Tuesday, October 28, 2008

Kenduri

Semalam, 27/10/2008 buat pertama kali kami mengadakan kenduri di rumah sejak diduduki pada bulan April 2006 yang lalu. Bersempena dgn aqiqah 2 ekor kambing utk baby Hadi. Alhamdulillah dengan rahmatNya, majlis berjalan lancar walaupun pd awalnya kami berdebar juga takut2 tak cukup lauk. Ramai sahabat handai, saudara dan jiran2 yg datang. Alhamdulillah. Boleh juga berkenal2an dengan jiran2 yg sebelum ni belum begitu kenal. InsyaAllah, nak buat majlis lagi pada masa akan dtg tak rasa 'awkward' sgt. dah. Mekacih sgt2 kat my sis Dah n Abg Mi yg byk tolong. Kalo tak mmg kesian lah pd kami yg jauh dr saudara mara ni. Nak import adik2 pun leceh lah nak g mengambik mengantor.

Walaupun kendurinya utk Hadi, tp Hadi asyik tidur aje kerjanya. Kesian dia sbb tak berapa sihat. Selesema yg baru baik dr demam. Mamanya pulak kejam sbb pakaikan Hadi ngan baju melayu Ariz masa 1 tahun, yg sgt besar dan gedobos..sungguh kesian.

Ariz pulak mcm biasa, sgt suka bila ramai org dirumah, tp sgt kedekut. Jdnya byk kali lah berlaku insiden jeritan maksima yg mengejutkan tetamu2 bilamana terjd insiden berebut mainan. Sampaikan menangis Aisyah, sicomel Rozie dek kerana terkujat ngan pekikan Ariz. Agaknya keletihan seharian bermain, malamnya pulak dia buat hal, mungkin mengantuk kot. Ariz ni bila mengantuk dia akan berubah jd seorg budak yg berperangai hyper. Samada hyper happy, hyper sensitive, atau hyper menangis. Oleh kerana mama pun letih jugak nak kena clean up lepas kenduri, makanya kena jugak lah beberapa das cubitan. Pastu rasa kesian pulak kat dia sbb lepas tu dia terus tidur.

2 comments:

hasbie muda said...

hadi 100% muka ariz..aiyyya...

~Seven~ said...

byk das jugak la cubitan ariz kena yek..hehe