Monday, April 2, 2007

Bila Tok Wan Menangis

Aku bukan peminat AF. Jauh sekali nak mengundi. Malah aku pernah jakun ttg afundi. Mungkin sbb waktu tu aku xde astro. Aku hanya ambil tau pasal AF bila Mawi menjd bahan bualan semua org dr yg baru kenal ayat hingga yg dah kerepot. Bila masuk musim AF4, kami dah ada astro tp x teruja pulak aku nak tgk. Skrg dah AF5. Ada beberapa kali jugak aku tengok. Dan setiap yg aku tgk pastinya ada adegan yg buat aku x puas hati. Pertama waktu crew nak bagi surat tawaran. Waktu Dekna menangis sampai mcm org tak betul. Melompat, menangis, menjerit. Sedih betul aku tgk budak melayu mcm ni. Sukanya dpt masuk AF mengalahkan suka org dpt masuk IPTA. Atau lagi jahat mcm abg kata..suka lebih dari org dpt masuk syurga.

Dan kelmarin aku tgk lagi sekali diari AF dekat part Tok Wan (mascot baru Astro) yang amat terharu dgn nyanyian Ebi. Dia menangis dan memeluk erat si Ebi. Ironisnya, Ebi menyanyikan lagu memuji nabi sempena Maulidurrasul; lantas dipeluk seorang wanita bukan muhrim yg benar2 bertentangan dgn ajaran nabi yg dipujinya sebentar tadi. Aduhai…apa nak jadi ngan umat Islm skrg. Ambik mudah sgt. Atau ni lah kut yg dinamakan Islam Hadhari. Mungkin Tok Wan merasa yang dia umpama tok wan sebenar kepada si Ebi. Tp hukum tetap hukum. Unless tok wan dah xde nafsu, tp melihat pd senario umat manusia zaman sekarang..betapa ramai kaum wanita yg layak dipanggil nenek masih lagi bernafsu spt org muda. Aku bukan nak mengutuk Tok Wan secara peribadi, tp sekadar meluahkan rasa kesal terhadap satu rancangan yg aku rasa merosakkan agama. Dahlah menampakkan seolah 'menjadi penyanyi adalah matlamat hidup' bercampur pulak ngan unsur2 halal haram. Hmmm...

No comments: