Showing posts with label Hadi. Show all posts
Showing posts with label Hadi. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Mama Love You, Idlan Hadi



Update 14th May 2011
Post dah lama tp baru hari ni rasa nak menulis. Malas sgt nak update blog skrg ni. Badan makin tak larat bila kandungan dah menjengah 7 bulan :(.
Okeh, since ni adalah post utk besday anakanda kedua, Hadi, posting nya mestilah relate ngan Hadi kan. Memang byk bezanya stail anak kedua ngan anak pertama. Hadi setakat hari ni masih menten independant, tak banyak kerenah, dan sgt senang dijaga. Masa kecik ingatkan tak byk ckp mcm abg sbb dia lambat sikit dpt mulut. Rupanya bila dah pandai bercakap petah lah sgt mulutnya.

Satu hal yg agak tak larat ialah Hadi ni suka sgt explore benda2 dan baut perangai bahaya. Minat sgt ngan gedget2 or brg2 yg 'jantan' mcm alat2 elektrik, main bertukang, etc. Pernah nyaris nak terbakar rumah nenek bila hadi bakar tilam dalam eksperimen mencuba mancis api (kenangan x dpt lupa..huh). Hadi juga boleh masuk kategori budak yg suka kacau orang. Kat babysitter, mmg selalu je dpt aduan. Ngan abangnya mcm ayam ngan musang. Hmm, agaknya general trait anak kedua mmg mcm ni kot.

Word yg plg dia suka saat ni ialah 'kentut'. Semua ayat dia mesti nak taruk perkataan kentut. Isk, mcm tadak word lain yg decent sket..:P. Ayat yg jd favourite hadi ialah, Okeyyyyyylah...dan takde apa yahhhh!.

Okey, so utk besday hadi, mama buatkan dia satu quilt ABC daripada Deb Strain I Love U panel. Sewn with love tu..ambik masa seminggu jugak nak siapkan sbb terpaksa hand stitch utk quilting coz mama lom mahir guna machine quilting. Hepi coz hadi sgt suka, berbaloi buat utk anak tercinta. Kalo nak dijual dgn harga RM300 pun belum tentu mama akan buat..:)

Utk Hadi, mama doakan moga membesar sebagai anak soleh, bakal pemuda kebanggaan Islam..Mama love you, Hadi.

Saturday, June 5, 2010

MY MAY PROJECTS

Just a simple photos showing all those projects i make in may. For my record..heheh..I hardly sew anything in June due to pretty tight job schedule.

Lunch purse for Maz

And another smaller version for me. But not yet buttoned. My blackberry, my glasses and my notes fit just nice in it.


A panel crib quilt. On sale at designercottonfabric.

A different version of viscose peasant blouse for me. The lower part is not triangle the way it was shown in the pic ( i cut it with a straight line using photoshop).


Pijama for Hadi. My first collared shirt. it turns out OK and next time i know that i need to be extra careful for the collar. Mind the prints. I'm not sure whether it's a sheep or poodle. I keep on reminding myself that it's a sheep because if it is not i will not be comfortable to dress him in.

Sunday, May 9, 2010

Takde entry craft sbb malas betul nak menjahit. Nak angkat gunting pun malas. Nak main ngan anak2 je yang rajin.

Hadi nampaknya dah improve banyak dr segi pertuturan. Dah boleh sebut ayat yg agak panjang beserta subjek dan prediket. Dah boleh meminta dgn ayat penuh walopun agak terlalu lambat kalo ikutkan skala Ariz. Hadi @ 2yrs old masih x blh lawan kepetahan Ariz @1yrs old. Cair rasa hati bila Hadi punya favourite act skrg ialah datang gesel2 kepala kat betis sambil cakap, 'Adi aaaayang ama, jom ah wat cucu' (Hadi saaayang mama, jomlah buat susu)..Dan dengki sgt kalau mama peluk Ariz mesti dia bingkas bangun nak peluk sama. tak kira lah masa tu tengah baring dengan susu pun, tetap nak bangun jugak..hehe..dengki..

Semalam masa buatkan susu utk 2 beradik tu, mama ada bgtau Ariz supaya suka minum susu sbb Rasulullah pun suka minum susu. Ariz buat2 terperanjat then cakap, 'Ohh..manusia biasa jugak rupanya!' Nak tergelak lah skit sbb tak tau samada dia tau ke tak yg mmg Rasul tu adalah manusia atau dia saja2 nak kata walopun dah tau (memandangkan perangai dia yg suka je nak ckp apa saja).

