Tuesday, October 28, 2008

Kenduri

Semalam, 27/10/2008 buat pertama kali kami mengadakan kenduri di rumah sejak diduduki pada bulan April 2006 yang lalu. Bersempena dgn aqiqah 2 ekor kambing utk baby Hadi. Alhamdulillah dengan rahmatNya, majlis berjalan lancar walaupun pd awalnya kami berdebar juga takut2 tak cukup lauk. Ramai sahabat handai, saudara dan jiran2 yg datang. Alhamdulillah. Boleh juga berkenal2an dengan jiran2 yg sebelum ni belum begitu kenal. InsyaAllah, nak buat majlis lagi pada masa akan dtg tak rasa 'awkward' sgt. dah. Mekacih sgt2 kat my sis Dah n Abg Mi yg byk tolong. Kalo tak mmg kesian lah pd kami yg jauh dr saudara mara ni. Nak import adik2 pun leceh lah nak g mengambik mengantor.

Walaupun kendurinya utk Hadi, tp Hadi asyik tidur aje kerjanya. Kesian dia sbb tak berapa sihat. Selesema yg baru baik dr demam. Mamanya pulak kejam sbb pakaikan Hadi ngan baju melayu Ariz masa 1 tahun, yg sgt besar dan gedobos..sungguh kesian.

Ariz pulak mcm biasa, sgt suka bila ramai org dirumah, tp sgt kedekut. Jdnya byk kali lah berlaku insiden jeritan maksima yg mengejutkan tetamu2 bilamana terjd insiden berebut mainan. Sampaikan menangis Aisyah, sicomel Rozie dek kerana terkujat ngan pekikan Ariz. Agaknya keletihan seharian bermain, malamnya pulak dia buat hal, mungkin mengantuk kot. Ariz ni bila mengantuk dia akan berubah jd seorg budak yg berperangai hyper. Samada hyper happy, hyper sensitive, atau hyper menangis. Oleh kerana mama pun letih jugak nak kena clean up lepas kenduri, makanya kena jugak lah beberapa das cubitan. Pastu rasa kesian pulak kat dia sbb lepas tu dia terus tidur.

Thursday, October 23, 2008

Breastfeeding : my journey

Hari ni Hadi genap 6 bulan. Bermakna sy telah melepasi 'critical stage' dlm 'my journey of breastfeeding'. Alhamdulillah. InsyaAllah, akan diteruskan setakat termampu, lagi 1/2 tahun, 1 tahun atau 1 1/2 tahun bergantung kepada keperluan.

Oleh kerana sy telah melalui pengalaman menyusu dan memberi formula milk kepada kedua2 putera sy, maka saya merasa terpanggil utk berkongsi tips. Ketika Ariz, sy berazam sgt utk memberi susu badan sepenuhnya. Tp, hanya mampu sekadar 2 minggu sbb sy kalah bila dia menangis dan seolah memberontak seakan tak puas menyusu. Bermulalah sy campur formula dan susu badan hingga usia nya 3 bulan. Selepas 3 bulan, sy terus stop susu badan sbb sy membuat anggapan yg Ariz mmg tak nak. Sy masih ingat, sy yg menangis tengah2 malam bila Ariz mengamuk dan menolak2 bila sy menyusukan dia. Sedih banget.

Hadi sebenarnya memberi reaksi yg sama seperti Ariz, tp kenapa sy berjaya menyusu sepenuhnya sehingga hari ini?

Kita, terutama first time mom, seringkali salah menilai maksud perlakuan anak dan membuat anggapan negatif. Jika dia menghisap dengan kuat dan seolah2 tak sabar2, kita akan merasa yg dia terlalu lapar dan susu yg kita ada tak cukup. Walhal sebenarnya perlakuan mcm tu biasa terutama kalau anak lelaki. Layan aje dan teruskan menyusu sampai dia puas. Jgn sesekali menganggap susu kita dah mengurang sbb anggapan tu akan memberi kesan kepada pengeluaran susu. Lama lama mmg betul2 susu tu kurang. Jika anak menangis dan menolak2 susu yg disuakan, bukan bermakna dia tidak mahukan susu ibunya, tp mungkin ada 'serawang' dlm mulut atau mungkin ada sesuatu yg membuat dia tak selesa, i.e kedudukan badan, etc. Jangan terus menyerah kalah dengan memberi alternatif susu formula.

