2 tahun tak update blog.
Ya saya sibuk.
Sangat.
Dengan kerja yang tidak lagi goyang-goyang kaki mcm dulu. Outstation yg kerap. Anak teruna 3 orang yg makin membesar. Ever demanding never ending household chores. Bisnes Designer Cotton Fabric yang saya sayang, menjahit handmade dresses yang comel-comel dari customer saya yang tak serik menghantar tempahan meskipun tak dapat siapkan cepat mungkin.
Dan lagi..
Dan lagi..
Yang rasanya tak payah tulis, mama-mama kat luar sana pasti dah boleh faham sendiri.
Itu sebab utama dah jd malas nak menulis mcm dulu-dulu.
Tapi dalam hati tetap ada impian yang satu ni..iaitu
WAHM wannabe!
Nak jd Working At Home Mom okeh!
Nak sangat duk rumah..
Tp nak duit sendiri juga..
so kena WORKING
but at the leisure of my own sweet HOME
so boleh jadi benar2 MOM yang buat kerja sebagai MOM sepenuh masa..
yeah bestnya sangat.
Hari ni blog ni bertukar nama daripada WEBLOG OF AN ORDINARY WOMAN kepada WAHM WANNABE.
Sebabnya utk 2014, azam saya padu untuk betul2 mencapat target sebgai WAHM
Anda pun nak kan? toksah tipulah..90% wanita bekerja mmg nak jd WAHM..cuma mampu atau tak je.
So nak jd WAHM bukan boleh suka-suka aje tender resignation letter pastu balik goyang kaki kat rumah kan?
Nak kena cari ganti balik gaji yg pernah rasa bulan2 dulu..sebab kalau tak sape nak bayar hitang kita?
sape nak bagi duit kat mak ayah kita?
(oh ya, mmg ada beberapa insan bertuah yang dapat semua ni tp rasanya x ramai kot).
Jadi kenalah ada perancangan..
PERANCANGAN UNTUK MENJADI WAHM.
Sebenarnya saya dah ada perancangan di sejak 2 tahun lalu..tp mungkin focus tak kuat dan sibuk dgn kerjaya. Maka matlamat tu belum tercapai. Tapi banyak perkara yg saya dah kaji dan akan buat bila masanya sesuai.
Tahun 2014, harapan saya, impian akan jadi kenyataan.
1 comment:
chaiyok! fighting! :D
all the best! semoga impian tercapai.. amin.... :D
Post a Comment