Sebelum tdo, mama adalah buat senaman pilates utk perut skit, basic step2 ala-ala sit up gituh. Ariz ikut sama buat tp dia baring atas katil mama baring kat lantai. Dah beberapa pusingan tiba2 Hadi dtg dudk atas perut so mama stop lah kejap.
Ariz pulak sibuk, 'cepatlah mama, kalau asik berenti mcmni mcmana mama nak diet!.'
Mama kata 'ni bukan diet, ni senaman kempiskan perut'.
Tak mau kalah jugak, Ariz kata, 'alah, senaman kempiskan perut tu kan kalau dalam bahasa Terengganu kita panggil DIET!.'.

Apa2 ajelah Ariz. 

Sunday, March 28, 2010

Sleep Pant

Tadaaa.... siap!
Tak sampai 10 minit untuk sehelai seluar tido dgn kos kain sekitar RM2 sahaja. Free draw pattern.
Yg kecik untuk Hadi yg besar untuk Ariz. Kain i meter selebar 45inci kalau untuk Ariz cukup2 aje nak buat crotch tu. Tak dapat nak buat lebar so kalo dia ganas2 harus boleh koyak. So, rasanya untuk kain sebanyak tu elok untuk long pant budak2 5 tahun ke bawah kot. Kalo lebih besar kena beli lebih dari 1meter.

Thursday, March 4, 2010

CERITA ARIZ & HADI

Dah lama rasanya tak menulis ttg Ariz dan Hadi. So entry ni dedicated utk mereka.

Satu hari dlm perjalanan balik dari taska, Ariz tanya ttg Allah. Then dia tanya, Allah tu Ghaib kan mama? Ye lah..jawab mama. Then mama pun ye ye jer cerita panjang lebar ttg percaya kepada perkara2 ghaib. Tiba2 potong stim betul bila Ariz tanya balik, 'mama, kalau Allah tu ghaib, syaitan tu pangkah lah ye? Utk memudahkan cerita, mama kata syaitan tu ghaib jugak. pangkah pun ye jugak sbb dia jahat jd tak boleh ikut, kena pangkah. rupa2nya selama ni dia ingatkan Ghaib = right(tanda betul berlawanan dengan tanda pangkah X). Ntah hape2 je lahAriz.

Gembira dan syukur bila semalam Ariz dah selamat khatam semua Iqra dan muqaddam dan dah start baca Al-Quran juz Amma. Ariz juga dah lancar baca dalam Bahasa Melayu. Almost everything yg dia boleh baca akan dibacanya sampai yg English pun sumer di melayukan. English pulak masih belum mahir, cuma lancar baca buku peter n jane je lah. Tu pun setakat siri 3. Pastu dah x teruskan. Yang lawak tu dia ada satu buku besar kisah semua nabi yg dibaca sebelum tidur. Ntah mengapa, satu hari tu tetiba je dia mintak ngan mama nak makan buah khuldi. Penat ler plak nak explain.

Ariz ada sebiji bantal busuk yg dia panggil baby. Baby tu mmg dah teramat lunyai dan segala isi nya semua dah takde cuma tinggal kain patchworknya aje. So mama rasa nak ganti yg baru, maklumlah nak menjahit so cari je lah apa projek yg boleh dibuat. Tp bila mama suggest kat Ariz utk ganti bantal tu, ni respon dia. 'Ariz tak akan sama sekali maafkan mama kalau mama buat bantal yang baru. Kalau mama nak buat jugak, mama buatkan bantal tu jd busuk baru ariz nak pakai'. Fuhh..ayat kemain lagi..siap ugut2 mama la pulak.

