Walaupun kendurinya utk Hadi, tp Hadi asyik tidur aje kerjanya. Kesian dia sbb tak berapa sihat. Selesema yg baru baik dr demam. Mamanya pulak kejam sbb pakaikan Hadi ngan baju melayu Ariz masa 1 tahun, yg sgt besar dan gedobos..sungguh kesian.


Ariz pulak mcm biasa, sgt suka bila ramai org dirumah, tp sgt kedekut. Jdnya byk kali lah berlaku insiden jeritan maksima yg mengejutkan tetamu2 bilamana terjd insiden berebut mainan. Sampaikan menangis Aisyah, sicomel Rozie dek kerana terkujat ngan pekikan Ariz. Agaknya keletihan seharian bermain, malamnya pulak dia buat hal, mungkin mengantuk kot. Ariz ni bila mengantuk dia akan berubah jd seorg budak yg berperangai hyper. Samada hyper happy, hyper sensitive, atau hyper menangis. Oleh kerana mama pun letih jugak nak kena clean up lepas kenduri, makanya kena jugak lah beberapa das cubitan. Pastu rasa kesian pulak kat dia sbb lepas tu dia terus tidur.
2 comments:
hadi 100% muka ariz..aiyyya...
byk das jugak la cubitan ariz kena yek..hehe
Post a Comment