Showing posts with label Thought. Show all posts
Showing posts with label Thought. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

DREAMING OF CASEY SCROLL

I'm falling head over heels with those gorgeous CASEY SCROLL prints, a genius work of Jeniffer Paganelli. No, this is not love at the first sight, i love those prints years ago and it grows each day. Inspired by Jeniffer's latest book, Girl's World last weekend i've spent a quite some time searching for it on the website. And sad enough, no shops seems to carry them except for a few colors like turquoise, river, peach, etc. 

I found these prints here
 but unfortunately it was sold already.......sooooooo sad.

I was thinking like 'how come they discontinued such a lovely prints like this? Yeah i know they can't print it forever, but please..and now I feel like begging
Free Spirit...(Or Jeniffer..) please..please..please..REPRINT them..please..pleaseeeeeeee...

Monday, September 20, 2010

Mutiara buat para wanita

Saya sering merasa tidak cukup masa untuk keluarga, sering merasa tidak cukup masa untuk mengemas, memasak, mengajar anak. Rasa sentiasa terkejar2 dengan tugas seharian. Keluar rumah setiap pagi, balik senja, mengurus rumahtangga seadanya, meluangkan masa seadanya dgn anak, menjahit (tak cukup masa pun sempat jugak buat ni), dan seringkali merasa anak2 dan suami terabai tp tak tahu mcmana untuk memperbaiki keadaan ini. 

Suatu hari sy mengadu pd bonda sy dan beliau share satu doa yg org tua2 panggil 'syarat tubuh'. Doa ni adalah doa yg diajar oleh Baginda Rasulullah s.a.w kepada puteri kesayangan baginda, Fatimah azZahra. Ibu sy mempunyai anak 14 orang, setiap tahun atau selang setahun. Ketika org lain dah moden, keluarga kami masih dlm keadaan daif, air diangkut dari sungai dan telaga, tak merasa bekalan elektrik, masak guna dapur kayu, kayu api kena cari dari hutan, baju dibasuh di tepi sungai, berapa besen setiap hari, wallahualam. Sy memang x boleh bayangkan jika tempat bonda diganti oleh saya. Tapi alhamdulillah, kami semua 12 beradik (2 meninggal) membesar dengan sempurna.

Ini lah doanya. InsyaAllah kata bonda sy, amalkan selalu terutama oleh wanita yg sememangnya tugas tak akan pernah habis, moga2 terasa ringan dan mudah melakukan bakti utk rumahtangga.


“Ya haiyyu ya qhoiyyum birohmatika astaghisthu asslehhli sha’ni kullahu wala takilni ila nafsi torfataa’in”
Wahai tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Dengan rahmat dan kasih sayangMu aku memohon pertolongan dan janganlah engkau biarkan aku bersendirian walaupun hanya sekelip mata dan perbaikilah setiap urusanku. 



Alang2 menulis tentang Siti Fatimah, teladan buat wanita solehah elok rasanya sy paste petikan kisah beliau yang dipetik dari sumber2 di internet (kisah2 yang masyhur dan ditulis di dalam buku2 juga). Moga dpt kita jd kan ikutan.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali." 

1. Ya Fatimah….,tidak ada orang menggiling gandum dengan kedua tangannya kecuali Allah menghitung setiap bijinya gandum itu pahala dan menghapusnya dosa.
2. Ya Fatimah….,tidak ada seorng wanita yang membersihkan tempat masaknya kecuali Allah membasuh semua dosa dosanya dan kesalahannya.
3. Ya Fatimah….,tiada seorang wanita menyulam kemudian hasilnya sesuatu untuk anaknya atau keluarganya kecuali Allah berikan kepadanya pahala orang yang memberikan makan untuk seribu orang yang lapar dan memberikan seribu pakaian bagi orang yang tidak mampu.
4. Ya Fatimah….,tiada seorang wanita yang meminyaki kepala anak2nya kemudian menyisiri rambut anak2nya, membasuh baju baju mereka, mematikan kutu yang ada di kepala mereka, kecuali Allah memberikan pahala dari setiap lembar rambutnya pahala dan setiap rambutnya di hapus oleh Allah dosa-dosanya dan Allah akan menghiasi orang itu dipandang manusia dan hurul i’n.
5. Ya Fatimah….,Demi yang mengutus aku dengan benar sebagai pembawa khabar gembira, membawa khabar ancaman kalau engkau mati sementara suami mu tidak rela aku tidak akan mensholati engkau.
6. Ya Fatimah….,tidakkah engkau mengetahui kerelaan suami dari kerelaan Allah, kemarahan suami dari kemarahan Allah?
7. Ya Fatimah….,tiada seorang wanita yang mempunyai kerelaan suaminya satu hari dan malam saja kecuali Allah akan memberikan ia pahala seperti pahalanya orang yang beribadah selam setahun dalam keadaan siangnya puasa dan malamnya bangun malam.
8. Ya Fatimah….,tiada seorang wanita yang suaminya rela sebelum ia meninggal dunia kecuali ia telah melihat tempatnya disyurga dan belum keluar ruhnya dari jasadnya kecuali ia telah minum dari telagaku.
9. Ya Fatimah….,tiada seorang yang wafat dan suaminya rela kecuali Allah telah wajibkan baginya adalah syurga.
10. Ya Fatimah….,sesaat saja duduk menemani suamimu lebih mulia dari pada ibadah satu tahun dan tawaf di baitullah.
11. Ya Fatimah….,apabila seorang wanita mengandung atau hamil maka seluruh para malaikat di langit memintakan ampun untuknya seluruh ikan-ikan dilautan memohonkan ampun kepadanya dan setiap hari Allah hapus seribu dosanya dan Allah berikan seribu pahala.
12. Ya Fatimah….,apabila wanita itu didalam detik2 melahirkan Allah berikan pahala mujahiddin,pahala suhada dan sholihin dan Allah bersihkan dosanya sebagai mana ia baru dilahirkan perut ibunya dan Alah berikan ia pahala 70 kali haji.
13. Ya Fatimah….,apabila seorang ibu menyusui anaknya maka Allah memberikan setiap tetesan dari air susunya itu kebaikan dan Allah hapuskan dosa nya setiap tetesan air susunya dan bidadari disurga sedang memohan ampun untuk nya.

