Monday, September 20, 2010

Mutiara buat para wanita

Saya sering merasa tidak cukup masa untuk keluarga, sering merasa tidak cukup masa untuk mengemas, memasak, mengajar anak. Rasa sentiasa terkejar2 dengan tugas seharian. Keluar rumah setiap pagi, balik senja, mengurus rumahtangga seadanya, meluangkan masa seadanya dgn anak, menjahit (tak cukup masa pun sempat jugak buat ni), dan seringkali merasa anak2 dan suami terabai tp tak tahu mcmana untuk memperbaiki keadaan ini. 

Suatu hari sy mengadu pd bonda sy dan beliau share satu doa yg org tua2 panggil 'syarat tubuh'. Doa ni adalah doa yg diajar oleh Baginda Rasulullah s.a.w kepada puteri kesayangan baginda, Fatimah azZahra. Ibu sy mempunyai anak 14 orang, setiap tahun atau selang setahun. Ketika org lain dah moden, keluarga kami masih dlm keadaan daif, air diangkut dari sungai dan telaga, tak merasa bekalan elektrik, masak guna dapur kayu, kayu api kena cari dari hutan, baju dibasuh di tepi sungai, berapa besen setiap hari, wallahualam. Sy memang x boleh bayangkan jika tempat bonda diganti oleh saya. Tapi alhamdulillah, kami semua 12 beradik (2 meninggal) membesar dengan sempurna.

Ini lah doanya. InsyaAllah kata bonda sy, amalkan selalu terutama oleh wanita yg sememangnya tugas tak akan pernah habis, moga2 terasa ringan dan mudah melakukan bakti utk rumahtangga.


“Ya haiyyu ya qhoiyyum birohmatika astaghisthu asslehhli sha’ni kullahu wala takilni ila nafsi torfataa’in”
Wahai tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Dengan rahmat dan kasih sayangMu aku memohon pertolongan dan janganlah engkau biarkan aku bersendirian walaupun hanya sekelip mata dan perbaikilah setiap urusanku. 



Alang2 menulis tentang Siti Fatimah, teladan buat wanita solehah elok rasanya sy paste petikan kisah beliau yang dipetik dari sumber2 di internet (kisah2 yang masyhur dan ditulis di dalam buku2 juga). Moga dpt kita jd kan ikutan.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali." 

1. Ya Fatimah….,tidak ada orang menggiling gandum dengan kedua tangannya kecuali Allah menghitung setiap bijinya gandum itu pahala dan menghapusnya dosa.
2. Ya Fatimah….,tidak ada seorng wanita yang membersihkan tempat masaknya kecuali Allah membasuh semua dosa dosanya dan kesalahannya.
3. Ya Fatimah….,tiada seorang wanita menyulam kemudian hasilnya sesuatu untuk anaknya atau keluarganya kecuali Allah berikan kepadanya pahala orang yang memberikan makan untuk seribu orang yang lapar dan memberikan seribu pakaian bagi orang yang tidak mampu.
4. Ya Fatimah….,tiada seorang wanita yang meminyaki kepala anak2nya kemudian menyisiri rambut anak2nya, membasuh baju baju mereka, mematikan kutu yang ada di kepala mereka, kecuali Allah memberikan pahala dari setiap lembar rambutnya pahala dan setiap rambutnya di hapus oleh Allah dosa-dosanya dan Allah akan menghiasi orang itu dipandang manusia dan hurul i’n.
5. Ya Fatimah….,Demi yang mengutus aku dengan benar sebagai pembawa khabar gembira, membawa khabar ancaman kalau engkau mati sementara suami mu tidak rela aku tidak akan mensholati engkau.
6. Ya Fatimah….,tidakkah engkau mengetahui kerelaan suami dari kerelaan Allah, kemarahan suami dari kemarahan Allah?
7. Ya Fatimah….,tiada seorang wanita yang mempunyai kerelaan suaminya satu hari dan malam saja kecuali Allah akan memberikan ia pahala seperti pahalanya orang yang beribadah selam setahun dalam keadaan siangnya puasa dan malamnya bangun malam.
8. Ya Fatimah….,tiada seorang wanita yang suaminya rela sebelum ia meninggal dunia kecuali ia telah melihat tempatnya disyurga dan belum keluar ruhnya dari jasadnya kecuali ia telah minum dari telagaku.
9. Ya Fatimah….,tiada seorang yang wafat dan suaminya rela kecuali Allah telah wajibkan baginya adalah syurga.
10. Ya Fatimah….,sesaat saja duduk menemani suamimu lebih mulia dari pada ibadah satu tahun dan tawaf di baitullah.
11. Ya Fatimah….,apabila seorang wanita mengandung atau hamil maka seluruh para malaikat di langit memintakan ampun untuknya seluruh ikan-ikan dilautan memohonkan ampun kepadanya dan setiap hari Allah hapus seribu dosanya dan Allah berikan seribu pahala.
12. Ya Fatimah….,apabila wanita itu didalam detik2 melahirkan Allah berikan pahala mujahiddin,pahala suhada dan sholihin dan Allah bersihkan dosanya sebagai mana ia baru dilahirkan perut ibunya dan Alah berikan ia pahala 70 kali haji.
13. Ya Fatimah….,apabila seorang ibu menyusui anaknya maka Allah memberikan setiap tetesan dari air susunya itu kebaikan dan Allah hapuskan dosa nya setiap tetesan air susunya dan bidadari disurga sedang memohan ampun untuk nya.

