Saya suka table runner ini kerana dibuat dari macam2 lebihan koleksi fabrik yang saya suka. Dari Chestnut Hill, Haru Kaze, Bellbottom, Ta Dot, Snow flower, Just for friends serta sebahagian dari japanese cotton. Kalau perasan ada juga sikit stripe dari Darla dan Nicey Jane. Jadi walopun fabrik2 tersebut dah abis diguna atau dijual, sisanya tetap tersimpan untuk kenangan dlm rumah saya (kain designer fabric bak kata Maya@crazyartzone, mesti digunakan sehabis dan secermat mungkin).
Panjang table runner ni lebih kurang 4kaki dan lebar lebih dari sekaki. Binding sy gunakan soft flannel warna biru terang utk naikkan aura biru. Saya cantumkan setiap helaian untuk bahagian atas terus kepada batting, kemudian buat outline quilting dengan benang kasar untuk cantumkan kepada backing fabric.
Nak guna kat mana pun belum pasti, maybe utk meja kopi aje kot.
Ni pandangan close-up sebelum dibuat outline quilting.
3 comments:
nice.. idea yg menarik utk cover seat belakang keta... almaklumlah.. penuh dgn peta dunia.. hehe..
Salam aidilfitri..mamaf zahir batin..
hi from Japan.. I really love your table runner, the greens goes well with the blues.. a brilliant idea to reduce the mounting scraps and a good way to take it slow and easy.. thank you for sharing..
good job! I want to make one table runner too.
Post a Comment