Fatimah a.s bertanya mewakili umat wanita di seluruh dunia ini pada Ayahnya ” Ya ayahku bilakah wanita2 ini mampu memperoleh pahala para mujahid fisabilillah? ….dan di jawab arrosul ”Ya Fatimah maukah aku berikan dan menunjukan sesuatu yang kamu akan memperoleh pahalanya orang2 mijahid fisabillilah sementara kamu dirumah dan tidak keluar dari rumahmu?". Dijawab Fatimah a.s ….” ya ayahku apakah itu ” dan dijawab Arrosul ”sholatlah setiap hari 2 rakaat, dan di setiap rakaatnya membaca al-fatihah sekali dan al-ikhlas 3 kali siapa yang melakukan ini maka Allah memberikan kepadanya pahala kaum mujahiddin.

Sunday, May 2, 2010

KISAH GULA & PENIAGA YANG JUJUR

Sejak beberapa hari lepas jenuh nak dptkan gula di kawasan Kemaman ni. Tak taulah tempat lain mcmana. Tp kat sini semua kedai dari pasaraya sampai kedai runcit kecik dlm taman pun takde bekalan gula. Suami bgtau dia ada dengar someone bgtau dia smlm yg ada sebuah kedai kat Jalan Bukit Mentok yang ada jual gula. Ada 3 kedai runcit kat deretan rumah kedai tu, so yg mana? Dah berkira2 dlm hati, agaknya Pasaraya Segar Murni kot. Tepat tekaan saya, mmg kedai tu. Masuk je terus nampak gula tinggal beberapa bungkus lagi dan sebahagian yang sedang dihantar oleh pembekal. Rupanya bukan sy sahaja yang cari gula, semua yang masuk kedai tu soalan pertama ialah, 'ada gula tak?'. Alhamdulillah dapatlah jugak beli gula. Dptlah buat puding yg plan nak buat mlm ni.

Yg nak ceritanya bukan gula takde tu, tp ttg sesetengah peniaga (kebanyakan) yang selalunya terlebih cepat mengambil kesempatan. Bukan gula takde tp kebanyakan peniaga dah sembunyikan bila dengar2 bekalan akan turun/ harga gula akan naik. Kecuali peniaga yang jujur sahaja yang tak akan menyusahkan pengguna. Berapa ramai peniaga mcm ni? Dalam Kemaman yang ada rasanya berpuluh2 kedai runcit, nak cari 1 pun payah. Suka jugak sy nak iklankan kedai ni pada penduduk Kemanan. (Disclaimer: sy xde apa2 kepentingan dgn pemilik kedai ni, nama dia pun sy x tau). Kedai ni satu2nya Kedai Melayu Islam dlm deretan kedai2 runcit bukan Islam. Selalu tak berkira kalau sekadar beberapa sen. Jom sama2 support saudara seagama kita, moga2 niat kita dikira sebagai satu ibadah.