Fatimah a.s bertanya mewakili umat wanita di seluruh dunia ini pada Ayahnya ” Ya ayahku bilakah wanita2 ini mampu memperoleh pahala para mujahid fisabilillah? ….dan di jawab arrosul ”Ya Fatimah maukah aku berikan dan menunjukan sesuatu yang kamu akan memperoleh pahalanya orang2 mijahid fisabillilah sementara kamu dirumah dan tidak keluar dari rumahmu?". Dijawab Fatimah a.s ….” ya ayahku apakah itu ” dan dijawab Arrosul ”sholatlah setiap hari 2 rakaat, dan di setiap rakaatnya membaca al-fatihah sekali dan al-ikhlas 3 kali siapa yang melakukan ini maka Allah memberikan kepadanya pahala kaum mujahiddin.

13 comments:

Liana said...

wahh....syahdunyer... thank u for sharing kak suzi! :)

Mila@Rimbun said...

this article means a lot to me..thanks for sharing...

Mila@Rimbun said...

doa tuh ada tak in jawi/arabic... bila baca dlm rumi.. takleh nak masuk dlm kepala lah... tak tau mana nak berenti hihihihi

SUZIE MUDA said...

mila, mak sy ajarkan dlm jawi tp x de software jawi lak nak tuliskan. nanti sy cuba usahakan

Uni Munirah said...

ini ayat Al-Quran ker? surah ape & ayat berapa?

Uni Munirah said...

ini ayat Al-Quran ker? surah ape & ayat berapa?

Uni Munirah said...

ini ayat Al-Quran ker? surah ape & ayat berapa?

Faezah Zee said...

salam, i would like to ask the same.. doa tuh dalam jawi ade tak?

Zura said...

suka baca ni suzi..rasa ringan sikit yg ditanggung ni. thank you for sharing... :)

SUZIE MUDA said...

kepada yg bertanya, i x boleh nak pastikan ni adalah ayat AlQuran atau hadis sahaja.

Tak tau nak refer kat sape, tp kalau sy dpt dr sumber yg pasti sy akan update semula disini.

kalau berminat, boleh cuba cari dlm kisah2 sejarah Fatimah Azzahra, mungkin ada tercatit.

Anonymous said...

suzie,
mengalir air mata saya baca ni.. mmg tengah penat sgt dgn tugasan rumahtangga lately, anak2 demam, rumah berserelak, tetamu nak datang dsb...

rindu pada awok suziha.. bilakah agaknya nok jumpe?

azie

SUZIE MUDA said...

Azie, sy try a few time call yr number / hp n house tp x dpt. Sy ada gak niat nak g jalan ke rumah time2 gi KL. kalau baca ni harap email sy no hp baru ek!
rindu awak jugak :)

Unknown said...

Berhenti dimana mana yang engkau mahu