Monday, November 26, 2007

kedai oh kedai..

Rupanya bukan senang nak berniaga..nampak mcm senang tp bila dah masuk ke alam tu mcm tak terbuat pulak. Lebih2 lagi bila buat part time aje, tiada kesungguhan, tiada urgency.

Selepas cuba-cuba ngan biz partner aku dulu, akhirnya aku terpaksa akur yg kalo betul2 nak meniaga, buat betul2, berenti keje. Kalo tak, takat cakap je boleh lah. Nak bagi komitmen tak boleh. Bayangkan balik keje pukul 6 sampai umah, nak siap diri, keluarga, mlm nak bersama keluarga. Hari minggu pulak attend kelas pengisian rohani, ada kenduri nak kena pergi, balik kampung sekali sekala, time ni juga nak rehat badan dan bersukaria ngan keluarga. So, aku ambik keputusan utk tidak mahu teruskan.

Tp ia tak berakhir di situ, sbbnya aku dah habis beribu2 utk deposit n sewa kedai, dan aku dah beli stok mungkin dah lebih dari 10ribu. So, kat mana aku nak campak bebenda tu? Maka aku terpaksa lah memaksa rela abg supaya take over aje kedai tu..(tak taulah ex biz partner aku nak kata apa).

Maka dgn keinginan yg tak seberapa, abg bersetuju sebab antara lain masa nak bukak kedai tu aku dah pakai lesen niaga dia..hihi..Oleh kerana mungkin semangat tak seberapa, maka tindakan pun tak seberapa lah juga. Ditambah dgn bermacam2 lagi masalah birokrasi yg perlu dihadapi yg aku tak perasan pun pd mulanya. Memula, nak kena furnish kedai tu, cari peralatan serba sedikit, tapi habis beribu lah jugak..Setelah berhabis pun, alih2 ianya masih memenuhi sekadar 1/4 dr tuang kedai..maknanya aku nak kena ada lagi 20-30 ribu baru bleh nampak mcm rupa kedai.

Then pasang lampu n kipas ala kadar aje..alih2 baru perasan elektrik takde nak kena daftar ngan TNB dulu. Bila p ke TNB diorg nak sijil niaga yg beralamat di tempat ni sedangkan abg punya alamat di KT. Maka abg terpaksa p ke Suruhanjaya Syarikat utk buat cawangan syarikat guna alamat kedai. Alamak...luntur semangat cik abe tu kalo banyak2 kerenah mcm ni. Tak abis lagi di sini, nak buat banner n signboard kedai nak kena ikut format2 MPK pulak. Lagi hampeh dah p mengadap sekali alih2 nak kena tukar buat lain. Last2 sampai skrg tak buat2 lagi.

2 hari lepas 2 buah kedai yg bersebelahan dah tutup kedai pulak dgn alasan tak laku coz tempat baru, masih belum maju. Turun lg semangat aku. Jd janji nak bukak kedai pd 27/10/2007..tp hari ni dah sebulan, tak dapek2 lagi nak bukak. Tp aku yakin, kalo abg bleh buat betul2, bg perhatian lebih sket, satu hari pasti akan berjaya jugak. cuma org kata antara lambat ngan cepat aje. Harap2 abg pun tak cepat patah semangat.

Susah jugak nak meniaga ni rupanya..

No comments: