Seringkali kita dimomokkan dgn gambar kononnya Dome of the Rock (Kubah kuning) bukan masjid AQSA yg sebenanya. Mari kita baca penerangan berikut yg sy copy paste dari blog Dr Irfan IluvIslam.com. 
Moga bermanfaat. 
Bangunan al-Masjid al-Aqsa Yang Sebenarnya
November 1, 2009 by abidfana   
 
      Al-Masjid
 al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam. 
Ianya juga merupakan tempat di mana Allah memperjalankan nabi Muhammad 
SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di 
Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan 
yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat 
dinikmati daripada aspek spiritualnya sahaja, tetapi daripada aspek 
material pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan 
produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai 
nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah 
mereka. Masjid ini juga pernah menjadi qiblat pertama bagi umat Islam.
Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam 
al-Aqsa. Ramai yang memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid 
ini. Apatah lagi terdapat galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk 
menziarahinya. Bersabda nabi Muhammad SAW di dalam sepotong hadith:
وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:   
لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، والمسجد الأقصى، ومسجدي
   متفق عليه، واللفظ للبخاري
Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan 
berkata: Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah pergi berjalan 
melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa
 (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah) - Muttafaqun alaihi dengan lafaz daripada Bukhari.
Sehinggalah penjajahan Zionist ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa 
kini sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab. Sekatan serta fatwa 
pengharaman menziarahinya oleh Mufti Palestin yang turut disokong ramai 
ulamak kerana perlu membayar wang yang banyak kepada penjajah Zionist, 
menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang mengenali bangunan al-Aqsa 
yang sebenarnya.
Di dalam bersemangat mempertahankan al-Aqsa, ada antara umat Islam 
yang cuba untuk memperkenalkan bangunan al-Aqsa. Antara maklumat yang 
kerap disebarkan melalui rantaian email dan tapak sesawang seperti ini,
 ialah menyatakan yang Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) adalah bukan
 al-Aqsa. Mereka mendakwa yang ianya adalah propaganda Zionist untuk 
mengalihkan fokus umat Islam daripada mempertahankan al-Masjid al-Aqsa 
yang sebenarnya. Ramai daripada kita yang percaya dengan maklumat ini.

Gambar yang kerap disebarkan untuk menunjukkan al-Aqsa yang sebenar
 
Dalam artikel ini, saya akan cuba berkongsi maklumat yang sebenar 
mengenai bangunan al-Masjid al-Aqsa seperti yang dikenali penduduk 
Palestin. Saya perlu memberikan kredit kepada pensyarah Universiti 
al-Najah, Dr Haithem F. al-Ratrout yang telah melakukan kajian 
perkembangan senibina al-Aqsa di dalam kajian PhD semasa menuntut di 
Al-Maktoum Institute. Saya telah mendapat keizinan beliau untuk 
menyebarkan maklumat kajiannya, kerana menurut beliau ini merupakan 
tanggungjawab Muslim bagi memperkenalkan bangunan al-Aqsa yang 
sebenarnya. Anda boleh membeli buku beliau daripada laman ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.
PEMBINA AL-AQSA YANG SEBENARNYA
Untuk mengetahui al-Aqsa, kita terlebih dahulu perlu mengetahui 
siapakah pembinanya. Menurut ulamak, tidak ada satu nas yang amat sahih 
menyatakan secara jelas siapakah pembina al-Aqsa. Cuma terdapat sepotong
 hadith sahih menceritakan secara umum pembinaan al-Aqsa, seperti yang 
diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:
حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن
 يزيد التيمي، عن أبيه، عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟
 قال: المسجد الحرام. قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ 
قال: أربعون سنة
Hadith Sulaiman bin Mahran al-A’mash, 
daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau 
berkata, aku bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, masjid yang 
manakah dibina terlebih dahulu (dalam sejarah)?” Nabi menjawab, 
“al-Masjid al-Haram.” Aku bertanya lagi, “Selepas itu?” Jawab nabi, 
“al-Masjid al-Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak pembinaan antara 
keduanya?” Nabi menjawab, “40 tahun.”…. 
Berdasarkan hadith di atas, oleh kerana 
jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah 
dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang 
amat panjang, maka ramai ulamak berpandangan pembina kedua-dua masjid 
ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah 
pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina 
al-Masjid al-Haram di Makkah.
Sebahagian kita berpandangan yang pembina 
al-Masjid al-Haram ialah Nabi Ibrahim. Ini berdasarkan kepada ayat 
al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 127:
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِيمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ
Dan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail mengangkat kembali tapak asas tapak rumah ibadah itu (Al-Masjid al-Haram). 
Jumhur ulamak, walau bagaimanapun menyatakan
 yang ayat di atas hanyalah menunjukkan yang nabi Ibrahim membina 
kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi sebelumnya.
 Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina
 al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, 
maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.
Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam 
al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid 
al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh 
Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina 
Ka’bah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam. Apabila nabi Adam 
diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di 
muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka’bah 
tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah itulah 
merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu 
Dzar tadi, baginda telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun 
nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut
 yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor cuaca yang lain.
Justeru, ramai ulamak yang menyatakan nabi Adam adalah pembina al-Aqsa kerana baginda juga membina Ka’bah.
KONSEP BINAAN MASJID DI DALAM ISLAM
Untuk mengetahui bangunan al-Aqsa, kita juga
 perlu untuk mengetahui konsep binaan masjid di dalam fiqh Islam. Secara
 ringkasnya, yang dinamakan masjid itu perlulah mempunyai empat elemen:
1. Lokasi.
2. Sempadan.
3. Qiblah.
4. Aktiviti, termasuklah ritual ibadah dan juga segala aspek kehidupan yang membawa kesejahteraan akhirat.
Gabungan lokasi dan sempadan, menurut 
ulamak, tidak membawa maksud yang masjid itu perlu berada di dalam satu 
bangunan. Masjid di zaman nabi Muhammad pun tidak mempunyai bangunan. 
Yang paling penting ialah, pembina masjid tersebut perlu menentukan 
lokasi dan sempadannya. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita 
memahami yang masjid itu perlu dibuat di dalam bangunan.
LOKASI AL-AQSA
Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak 
di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City of 
Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah 
yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard 
al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem 
dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan petempatan lama. 
Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi 
selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan 
petempatan di dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar 
Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama 
Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.
 
Pandangan udara Old City of Jerusalem dan al-Aqsa
 
PLAN KA’BAH DI AL-MASJID AL-HARAM
Selain itu, kita juga perlu mengetahui 
bagaimanakah plan asal Ka’bah yang telah dibina oleh nabi Adam. Ini 
adalah kerana kita telah faham bahawa pembina kedua-dua bangunan ini 
kemungkinan besar adalah orang yang sama berdasarkan hadith Abu Dzar 
tadi. Ramai yang memahami Ka’bah sebagai bangunan berbentuk kiub yang 
dilitupi oleh kain kiswah hitam. Fakta ini kurang tepat, kerana 
sebenarnya kawasan Hijir Ismail adalah juga sebahagian Ka’bah berdasar 
pandangan ramai ulamak. Jika diteliti laporan daripada al-Azraqi 
(meninggal 222 H), beliau telah melakarkan plan Ka’bah seperti yang 
telah direnovasi oleh nabi Ibrahim seperti imej berikut:
BANGUNAN AL-AQSA YANG SEBENAR
Antara gambar terbaik untuk melihat pandangan udara al-Aqsa ialah seperti berikut.
Secara ringkas, al-Masjid al-Aqsa yang 
sebenar ialah meliputi semua monumen bangunan dan tanah lapang di 
sekitar pagar empat segi di atas. Hujjahnya ialah seperti berikut:
1. Nabi Muhammad diisra’ ke al-Aqsa. 
Kemudian dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju yang nabi 
dinaikkan ke langit daripada lokasi Dome of the Rock sekarang yang 
letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar di atas. Justeru tidaklah
 tepat sekiranya Dome of the Rock dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.
2. Masjid tidak semestinya berada di dalam 
satu bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah lapang, atau dalam 
bangunan, atau gabungan tanah lapang dan bangunan, selagi mana 
ditentukan lokasi dan sempadannya.
3. Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan 
dengan Ka’bah. Tidak mustahil, kerana pembinanya adalah orang yang sama.
 Bahkan jika dibesarkan plan Ka’bah, kita akan dapati yang plannya 
adalah sama dengan pagar sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata lain, sudut 
bukaan setiap hujung empat seginya adalah sama. Penjelasan lanjut boleh 
diperolehi daripada buku Dr Haithem yang sebenarnya merupakan thesis PhD
 beliau.
 4.
 Memang benar Saidina Umar seakan marah dan tidak bersetuju dengan 
cadangan Ka’ab al-Ahbar mengenai lokasi di mana perlunya dibina bangunan
 masjid di dalam al-Aqsa. Ka’ab mencadangkan di lokasi Dome of the Rock 
sekarang. Umar tidak bersetuju kerana lokasi itu adalah lokasi paling 
suci dalam agama Yahudi, dan keduanya bangunan utama yang menempatkan 
Imam sembahyang, perlulah berada di tempat paling hampir dengan 
qiblat/Ka’bah. Maka dibinalah bangunan masjid kecil di selatan sempadan 
pagar al-Aqsa yang betul-betul dibina oleh nabi Adam menghadap ke arah 
Ka’bah. Masjid asal yang dicadangkan saidina Umar itu dikenali penduduk 
tempatan sebagai Jami’ Qibli atau Jami’ al-Aqsa. Adapun sekiranya 
menyebut al-Masjid al-Aqsa, maka ianya merujuk kepada semua yang berada 
di dalam pagar sempadan al-Aqsa tadi, termasuklah Jami’ Qibli, Masjid 
Buraq, pelbagai masjid kecil di dalamnya, beberapa bilik perpustakaan, 
pejabat dan kelas pengajian, Dome of the Rock, Dome of Ascension, Dome 
of Chain, tanah lapang, dan lain-lain.

Semua yang berada di dalam garisan kuning di atas adalah al-Masjid al-Aqsa
 
KESIMPULAN
1. Al-Aqsa ialah kawasan yang  meliputi 
semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti 
gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan 
sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.
2. Umat Islam perlu menghentikan penyebaran 
maklumat salah yang kononnya Dome of the Rock bukan sebahagian daripada 
al-Aqsa. Sasaran Zionist sekarang ialah membina Haikal Sulaiman di atas 
tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh
 orang Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita daripada 
mempertahankan Dome of the Rock, maka mudahlah orang Yahudi merampas 
al-Aqsa.
3. Saya amat mencadangkan rakan-rakan pembaca untuk membeli buku Dr Haithem,
 serta membaca kajian lanjut mengenai pembinaan Ka’bah, pembinaan Jami’ 
Qibli, Dome of the Rock dan kubah-kubah lain, sejarah pemerintah yang 
menguasai dan memakmurkan al-Aqsa dan lain-lain.a