Seminggu dua yg lepas mama jadik giler main game Ranch Rush. So buatlah 3 akaun mama, Ariz n Hadi. Memula mama main nama hadi sampai level week 8. Ntah kenapa Ariz punya dengki, diam2 di deletenya akaun hadi. Mmg geram sbb dah abis banyak masa nak sampai level tu. Tp oklah..bagi chance kat Ariz. Setelah berceramah panjang lebar ttg keburukan sifat dengki, Ariz kata janji x buat lagi. Okeh..so mama teruskan ngan main mama punya akaun..giler2 nye main sampai week ke 8, sekali lagi diam2 ariz delete akaun mama pulak. Ceramah panjang lebar lagi. Oh alangkah geramnya tp nak buat mcmana nasi dah jadi bubur. Maka sekali lagi mama main kan yg akaun nama Ariz dengan harapan tiada lagi dengki dan akan sampai lah ke penghujung permainan. Walopun dah beberapa kali kena sound ngan abah sbb cam budak2 je main game, tp tetap kuteruskan jua sbb dah mcm addicted nak tau apa finale nya. Tp kuciwa jua akhirnya kerana bila sampai week 8, lagi sekali Ariz accidently tertekan button 'create new ranch' so segala ranch dia yg lama tu abis balik ke week 1 semula. Ohhhh tidak!!! rasa mcm x blh nak describe kecewanya. Bayangkan hanya beberapa step je lagi nak abis. Penat giler main sambil selang seli wat keje rumah. Makan masa beberapa hari gak nak sampai situ sbb main kejap2 kan. Tp ambik nafas panjang sekali n rasanya ni peringatan utk mama yg x reti2 buang masa main game walhal banyak lagi keje rumah berpekdah boleh buat. So i swear i'll never play any games anymore..wakaka..Walo mcmana sekalipun, barang siapa yg dah abis main game tu tolonglah bgtau mcmana rupa kesudahannya..adalah keluar belon2 atau buah2 besar atau apa? suspennya nak tau.

Okeh, cerita pasal hadi sikit. Hadi mmg lambat dpt mulut tp sejak sebulan lepas dah banyak vocab dia. boleh bgtau almost all basic baby things. Paling suka dengar bila kita bg apa2 mesti dia akan kata 'acihhh' (terima kasih)...pastu dia jugak jawab, 'ameee' (sama2). pastu nakal sgt sbb suka je gaduh2 n pukul abang pastu bila tau apa dia buat tu ada effect, siap lari lintang pukang bersembunyi dlm bilik.

Semlm kami ke Gambang Resort City, taman tema air yg baru di Pahang. Budak2 mmg seronok sgt sampai x nak balik kalo boleh. Bertolak 8.30, sampai rumah 6.45 petang. mmg puas hati lah Ariz n hadi sampai kecut jari jemari berendam. Badan pulak tanned habis..Hadi berbekas bentuk singlet kat belakang n dada. Bila nak tido malam tu masalah timbul bila Ariz tak boleh tido. Katanya dia rasa mcm dia terapung dlm air. Dia tutup mata nampak air. Sampaikan dia ambik pelampung n pakai kat badan untuk tdo. nasib baik aksi pelik tu cuma berlangsung sekejap aje.
Mama, Ariz n Hadi


Pah & Dayyan, Me & Hadi


With Abah


Pose ayu dengan topi mama


Sicomot berhingus dalam perjalanan pergi


Haaa..Hadi tengok anak dara sape tu?


Mama pun tumpang enjoy!

Tuesday, September 15, 2009

semalam

teringat..pastu rasa cam kelako plak
'abah, mlm ni ariz nak tdo bogel blh tak?'
kenape?
'nanti senang ariz bangun pagi terus mandi, tak payah buka baju'
mana bleh, kekgi kena gigit ngan lipas
'tp kalo ariz pakai baju lipas boleh gigit muka dgn kaki gok'
muka ngan kaki dakpe ah, kekgi lipas gigit konek ariz
'tp kan kalo pakai baju pun, lipas kan boleh cari....'
senyap..sumer diam xde sape nak jawab..dlm hati rasa nak tergelak je
punyalah x suka pakai baju bila tdo..huhu..

--------------*****---------------

hadi jd budak yg sgt suka mengacau
hari2 gaduh ngan abang sbb dia asik je nak pegang tu, nak pegang ni sampai abg mengamuk
bila suruh lompat dia angkat badan dan henjut konon lompat ler tp kakitak naik pun
bila dgr any kind of music, mesti nak menari pusing2 ala-ala 'jim jam and sunny'
dah pandai sgt memanjat sana sini. duduk kat lengan sofa sambil hayun kaki..
aduhai..rasanya lh ligat dr ariz dulu. tp mulut je berat. nak ckp sgt, report mcm2 tp org x paham..kesian dia..

love them lots...

Thursday, August 13, 2009

Hari ni Hadi dah 1 tahun 3 bulan ++.

Byk dah words yg boleh sebut betul2 tp tak boleh dengar full sentences lagi.

Kata Ma Che Mah mcm2 dah bende dia nak bgtau tp yg keluo, 'Ma, ...(pastu dah tak paham mende dah)..kesian dia, report tak difahami. Yg clear, duduk, berak, lompat. Nak susu kalo dia nangis ala-ala merajuk. Pastu dah pandai mengambil inisiatif memanjat. Dah paham arahan mcm suh buang sampah dlm tong kat dapur, masuk tandas kalo nak salin pampers atau mandi, ambik barang, etc. dah pandai meragam dan mengamuk kalau beli barang kat abang tp x belikan kat dia. Makan pundah start nak pegang sendiri..no more suap2..haiya..stage yg aku paling tak suka sbb rumah jd kotor dan dia jd comot..huhu..


Suka jugak nak jalan sendiri dan pandai dah melurutkan badan ala-ala tulang lembik kalo nak bergelut tak nak bagi org dukung dia. Kat pasar malam tadi siap melurut sampai terduduk atas jalan. Dan nak bermula dah fasa perangai2 pening dan tidak lagi 100% sweet and cuddly. Skrg nak gomol2 pun dia dah pandai protes ala-ala rimas.


Ariz pulak so far alhamdulillah.

Perangai yg irritating sgt pd stage ni bila dia suka guna words 'bodo, jahat'. Pastu ada ciri2 rebellious jugak.

Sunday, June 21, 2009

ALL IN ALL

1. Pagi tadi aku eksiden. Kena langgar belakang. Oklah, settle kat luar aje. Pelanggar tu bayar RM300. Selebihnya aku tanggung sket. Takpelah redha aje.

2. Minggu lepas aku test. Keputusannya Hadi akan jd abang, InsyaAllah. Alhamdulillah. Pastu cam ada aura rajin sket lah kebelakangan ni. Tp tak tau lah sampai bila sbb morning sickness belum melanda. Sebaliknya ayahandanya pulak yang demam. Baguslah tu. ehe..

3. Hadi pandai ajuk cakap duduk n lompat. Asik2 ulang perkataan tu. Ee..tak sabarnya nak tunggu dia cakap banyak.

4. Ariz dah pandai baca buku Ladybird Peter n Jane. Berkat saranan Kak Wa supaya ajar anak baca buku tu. Mmg bagus sangat. Dalam masa 2 hari aje dah boleh baca buku 1a, 1b, 2a, 2b. yg 3a n 3b dia dah malas nak belajar. Ntah bila nak sambung. Dan setelah 5 bulan menangis setiap kali sampai sekolah, sekarang dia dah jd anak yang macho..siap suruh berenti jauh dari taska sebab nak jalan jauh sambil heret bag. Ala2 mcm macho agaknya.

5. Keje cam okay je. Tp tak tau kat mana duduknya aku ni. Kat sini ada kat sana ada. Mana2 ajelah janji keje jalan aje. Skrg ada projek baru. Nak go for PM award. Okey lah..kerja extra. Tambah adrenaline sket sbb nak kejar dateline yg x sampai 2bulan lagi. Apapun, i love my job. Always.

6. Bisnes belum berkembang ke peringkat yg lebih tinggi. Bila nak move on ek. Nak jd entrepeneur tak boleh keje makan gaji. tak sempat nak mikir. Malam n weekend hanya sempat utk melipat baju (tu pun tak abis), melayan kerenah anak, dan tidur extra sikit. So mcmana nak jd entrepeneur mcm ni? Berangan aje lah dulu.

7. Semangat waja dari Cik Rozie membuatkan semangat ku kembali semula utk menyambung projek terbengkalaiku. Weekend baru ni aku cuma abiskan masa dlm 4 jam je kot utk siapkan satu patchwork table runner. Dah diap daa..tp atas je lah. Belum dijahit quilt pun lagi. tak taulah nak simpan sampai tahun berapa pulak utk buat finishing.

Wednesday, May 6, 2009

Mesti update ni..

Bulan april lepas adalah bulan besday abah zul dan hadi..selang seminggu lebih aje. Takde lah mende apa yg spesel pun nak tulis. Cuma utk ingatan si kecil Hadi, sempena umurnya setahun, kemain laju lagik dia berjalan. Skrg ni merangkak tak main dah. Jalan aje. Dan nakal sgt suka kacau abang. Abg pulak garang banget..siap blh kasi penyepak kat perut adik..Nasib baik mama n abah pantas dlm usaha menyelamat. Kalo tak tak taulah apa jadi.

Friday, April 17, 2009

Mcm2 cerita skrg kat Terengganu ni. Tak abis2 ngan citer panas politik. apa2pun aku pasrah ajer. Tukar MB ke, tak tukar ke, sama aje..hihi..Kalo tukar kerajaan, harus lain.

Semalam pukul 2 pagi baru sampai umah dari KL. Luncheon ngan EPMI kat Westin. Betul lah kata Shaz, kat Westin ni special nya kat Bed dia. Mmg best, tp bed ajelah yg best..lelain hampeh. Harap harga je mahal..cett.

Kebetulan ke KL, terus g ambik stok raya banyak2 utk Adik Comel. So, sesiapa yg berminat blh check my shop, atau buka online shop NobitaComel kat WanitaMelayu.com ye. Baju n pants utk babies dr newborn up to 7yrs old. Sumer2 yg original bukan imitation tau. Smart2 giler especially kemeja rompers Osh Kosh yg harga butiknya RM99. Tp kat aku cuma RM49. save RM50 okay. The same original item, no snip label, no marking on the tags.

Ariz teramat lah 'peel molek' nya sepanjang pergi dan balik. Rasa mcm nak kenyek2 jer kalo ikutkan hati yg panas. setiap tempat waima tempat makan pun dia menangis, meraung, mengamuk, memukul...ohhhh...sabar..sabar..Kenapalah anak ku ini. Yg blh tahan sabarnya sbb bila dah okay tu boleh aje dia bangun tido sambil menyanyi2..mengaji..zikir2..cakap manis2..lupa sumer tantrums yg dahsyat sebelum ni..(err pg td aku wat jahat masa dia mengamuk bangun subuh aku mandikan dia sampai basah kuyup, tiru apa yg ayah selalu buat kat aku masa aku kecik2 dulu :P).

Hadi pulak seperti biasa menten cool. Tp mcm dah ada ciri2 merajuk, menjerit bila nak sesuatu, tp under control lagi. makan banyak sgt skrg baby mama ni. lagi seminggu nak bebsday dia. Tp malas jalan kalo kat umah. Kat babysitter dia rajin pulak. Kalau rajin nanti kutepeks gambar Ariz n Hadi kat Westin.

Oh ya..skrg ni sibuk sket ngan majlis perkahwinan adik pompuan ku yati pd 1/5/2009. So kena lah prepare sket2 bab2 pakaian, perhiasan dan hantaran. Tak buat apa pun lagi ni. nanti jd last minute cam kawin aku hari tu, naya. Moga2 sumer berjalan lancar lah nanti.

Sunday, March 29, 2009

Minggu lepas Hadi start melangkah dlm 3 langkah..pastu minggu ni jd cam takut2 balik..Gigi pulak dah 4..2 atas 2 bawah..suka! Tp tak pandai cakap lagi except for mama..beza sgt ngan Ariz..

Ariz masih di tahap Tangisan Melampau setiap kali sampai ke sekolah..(it's been 3 months now hokkay!) Tak tau lah nak buat apa, tp cikgu kata belajar nya bagus. Bila kat umah dia tunjuk cam suka sgt sekolah..cam nak gi tang2 tu gak..Keje sekolah petang dah siap..Iqra' boleh baca sumer dah..buku latihan dalam sehari 2 bijik penuh dia siapkan. Tp bangun jer pagi, start cari pasal menangis sampailah ke sekolah. Siap cikgu kena peluk kemas supaya dia tak lari kejar kereta nak ikut balik. Bila ugut dia tak payah sekolah lah..duk rumah ajer, pandai pulak dia sayang nak ponteng. Pening, tak paham aku. Sesiapa yg paham psikologi budak2 mcm ni, tolong bantu aku please!.

Wednesday, March 4, 2009

Malasss

Mmg malas sungguh nak update blog..

Ariz skrg suka tukar namanya suruh panggil ngan nama pak teh nya iaitu 'Boniami' :))
Kelako sbb bila tersalah panggil dia ngan nama Ariz, dia mesti ckp, 'mama salah tu..'
Bila sampai ke sekolah dia bgtau, 'OK skrg nama dia jd Ariz balik..sbb takut cikgu tau'

Td masa kitorg keluar tghari ada terjumpa satu pokok yg berduri then tuan umah tu cucukkan telur kat hujung2 daun tu ngan banyaknya..so aku bgtau dia, 'Ariz nampak tak banyak telur2 tu?'.
'Nampak, tp ada satu lagi ma'. Aku tanya kat mana..dia kata dalam bendera tu..Rupanya dlm bendera pas yang besar gabak kat tempat kitorang berhenti tu kebetulan Markas PAS.

Hadi pulak dah 10 bulan dan nampaknya memasuki alam baru sebagai baby. Dia dah mula ada misi merbahaya..Kejap2 masuk ceruk sana ceruk sini. Habis kotor baju. Makan jer apa2 yg dia nampak. Koyakkan buku n kacau Ariz. Skrg dah pandai mengacau dan buat org marah. Dia dah pandai berdiri lama tp belum boleh melangkah lagi.