Satu perkara yg paling penting selepas AZAM ialah YAKIN BOLEH. Jgn sekali-kali merasa 'dah memang takde rezeki anak' (cuba fikirkan mak2 sebelum wujud formula milk, apa yg diorg kasi kat baby diorg kalau bukan susu?). Jangan sekali-kali terlintas nak campur susu sebab rasa demand dah lebih dr supply (esp. bila dah start masuk kerja balik). Bila dah terlintas perasaan nak topup ngan susu formula tu, mulalah badan kita buat hal, susu pun mengurang. Jangan juga sekali2 tergoda ngan ayat2 esp. mak atau kakak2 yg kata 'kesian kat anak tu, campur2lah susu'. (perlu juga diingat, anak yg fully breastfeed, bwh umur 6 bulan tak perlu diberi air kosong).

Susu ibu ni umpama satu keajaiban yang Allah kurniakan kepada kaum ibu. Bila kita yakin dia ada, maka dia pasti ada. Dan baby pun ada cara tersendiri utk stimulate pengeluaran susu tu walaupun dlm keadaan kira rasa mcm dah 'kosong'. Kalau kita yakin, baby tak akan lapar dengan hanya bergantung pd susu badan.

Utk ibu2 bekerja, mengepam dan menyediakan stok susu juga boleh menjd satu cabaran. Saat cuti 2 bulan sy hampir berakhir, dlm 3 hari yang terakhir, sy mengepam tak hengat. Sy menjangka mustahil utk menyediakan stok sebelum masuk kerja, tp alhamdulillah dlm masa tak sampai seminggu, dengan pumping in between breastfeeding session, sy berjaya mengumpul 30bekas kecil berisi 3.5oz. Perkara yg menjd penghalang dlm hal mengepam ni ialah penyakit MALAS. Kalau rajin, nak buat stok penuh satu fridge pun boleh. Bukan soal ada atau tiada susu, sebab susu akan ada bila ada 'demand'.

KEYAKINAN diri kena kuat bahawa 'dengan izin Allah, aku mampu menyusui anakku sepenuhnya. Tak semudah yg dikata sebenarnya, sesiapa yg pernah melalui akan faham maksudnya. Utk maklumat dan support, byk laman2 forum yg berbincang ttg breastfeeding yg pada sy byk membantu menaikkan semangat saat2 terasa down.

Setelah melalui kedua2 pengalaman Ariz (gagal) dan Hadi (berjaya), sy yakin bahawa apa yg di kempenkan selama ini adalah benar. Bahawa boleh atau tak boleh sbnarnya bergantung pd kita. Bila dikenang, rasa mcm menyesal kenapa lah waktu Ariz dulu sy cepat putus asa?

Tuesday, October 21, 2008

Cerita pasal kek

Edisi promo...(tuan punya badan kalau baca ni, lepas ni kasi 50% diskaun)

Ceritanya ada sorang kawan kat my opis yg pandai buat cheese kek. Kesedapan cheese kek dia ni mmg x boleh jumpa kat mana-mana waima kat secret recipe sekalipun. Kira cheese kek yg rich giler dan harganya pun berpatutan. Buktinya kek ni sedap ialah my hubby yg bukan peminat kek telah menjd peminat kek ni hingga buat request for reorder..:P. Mmg yummy sgt.

Jadi kelmarin sy pun beli lah sebijik buat kesekian kalinya. Dlm perjalanan balik rumah Ariz cam buat hal sikit. So, utk memujuk dia sy bgtaulah yg 'mama beli kek utk ariz..nanti bila harijadi ariz mama akan buat kek pulak. ariz suka makan kek apa?'

Jawapan dia membuatkan sy terketawa..

Dgn muka inesen, ia selamba je jwb 'CAKE MANIA!'

Owh, hampir terlupa, kawan sy tu nama dia YATI OMAR..so, tunggu apa lagi?

Friday, October 17, 2008

Sukar Mencari MUSLIMAH T'SHIRT di TERENGGANU?

Okeh, sekarang senang saja.

1. Jika anda di Kemaman atau kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, pergi aje ke kedai Adik Comel di Casa Limbong dan shoppinglah di situ.

2. Jika anda (atas apa jua sebab) x dpt ke sana, sila browse laman web kedai online saya (http://branded-kids-clothing.blogspot.com/) untuk pembelian secara online.

