Monday, November 12, 2007

Trip ke Penang

3/11/07 kami bertolak utk ke Penang coz aku kena attend Petronas HSE Forum 2007 yg dibuat kat Equatorial. Alhamdulllah abg xde apa2 aral so boleh lah kami pergi kesana driving n plus ngan jalan2 skit. Malu juga nak mengaku yg ini adalah kali pertama aku sampai ke Penang..hihi. Perjalanan yg sepatutnya ambil masa 6-7 jam menjadi 12 jam melalui jalan Jerangau-Jertih-Kelantan-Grik-Butterworth-Penang. Disebabkan Ariz memulakan perjalanan dengan menulis maka tak lama selepas tu dia muntah dgn banyaknya atas baju dia dan juga baju aku, maka kami terpaksa berhenti dan mandi serta basuh baju sbb itu lah satu2nya baju aku yg bergosok. so terpaksa pakai baju basah sepanjang perjalanan. Satu permulaan yang amat mengecewakan. Pastu plak abg tersilap jalan hampir 2 jam sbb konon nak ambik short cut lalu kot jln jerangau. Alih2 jd long cut. Pastu plak sampai kat gerik jalannya dahlah kecik, bengkang bengkok pastu plak hujan, gelap so kenadrive slow2 jerk. Owh tensennya, rasa mcm tobat aku takkan lagi lalu jalan tu. better ambik highway KL-Ipoh je. The from gerik to butterworth tu plak, along the way tu dah lah jln sempit pastu nak cari stesen petrol pun tadek..last2 jumpa lah satu stesen caltex yg kecik mcm kat kampung2 punya tuh. Aku ingatkan kat Terengganu negeri yg kononnya miskin tapi kalo nak compare, jalan kat kampung di terengganu sama taraf je ngan jalan utama kat sini. pastu plak kalo nak stesen minyak tu kat jalan2 tak utama pun belambak. Tak taulah agaknya sbb Trg negeri petroleum kot. x acilah compare kan. Dipendekkan cerita memang sedihlah perjalanan nak kesana. Hinggalah kami sampai ke Equatorial, then baru ok, sbb hotel tu kira cam ok jugaklah. Besar n selesa.

So esok pagi2nya program start ngan teambuilding ngan geng2 Petronas. Hampeh tul sbb aku rasa cam diorg semuanya staff aku cam alien la plak. Dah lah pakai baju lain dari org lain..hmm.. So group kami about 40++ p ke spice garden then ke Orchard. (ape ke nama ntah). Sampai kul 5 petang, best lah jugak program2nya. Then malam ada welcoming dinner. Makanan x sedap mengikut skala selera aku. Ingatkan kat penang, laksa penangnya sedap, rupanya tersasar jauh sangkaan aku. First time aku makan laksa ngan ulam daun pudina..heheh..mcm makan ubat gigi je rasanya. Yg paling aku rasa poyos ialah dinner tu dimulai ngan bacaan doa mohon diberkati majlis, tp sepanjang majlis dipenuhi ngan segala mcm tarian, breakdance, joget, boria, segalanya lah. kesian kat baby dlm perut aku ni awal2 dah dengar benda2 tak senonoh camtu. Mintak maaflah kepada pengurusan majlis, ini cuma aku punya personal feeling, takde niat nak kondem pun. Secong and third day pulak dipenuhi ngan aktiviti seminar, seminar dan seminar. Bentang kertas kje itu dan ini..cam biasalah, ada yg boring ada yg menarik. Abg n Ariz pun agaknya boring gak, diorg p shopping, mandi kolam n the rest abah kena layan kerenah ariz yg tak reti duk diam. Abah bawak buku utk study for his exam. So kira cam taklah penat sgt menunggu abis program.

Sebab tak tau apa yg menarik kat penang, aku cuma beli jeruk aje utk buah tangan. Tu pun sempat beli sikit sbb pening nak cari kedai kat area Georgetown. Ditambah ngan ariz buat perangai dlm kereta, orang pulak amat lah ramai di kedai2 tu. Kami sempat juga makan di Restoran Original Kayu Nasi Kandar. Memula abah n ariz pergi, tp on the way balik abah bawak mama p sekali lagi sbb kesian takut mama kempunan nak makan. TQ ye abah!

So kami balik petang tu n singgah bermalam di rumah Kak Jah di Seri Manjong. (Kak Jah, TQ for the hospitality). Esok paginya bertolak ke KL. Along the way tu lalu kot Lekir, teringat kat Kak Yan yg duk kat lekir, batu berapa ntah. Tengahari kami sampai KL n singgah shopping di KLCC. Aku beli sepasang Crocs sebab jeles abah n ariz dah beli sepasang sorang kat penang. So fair lah kan. Setiap seorang ada sepasang. Terpikir juga, alangkah membazirnya beli selipar mcm tu dengan harga hhampir RM400! Dah boleh beli baby cot satu. Kalo lah cik tau sure dia akan terkejut beruk nengok aku membazir sampai ke tahap tu sedangkan pada masa yg sama ramai lagi org lain yg terkial2 mencari sesuap nasi. Utk menjustify kan tindakan pembaziran aku tu, aku pk alah, sekali sekala je buat camni, lagipun kira cam bagi hadiah kat Ariz n mama n abah Ariz sempena harijadi Ariz yg sepatutnya disambut masa kat Penang tuhari. hihi.. Ariz really love his crocs, sampai kemana2 pun nak pakai bende alah tu. so kira berbaloilah beli kan.
Then petang kami p ke Jalan Kenanga utk dptkan stok baju budak n peralatan then lepas tu ahead ke Jusco Taman Maluri. Nostalgia tempat tu! Masa buat A-level kat Shamelin 11 tahun dulu, kitorang meniti atas batang paip utk short cut ke Jusco tu. Gayat wooo..

So, malam baru bertolak balik n selamat sampai rumah jam 2 pagi. Alhamdulillah segalanya selamat. Kami selamat dan rumah yang ditinggalkan pun selamat.

5 comments:

Anonymous said...

sis... u should ask penang folks advice before coming :). i don't mind to help you... next time can always let me know.. i'll bring u to the best laksa and nasi kandar in town.

SUZIE MUDA said...

tq nieza,
tp camne nak contact ?
:D

Theridzwan said...

suzie,

i still remember that jambatan maut.. wahhh.. betul2 memori indah when we were young and wild....

awat hang tak pi makan rojak pasembur kat dataran kota ke ape ntah nama dia.. and yes.. laksa dia pakai daun pudina and laksa dia licin.. aku pun tak suka.. kalau makan version kedah lagile aku kembang tekak...

SUZIE MUDA said...

lah, patutlah, ingatkan hotel yg masak tak sedap, tp saya terai 3 tempat berbeza, semua sama. Agaknya kita dah biasa makan laksa penang versi timur, tu sbb x leh telan yg laksa penang versi original

Unknown said...

heheheheh...teringat jugok jambatan tu..adventure nye nok gi JJ tu..hihi...
Penang?hmm...next time o-ne pegi la kat gurney drive, mkn mee udang, mkn laksa janggas,hehhehehe..laksa penang yg lebih kurg laksa penang versi pantai barat ade kat sane, wani penah mkn yg dia jual tepi jln kat batu feringgi tu..besh!!!!