Keje aku, cam biasa...masih x laratttttttt....

Saturday, January 31, 2009

Jadi Student tua..

Start 21hb January lepas, mama enrolled dlm NIOSH SHO Course. So kena attend kelas every weekend sampai April nanti. Tak clear sgt lah tujuan nape masuk course tu. Nak kata nak jd SHO rasanya mmg dok doh. Tp alang2 kompeni nak hantar..bayar yuran RM4k percuma aje..pergi ajelah. At least dpt byk pengetahuan baru dan pengalaman dari tenaga2 pengajar dan kawan2 sekelas yg sumernya tua2 belaka..hehe..

Dah lama x bercerita pasal keje. Skrg ni masih dalam stage x berapa nak bersemangat. Ala-ala demoralized sikit. Nak cerita pun maleh lah. Tp skrg duk kumpul kekuatan nak perform kerja sebaik2nya sebelum sampai usia bersara awal..

Hadi telah dibotakkan Abah 2 hari lepas. Tgh demam pulak tu. Rupanya nak naik campak. Kesian dia asik merengek aje. Nampak mcm letih tak bermaya sgt dia. Baru teringat patutlah abah cam reluctant nak botakkan Hadi banyak2 kali mcm Ariz dulu, rupanya Hadi ada tahi lalat besar atas kepala. Kalo botak nampak jelas seh!

Wednesday, January 21, 2009

Gigi pertama Hadi

Lagi 2 hari Hadi nak masuk 9 bulan. Hari ni baru perasan gigi pertama dia dah tumbuh..sebelah kiri bawah. Dan start minggu lepas dia dah cuba2 berdiri lepas tangan sambil memegang apa2 yang tinggi like meja, kerusi or orang. Sejak pandai merangkak ni mmg aktif sgt..kejap2 dah duk bawah meja, celah kerusi dan segala macam tempat2 yg tak berapa nak bagus. Alahai..jangan kutip taik cicak udah..

Monday, January 5, 2009

Hari Pertama Persekolahan

4/1/2009 merupakan hari pertama persekolahan Abang Ariz. Dah masuk tadika 5 tahun di PASTI Bestari AlHikmah. Abang bangun awal-awal pagi, terketap2 gigi sebab dia tak mau mandi ngan air panas. Pakai baju baru dengan bangga, kemudian mama dan abah bawa ke sekolah. Bagus jugak kelas abah kensel di saat akhir so bolehlah abah join sekali tengok anaknya first day kat sekolah. Sampai agak lewat sbb jammed, maklumlah semua org hantar anak. Mmg ramai student, lebihkurang 120 orang. Mama mulanya temankan Ariz dlm kelas. Letakkan dia kat tempat paling depan. Sebelah kawan baru nama Afiq dan Hasan Basri. kemudian mama keluar utk dengar taklimat. Hampir 1/2 jam, mama intai semula ke kelas, tengok Ariz tengah menangis teresak-esak. Alamak, tadi macho aje nampak. Abah agak Ariz lapar sbb tak makan lagi dah pukul 10 pagi. So bagi dia makan karipap yg disediakan utk ibu bapa. Barulah dia nampak ok sikit. Tu pun masih merayu2 nak ikut balik.

Tiba masa makan Ariz nampak mcm dah bleh get along ngan kawan2nya. Suka aje nampak dia beratur ala-ala keretapi nak ke dewan makan. pastu baca doa sama-sama. Boleh pergi buang air sendiri dah pun. So, diam2 mama tinggalkan dia. Petang pukul 5 baru dtg semula jemput dia. Nampak mcm dia gembira aje, banyak cakap pulak ngan cikgu. Siap janji ngan cikgu, esok nak datang lagi. Sebab nak jadi budak yang cerdik..hehe. Pastu dalam kereta Ariz bagitau Hadi, 'Adik, hari ni abang pergi sekolah. Abang dapat nombor 1'...iye-iye ajer abang ni. Baru sehari belajar, dah dpt nombor 1. Bila periksa tak taulah. Hadi pulak muka blurrr aje..

Hadi nyer milestone pulak. Dia dah seminggu dapat merangkak dengan laju. Boleh duduk sendiri dah. Dah boleh berdiri sambil pegang sofa. Dah 2 kali jatuh katil. Kesian sgt...Baby cot nya abah dah rendahkan supaya Hadi tak jatuh bila dia nak berdiri nanti. hadi skrg kuat makan sgt, kadang2 kesian sgt tgk mata dia cam merayu jer bila tengok org makan. Tp dia belum ada gigi, jd mcmana la mama nak suapkan nasi. pastu skrg Hadi amat suka kan Ariz, apa2 je aksi Ariz yang ntah hape2, dia gelak mcm orang kena geletek..