T'shirt diperbuat dari 100% combed cotton yang berkualiti, tidak terlalu tebal dan tidak nipis. Cutting paras paha/ lutut dan tidak mengikut bentuk tubuh. Saiz yang ada adalah dari 4 tahun hingga dewasa XXXXL (wow!!)

T'shirt tersebut amat sesuai sebagai alternatif bg muslimah utk digunakan bg aktiviti riadah atau untuk bersantai dirumah mertua atau kaum kerabat yg bukan muhrim. Ye lah kan, takkan malam pun nak berbaju kurung atau berjubah kat rumah mertua. Buat baju tidur pun okey jugak. Untuk anak-anak perempuan pun ada. Dari usia 4 tahun hingga kepada anak-anak gadis remaja. Sangat cute dan manis sekali serta boleh pulak sedondon antara mak dengan anak. Cuba selai pasti nak lebih!

Tuesday, October 14, 2008

Ayat-Ayat Cinta

Ya, saya tau memang ketinggalan zaman dah. Cerita tu keluar tahun 2003 tp saya baru je tau kewujudannya. Tp tak kira, nak jugak tulis kat sini. Sungguh best sekali sehingga sy xleh nak letak. Tp terpaksa gak letak selepas pukul 12 semalam sebab kena packing and tidur sikit sbb petang ni harus ke KL. Mlmnya siap terbawa dlm mimpi..waduhhhhh..Paginya dlm perjalanan ke tempat kerja sempat juga baca beberapa helai tika kereta bergerak perlahan akibat kesesakan. Awal pagi ditempat keje sy habiskan 1/2 jam membaca bakinya beberapa bab yg belakang. Demi menjaga persepsi staff, sy terpaksa buat keje ni dlm restroom. Sambil berdiri lagi pulak tu. Dan sampai saat Maria mati, sy terpaksa masuk toilet sbb nak nangis, takut org nampak. Owh, lucu lak rasanya. Sudah lama sy tak ketemu buku yg benar2 boleh menyentuh hati sebegini. Ini baru versi bahasa melayu, kalau jumpa versi indonnya mau lagi dahsyat penangannya.

Penulisnya begitu bijak menyampaikan dakwah dlm cara yg halus dan santai. banyak ilmu dan pedoman akhlak2 yg baik terkandung di dalamnya menerusi penceritaan kehidupan watak2 utamanya. Sesekali terimbas kenangan zaman menjd pelajar dulu.

Okeh, jd kepada kalian yg membaca post ini, dan belum membaca bukunya (tengok filem x aci ye..sbb buku lebih best dr filemnya) silalah ke kedai2 buku yg berdekatan ya!. Dan kepada abang sy Jaladi yg telah memperkenalkan buku ini, syukran ya akhi..

Wednesday, October 8, 2008

Darihal anak-anak

Hadi
Suka bunyi2kan suara dengan kuat especially waktu pagi..bunyi paling common ialah mmamamamamama..babababbabababa...
Suka menyembur dan jelir2 lidah.
Dah start solid foods seminggu yg lepas, sebab nampak lapar je memanjang.
Berat tak rasmi dah 7.5kg.
Dah tak begitu pendiam lagi, dah pandai merengek minta dipegang.
Habit menghisap jari telunjuk kanan yang dah makin kronik, sampai menggelupas kulit jari tu membuatkan mama terpaksa bagi alternatif suruh dia hisap pacifier, tp nampak gaya mcm dia x nak.

Ariz
Soalan wajib yg diulang lebih dr 10 kali sehari kebelakangan ni ialah 'kenapa mama x sayang ariz?' atau shooting question 'mama x sayang ariz kan?'.
Dah daftar utk sekolah tahun depan di PASTI Darul Hikmah.
Amat malas belajar dan mengaji sekarang maybe sbb suka sgt main games. Mama pulak tak begitu tegas sbb mama pun sama2 gak nak habiskan 30hari Alice greenfinger. Kena babap dua-dua nih agaknya.
Gigi depan Ariz dah berlubang sebesar mata pensel. Tak lama lah tu.
Suka sgt buat gaya baby sambil merengek-rengek, makan nestum konon sweet lah buat gitu agaknya. ihih.
Semalam dia bgtau, 'mama ni keterlaluan, kenapa mama biarkan adik nangis, adik tu kan nak susu?', tak tau mana dia dapat vocab 'keterlaluan' tu. Sungguh keterlaluan dia menggunakan perkataan itu kepadaku:P