1. Dah hampir setahun sy mengambil tempahan menjahit dress kanak-kanak. Dalam banyak2 tempahan, ada sekali terima tempahan dari seorang mama ni yang minta dibuatkan flower girl dress utk puterinya yang comel. Dia ada send hp pic (tak berapa sharp) tp terserlah kecomelan puteri nya tu. So rasa nak share kat sini..
(dress sebelum di trim bawah, sorry malas nak rotate)
2. Keputusan 2x scan baby dlm peyut ni menampakkan rezeki ketiga ni juga Boy. Maka musnah lagi harapan sy utk menjahit gaun2 comel utk anak sendiri. Oleh sebab itu baju2 yg saya jahitkan untuk koleksi sendiri akan sy masukkan / iklankan dlm FB saya utk dijual. Harga padan2 modal aje..:)
3. Berikutan itu juga saya menjadikan dress2 tersebut sebagai hadiah kelahiran baby girl kaum keluarga dan kawan2. Kat bwh ni antara gambar2 yang sempat diambil.
(Anak saudara latest, Nur Nasreena yang comel)
4. Kain american cotton serta pattern untuk tempahan boleh anda lihat di FB saya sebagaimana berikut. KAIN & PATTERN. PANEL yang comel-comel pun ada. Tempahan dibuka lagi sementara saya masih mampu menjahit dan akan stop just before Ramadhan (coz due date waktu tu).
5. Sekarang saya baru membuka tempahan untuk PARTY Dress yang kiut miut pada harga pembukaan iaitu RM60 untuk fabrik tempatan / RM90 untuk fabrik American Cotton (Harga sebenar jauh lebih tinggi kerana penggunaan kain yang agak banyak). 5 tempahan yang pertama sahaja akan dapat harga ni, selebihnya akan mengikut kadar biasa. Post panjang lebar tentang party dress ni boleh tengok kat SINI.
6. Sempena hari guru yang lepas sy sempat jahitkan 3 pencil case dlm masa beberapa jam coz Ariz bgtau nak bg hadiah pd 3 gurunya. Aduhai lupe, kalo tak, boleh buat yg cun-cun sket.
7. Lain2 hasil jahitan sempena musim malas memblog ni..:)
b'day present for Maz n Rai
Bermuda kengkonon nak kasi Nuhi tapi tertinggal last2 jd milik Ariz dan Hadi
Camera case
BB case
2 pcs blouse + skirt ilham dari Japanese Book
2 comments:
ya Allah ya tuhanku nasreena!!! c0melllllaaaaaa kamuuuuu
wahh rugi..rugi tak de rezeki dia...dah la sekarang tengah duk taksub ngna bermuda ni....tambah lah sini summer..lagi lahh....nampaknya mama nuhin kena blaja jahit sendiri la nanti
Post a Comment