Tuesday, December 30, 2008

Pasport anak-anak..

Minggu lepas, mama cuti lama nak mengabiskan cuti tahunan disamping banyak lak cuti umum sperti krismas n awal muharam..so total sumer jd seminggu. Bestnya..
balik kampung..pastu jenjalan ke KL..selebihnya duk umah.
Ambik kesempatan utk buat pasport antarabangsa utk sikenit2 ni..
Mmg kesian gambarnya, Ariz kena pakai kot yg dewasa agaknya saiz L or XL, meleweh sampai ke betis labuhnya..Hadi lak nasib baik tak kena pakai selendang itam taruk atas bahu. Kesian..sbb kedai gambar tu cam takde pengalaman ambik gambar pasport kanak2 n baby. Walhal yg diperlukan biasa aje..backgroud mesti biru, pakai baju kalo bleh gelap sket supaya kontras.

Monday, November 24, 2008

Cuti-cuti di Hospital

17-21 Nov 2008 Hadi was admitted to KSH due to Brochiolitis.

Since Hadi is such a 'good' baby, i don't have to babysit him much.

I don't have to worry about my job, the never ending household chores, etc. And have lots of time to finish my Zig Ziglar's 'See you at the top' and John Gray 'Why Mars and Venus Collides'. Also completed my Fish Frenzy. And calculate the business's hutang lapok..heheh..

For a first time after being a mother, i feel like in a holiday.

And Alhamdulillah, at the time i'm writing this, Hadi is becoming better.

Wednesday, November 5, 2008

Ariz dah 4 tahun dan Budak Susu


Soalan maut Ariz pd hari ini,
'Kenapa mama sanggup tak sayang Ariz?'

Tuesday, October 28, 2008

Kenduri

Semalam, 27/10/2008 buat pertama kali kami mengadakan kenduri di rumah sejak diduduki pada bulan April 2006 yang lalu. Bersempena dgn aqiqah 2 ekor kambing utk baby Hadi. Alhamdulillah dengan rahmatNya, majlis berjalan lancar walaupun pd awalnya kami berdebar juga takut2 tak cukup lauk. Ramai sahabat handai, saudara dan jiran2 yg datang. Alhamdulillah. Boleh juga berkenal2an dengan jiran2 yg sebelum ni belum begitu kenal. InsyaAllah, nak buat majlis lagi pada masa akan dtg tak rasa 'awkward' sgt. dah. Mekacih sgt2 kat my sis Dah n Abg Mi yg byk tolong. Kalo tak mmg kesian lah pd kami yg jauh dr saudara mara ni. Nak import adik2 pun leceh lah nak g mengambik mengantor.

Walaupun kendurinya utk Hadi, tp Hadi asyik tidur aje kerjanya. Kesian dia sbb tak berapa sihat. Selesema yg baru baik dr demam. Mamanya pulak kejam sbb pakaikan Hadi ngan baju melayu Ariz masa 1 tahun, yg sgt besar dan gedobos..sungguh kesian.

Ariz pulak mcm biasa, sgt suka bila ramai org dirumah, tp sgt kedekut. Jdnya byk kali lah berlaku insiden jeritan maksima yg mengejutkan tetamu2 bilamana terjd insiden berebut mainan. Sampaikan menangis Aisyah, sicomel Rozie dek kerana terkujat ngan pekikan Ariz. Agaknya keletihan seharian bermain, malamnya pulak dia buat hal, mungkin mengantuk kot. Ariz ni bila mengantuk dia akan berubah jd seorg budak yg berperangai hyper. Samada hyper happy, hyper sensitive, atau hyper menangis. Oleh kerana mama pun letih jugak nak kena clean up lepas kenduri, makanya kena jugak lah beberapa das cubitan. Pastu rasa kesian pulak kat dia sbb lepas tu dia terus tidur.

Thursday, October 23, 2008

Breastfeeding : my journey

Hari ni Hadi genap 6 bulan. Bermakna sy telah melepasi 'critical stage' dlm 'my journey of breastfeeding'. Alhamdulillah. InsyaAllah, akan diteruskan setakat termampu, lagi 1/2 tahun, 1 tahun atau 1 1/2 tahun bergantung kepada keperluan.

