Thursday, October 23, 2008

Breastfeeding : my journey

Hari ni Hadi genap 6 bulan. Bermakna sy telah melepasi 'critical stage' dlm 'my journey of breastfeeding'. Alhamdulillah. InsyaAllah, akan diteruskan setakat termampu, lagi 1/2 tahun, 1 tahun atau 1 1/2 tahun bergantung kepada keperluan.

Oleh kerana sy telah melalui pengalaman menyusu dan memberi formula milk kepada kedua2 putera sy, maka saya merasa terpanggil utk berkongsi tips. Ketika Ariz, sy berazam sgt utk memberi susu badan sepenuhnya. Tp, hanya mampu sekadar 2 minggu sbb sy kalah bila dia menangis dan seolah memberontak seakan tak puas menyusu. Bermulalah sy campur formula dan susu badan hingga usia nya 3 bulan. Selepas 3 bulan, sy terus stop susu badan sbb sy membuat anggapan yg Ariz mmg tak nak. Sy masih ingat, sy yg menangis tengah2 malam bila Ariz mengamuk dan menolak2 bila sy menyusukan dia. Sedih banget.

Hadi sebenarnya memberi reaksi yg sama seperti Ariz, tp kenapa sy berjaya menyusu sepenuhnya sehingga hari ini?

Kita, terutama first time mom, seringkali salah menilai maksud perlakuan anak dan membuat anggapan negatif. Jika dia menghisap dengan kuat dan seolah2 tak sabar2, kita akan merasa yg dia terlalu lapar dan susu yg kita ada tak cukup. Walhal sebenarnya perlakuan mcm tu biasa terutama kalau anak lelaki. Layan aje dan teruskan menyusu sampai dia puas. Jgn sesekali menganggap susu kita dah mengurang sbb anggapan tu akan memberi kesan kepada pengeluaran susu. Lama lama mmg betul2 susu tu kurang. Jika anak menangis dan menolak2 susu yg disuakan, bukan bermakna dia tidak mahukan susu ibunya, tp mungkin ada 'serawang' dlm mulut atau mungkin ada sesuatu yg membuat dia tak selesa, i.e kedudukan badan, etc. Jangan terus menyerah kalah dengan memberi alternatif susu formula.

Satu perkara yg paling penting selepas AZAM ialah YAKIN BOLEH. Jgn sekali-kali merasa 'dah memang takde rezeki anak' (cuba fikirkan mak2 sebelum wujud formula milk, apa yg diorg kasi kat baby diorg kalau bukan susu?). Jangan sekali-kali terlintas nak campur susu sebab rasa demand dah lebih dr supply (esp. bila dah start masuk kerja balik). Bila dah terlintas perasaan nak topup ngan susu formula tu, mulalah badan kita buat hal, susu pun mengurang. Jangan juga sekali2 tergoda ngan ayat2 esp. mak atau kakak2 yg kata 'kesian kat anak tu, campur2lah susu'. (perlu juga diingat, anak yg fully breastfeed, bwh umur 6 bulan tak perlu diberi air kosong).

Susu ibu ni umpama satu keajaiban yang Allah kurniakan kepada kaum ibu. Bila kita yakin dia ada, maka dia pasti ada. Dan baby pun ada cara tersendiri utk stimulate pengeluaran susu tu walaupun dlm keadaan kira rasa mcm dah 'kosong'. Kalau kita yakin, baby tak akan lapar dengan hanya bergantung pd susu badan.

Utk ibu2 bekerja, mengepam dan menyediakan stok susu juga boleh menjd satu cabaran. Saat cuti 2 bulan sy hampir berakhir, dlm 3 hari yang terakhir, sy mengepam tak hengat. Sy menjangka mustahil utk menyediakan stok sebelum masuk kerja, tp alhamdulillah dlm masa tak sampai seminggu, dengan pumping in between breastfeeding session, sy berjaya mengumpul 30bekas kecil berisi 3.5oz. Perkara yg menjd penghalang dlm hal mengepam ni ialah penyakit MALAS. Kalau rajin, nak buat stok penuh satu fridge pun boleh. Bukan soal ada atau tiada susu, sebab susu akan ada bila ada 'demand'.

KEYAKINAN diri kena kuat bahawa 'dengan izin Allah, aku mampu menyusui anakku sepenuhnya. Tak semudah yg dikata sebenarnya, sesiapa yg pernah melalui akan faham maksudnya. Utk maklumat dan support, byk laman2 forum yg berbincang ttg breastfeeding yg pada sy byk membantu menaikkan semangat saat2 terasa down.

Setelah melalui kedua2 pengalaman Ariz (gagal) dan Hadi (berjaya), sy yakin bahawa apa yg di kempenkan selama ini adalah benar. Bahawa boleh atau tak boleh sbnarnya bergantung pd kita. Bila dikenang, rasa mcm menyesal kenapa lah waktu Ariz dulu sy cepat putus asa?

No comments: