seronok ialah membeli tekstil, telekung, batik jawa, rok, seluar Mercedec Banz disini lebih murah dari di FO. Di pasar Baru sekali pandang x menarik, tp bila di eksplore, rasa mcm tak cukup hari..Pulang kami singgah sebentar di Kartika Sari tp sedihnya sbb pisang bolen udah sold out. Kata supir, kalau mau pisang bolen, harus pergi di awal pagi sbb mmg pisang bolen amat laku sekali.Hari ketiga, kami ke Amanda Brownies pulak. Juga x ada pisang bolen. Singgah di beberapa FO sekitar Jalan Dago. FO disini memang jauh lebih menarik tp kami x sempat nak berlama2 sbb ahli rombongan masih mau ke Pasar Baru BUAT KALI KETIGA. Singgah di MiVi utk beli baju kanak2. banyak lah aku borong disitu. MIVI mmg took utk anak2 tp bg aku brand yang ada x begitu menarik sgt walopun banyak. Kemudian kami ke Riaz. Aku beli sebiji LV backpack. Kak Dah beli Chanel dan yang lelain membeli beberapa pasang kasut. Lunch di Pasar Baru dan terus ngan agenda disana sampai pukul 6 petang. Pulang aku singgah ambil stok Tshirt Muslimat di Polite Shop. Kemudian singgah di Donatello, aku dah migraine n anak2 semua tidur so org lain aje yg shopping. Aku tidur dlm van. Abg beria paksa aku beli at least sepasang kasut kat situ sbb katanya mmg cantik2. Menyesal pulak aku x beli... Malamnya aktiviti mengemas. Dari satu beg dah beranak jd 3 beg dan beberapa backpack.Hari ke empat, acara bebas. Kami sekali lagi jalan kaki ke outlet2 yang belum singgah. Paling menarik utk FO sekitar Jalan Riau adalah di Secret. Yg lelain tu tak masuk pun takpe. Ding dong ding dong sampailah masa utk pulang. Check out, luggage kena hire teksi lain sbb x muat van dah. The lunch sekali lagi di Simpang raya. After that kami terus ke airport. On the way sempat lagi singgah kat Donatello beli selipar utk mak n mak mertua. Dekat airport pun sempat lagi membeli..giler betul.Flight petang..sampai KL pukul 9 malam..bertolak balik n sampai Kemaman pukul 2.30 pagi. Warghhhh…penatnya nak g keje esoknya.

EXTRA TIPS
1. Berkunjung lah dihari minggu, bukan hujung minggu bagi mengelakkan macet. Sebabnya orang Jakarta serta pelancong luar amat ramai ke Bandung dihujung minggu.
2. Tukar duit di indonesia. Anda mungkin boleh save banyaaaaak. Atau pakai aje kad kredit lebih mudah dan tiada caj tambahan.
3. Kalau ingin menikmati shopping, usah lah bawa anak-anak. Cam aku, penat sgt n banyak tempat x larat nak pergi sebab penat gendong. Stroller x begitu applicable sgt kat sesetengah tempat. Tu belum kira anak yang banyak ragam.
4. Menggunakan khidmat supir adalah wajib sekiranya anda x mau buang masa. Sbb supir boleh tolong aturkan perjalanan dan advise kat mana yang menarik nak pergi.
5. Sebelum pergi ke Bandung, buat kajian dulu tentang FO yang mana yang menarik. FO terlalu banyak, tp yang betul2 menepati citarasa kita mungkin tak banyak. Kenali apa yg kita nak cari dan Tanya pengalaman org yang dah pergi. Kalau tak, kita akan buang banyak masa masuk ke FO yang ntah hape2..

Sekian, saja laporan dari saya yang mungkin akan ke Bandung lagi..Berita terkini, laki ku yang baru balik semalam, hari ni dah booked ticket untuk bulan Jun pulak sebab tak puas hati banyak lagi benda nak beli. Penangan Bandung!

4 comments:

Anonymous said...

suzie... kuteringin melihat gambar2mu dibandung... paste in dua tiga keping lorr.. waduh2 hebat sekali trip shoppingmu... bikin gue kepingin aja dong...

munirah said...

bandung memang syurga membeli-belah. tak cukup gaji sebulan. hohohoo

Anonymous said...

knape kn tukar duit kat bandung..bukan lebh mahal..??

Anonymous said...

dlm banyak banyak nasihat ke bandung inilah satu satunya yg nasihat suruh tukar duit di bandung. yg lain suruh tukar di sini, pelik pulak tu