Oleh kerana sy telah melalui pengalaman menyusu dan memberi formula milk kepada kedua2 putera sy, maka saya merasa terpanggil utk berkongsi tips. Ketika Ariz, sy berazam sgt utk memberi susu badan sepenuhnya. Tp, hanya mampu sekadar 2 minggu sbb sy kalah bila dia menangis dan seolah memberontak seakan tak puas menyusu. Bermulalah sy campur formula dan susu badan hingga usia nya 3 bulan. Selepas 3 bulan, sy terus stop susu badan sbb sy membuat anggapan yg Ariz mmg tak nak. Sy masih ingat, sy yg menangis tengah2 malam bila Ariz mengamuk dan menolak2 bila sy menyusukan dia. Sedih banget.

Hadi sebenarnya memberi reaksi yg sama seperti Ariz, tp kenapa sy berjaya menyusu sepenuhnya sehingga hari ini?

Kita, terutama first time mom, seringkali salah menilai maksud perlakuan anak dan membuat anggapan negatif. Jika dia menghisap dengan kuat dan seolah2 tak sabar2, kita akan merasa yg dia terlalu lapar dan susu yg kita ada tak cukup. Walhal sebenarnya perlakuan mcm tu biasa terutama kalau anak lelaki. Layan aje dan teruskan menyusu sampai dia puas. Jgn sesekali menganggap susu kita dah mengurang sbb anggapan tu akan memberi kesan kepada pengeluaran susu. Lama lama mmg betul2 susu tu kurang. Jika anak menangis dan menolak2 susu yg disuakan, bukan bermakna dia tidak mahukan susu ibunya, tp mungkin ada 'serawang' dlm mulut atau mungkin ada sesuatu yg membuat dia tak selesa, i.e kedudukan badan, etc. Jangan terus menyerah kalah dengan memberi alternatif susu formula.

Satu perkara yg paling penting selepas AZAM ialah YAKIN BOLEH. Jgn sekali-kali merasa 'dah memang takde rezeki anak' (cuba fikirkan mak2 sebelum wujud formula milk, apa yg diorg kasi kat baby diorg kalau bukan susu?). Jangan sekali-kali terlintas nak campur susu sebab rasa demand dah lebih dr supply (esp. bila dah start masuk kerja balik). Bila dah terlintas perasaan nak topup ngan susu formula tu, mulalah badan kita buat hal, susu pun mengurang. Jangan juga sekali2 tergoda ngan ayat2 esp. mak atau kakak2 yg kata 'kesian kat anak tu, campur2lah susu'. (perlu juga diingat, anak yg fully breastfeed, bwh umur 6 bulan tak perlu diberi air kosong).

Susu ibu ni umpama satu keajaiban yang Allah kurniakan kepada kaum ibu. Bila kita yakin dia ada, maka dia pasti ada. Dan baby pun ada cara tersendiri utk stimulate pengeluaran susu tu walaupun dlm keadaan kira rasa mcm dah 'kosong'. Kalau kita yakin, baby tak akan lapar dengan hanya bergantung pd susu badan.

Utk ibu2 bekerja, mengepam dan menyediakan stok susu juga boleh menjd satu cabaran. Saat cuti 2 bulan sy hampir berakhir, dlm 3 hari yang terakhir, sy mengepam tak hengat. Sy menjangka mustahil utk menyediakan stok sebelum masuk kerja, tp alhamdulillah dlm masa tak sampai seminggu, dengan pumping in between breastfeeding session, sy berjaya mengumpul 30bekas kecil berisi 3.5oz. Perkara yg menjd penghalang dlm hal mengepam ni ialah penyakit MALAS. Kalau rajin, nak buat stok penuh satu fridge pun boleh. Bukan soal ada atau tiada susu, sebab susu akan ada bila ada 'demand'.

KEYAKINAN diri kena kuat bahawa 'dengan izin Allah, aku mampu menyusui anakku sepenuhnya. Tak semudah yg dikata sebenarnya, sesiapa yg pernah melalui akan faham maksudnya. Utk maklumat dan support, byk laman2 forum yg berbincang ttg breastfeeding yg pada sy byk membantu menaikkan semangat saat2 terasa down.

Setelah melalui kedua2 pengalaman Ariz (gagal) dan Hadi (berjaya), sy yakin bahawa apa yg di kempenkan selama ini adalah benar. Bahawa boleh atau tak boleh sbnarnya bergantung pd kita. Bila dikenang, rasa mcm menyesal kenapa lah waktu Ariz dulu sy cepat putus asa?