Sunday, March 28, 2010

Baby Quilt & shopping kain lagi

Inilah yg dikerjakan minggu lepas, baby quilt menggunakan polka dots yg Rozie tolong belikan minggu lepas dr kedai online mana ntah, rasanya fabricfanatics. Sebab nak siap cepat dan tak tau bakal anak sedara tu boy ke girl, maka terhasillah design ini..design potong panjang2 dan cantum guna pink ngan blue. Mudah kan! Nak kasi ada kelainan sikit (sbnarnya tak cukup kain) maka kutambahkan sashing kat tepi guna kain stripes berbunga peach. Not bad kan..

Total masa yg diambil = 3 jam kalau tak berenti
Kos
Batting RM8
Backing RM8 (1meter flannel)
Patchwork & Binding RM40 (1 meter imported cotton)
**Kos ni boleh dikurangkan lagi kalo beli kain sendiri sbb bila beli kain online harga agak tinggi sikit. Tp kalo beli sendiri akan ada lak kos x nampak seperti minyak kereta, berkejar dengan anak dan sebagainya..hehe..

Memandangkan kos buat baby quilt yg kecik camni pun dah banyak ni, maka aku x hairan lah kalo tukang2 quilt jual ngan harga tinggi. Apatah lagi kalo pakai cotton yg cun n mahal. Nak kira ngan workmanship kalo buat yg patchwork corak yg susah2 tu, alahai, surrender lah kalo nak upah aku. Tak padan ngan penat.

InsyaAllah, quilt ni akan bertukar tangan sekitar bulan April or May nanti. Tak sabarnya nak dapat anak sedara baru!


Weekend baru ni Kompeni kami dijemput untuk ke Anugerah Kecemerlangan Industri 2009 kat KL Conv. Center. Kami mendapat Certificate of Excellence among a few others yg selected daripada lebih kurang 50++ syarikat yg ambik bahagian. Pemenang kategori kami ialah Motorola dan penerima Prime Minister Award ialan Uniten. Tgk tak dlm TV pada 25hb ari tu? huhu..Alhamdulillah tak sangka kami terpilih jugak walopun sekadar runner up.

Jdnya alang2 dah ke KL terus je lah ngan agenda shopping mopping. Mcm biasa tempat wajib ialah Kinokuniya (buku craft ler sampai hangus 150++) pastu ke Nagoya hangus lagik RM150++. Best lah sangat kain kat Nagoya. Bayangkan bleh dpt USZ cotton RM14 semeter? Mana nak cari tu? Tp ada 2, 3 design je lah..takde pilihan. Tp English cotton yg bunga2 kecik amat banyak dan cuma Rm5 semeter. Macam harga polycotton kat area umahku je..Kalo ikut kata nafsu mau duk kat Nagoya lama2 tp dah dapat panggilan kecemasan daripada ayahandanya Hadi dan Hadi pulan asik main hide n seek celah2 kain. Susah nak cari sbb dia kecik n lincah. Nasib baik org tak ramai.


Dengan kain2 itu, maka bertambahlah agenda menjahit yang perlu kufikirkan lepas ni. Yg dah nampak kat kepala ni ialah Quilt ngan sleep pant untuk budak dua beradik tu ngan apron untuk mamanya supaya ada motivasi untuk masak sedap2..haha..

4 comments:

a.n.i.Q.u.e said...

thats a sweet n nice color for a baby quilt. cantik.

SUZIE MUDA said...

tq anique.
i've visited yr blog and can't help smiling over your potholder. Remind me of my good old days..(skrg pun sometimes masih jd macam tu) :P

greenflower said...

Salam nak tanya..batting tu beli kat mana?

greenflower said...

Salam nak tanya..batting tu beli kat mana?