Tuesday, April 6, 2010

Thursday, August 13, 2009

Entry khas utk HASBIE

Hari ni hari yang agak mencemaskan bagi aku. Kena berdepan dengan wakil syarikat utama dan buat presentation tentang sesuatu topik yang aku tau syarikat kami agak lemah. Berdebar jugak sebab preparation pun last minute. Sibuk utk QMEA submission jd terpaksa bahagi masa. Pg td baru siap material, pukul 2.30 dah nak present. Alhamdulillah semuanya berjalan Ok walopun pd aku personally, tak berapa OK..Takpelah at least members of the meeting kebanyakannya agree yg it was a fruitful discussion.

**************

Dalam kesibukan minggu ini terlupa yang hari ni adalah hari penting utk adik ku Ebi. Huhu..Sedih bila tgh duk bz preparation td tetiba dapat msg hiba, 'sedih, xde ahli keluarga datang raikan konvo'. Tetiba rasa cam nak berderai air mata. Alahai. Jahatnya aku. Konvo hanya sekali dlm hidup. Aku blh bygkan mcmana perasaan berdiri keseorangan di saat semua org bergembira ngan keluarga, ambik gambar, dpt bunga, etc. Lg panjang aku imagine lg rasa nak nangis. So utk adikku (yg link nya ada kat sebelah ni), sorry sgt2 walopun ia tak akan dpt mengubah kembali apa yg telah berlaku. Aku tau mmg aku x dpt pergi pun sekalipun aku xde komitmen keje, but at least i have say something, wish something or show that i'm aware of his special day. but sad to say, i really2 forget.

Dlm blues begini, terasa mcm nak menulis ttg Ebi pulak..hihi..jgn mare..

Ebi seingat aku adalah adik yg paling sweet waktu dilahirkan. Aura wajahnya manis dan selalu digelar 'anak pok de' (sebb ayah pun airmuka camtu agaknya). Perangainya lucu sejak kecil sampailah sekarang. Dia sentiasa ada modal lawak. Ingat lagi masa kecik2 dulu dia suka kawan ngan budak2 pompuan sampaikan Cik jd risau. Penah jugak di wat balik budak pompuan yg nampak cam kesian sket n suruh Cik kasi duit kat budak tu, walhal mcm ler kami ni banyak duit.

Masa kecik arwah ayah pernah sebut yg dia rasa ebi akan membesar sebagai anak yg bijak sbb sejak belum sekolah lg dia dah mmg jenis budak petah n suka bertanya, berteka-teki, keluarkan statement2 yang tak disangka2 (mcm budak2 zaman skrg lah) tp kira cam advance lah bg budak mcm dia yang tak kenal tv or radio apatah lagi internet. (di'censor' atas permintaan yg empunya badan..huhu..Dan betullah jugak kata2 ayah tu sbb dia mmg jd best student sepanjang sekolah rendah. Masuk plak SBP, tak taulah top setakat mana sbb aku mmg x berapa ambik tau. Yg aku tau PMR ngan SPM dia lebih cemerlang dari aku..hehe..tp tak aci sbb aku punya 12 tahun lebih kuno. Pastu sbb dia suka bercakap dan berloyar buruk agaknya jd dr sekolah menengah smpi masuk universiti dia suka lah sgt menonjolkan diri dlm persatuan pelajar. Takat mana bagusnya wallahualam. Tp harap2 baguslah ek B! Mana tau satu hari bleh jd YB. Tp mesti YB yg warak lah..insyaAllah.

21 tahun dah berlalu, tp Ebi yg ada hari ini aku rasa masih lg seperti adik kecil ku Ebi yg kukenang dari zaman kanak2 dulu. Tak pernah rasa nak marah atau sakit hati cuma sekali rasanya dia kecik hati ngan aku. Aku ingat sebab sehari sebelum majlis kawin aku, aku marah dia sbb x tolong abg long bersihkan ayam utk kenduri. Aku dah lupa dia komen apa tp aku tau dia terasa hati..hehe..So B, hari ni adik kecilku dah jd seorang graduan UM, moga2 perjalanan hidupmu dipenuhi dengan kejayaan, atau kalau ada keperitan moga natijahnya utk makin meningkatkan iman dan moga akhirnya menjd seorang Hamba yg dikasihi tuhan.

************

Maghrib tadi abg bgtau berita kematian Ustaz`Asri Ibrahim. Sedih lagi. Amat minat ngan alunan zikir dan nasyid dia esp Munajat. Dan mmg dlm minggu ni duk asyik ulang2 pasang kaset zikrullah dia. Sgt menyentuh jiwa suara anugerah Allah utk ustaz. moga dakwah nya diterima sebagai satu amal soleh disisi Allah. Rasanya ramai yg membesar ngan alunan nasyid dia sejak dari Nada Murni sampailah ke Rabbani. Insaflah duhai diri. Sesungguhnya kematian datang sekelip mata tanpa kita menjangka.

Monday, July 27, 2009

Entry terakhir Blog Allahyarhamah Yasmin Ahmad (yg link ngan blok aku) ialah pd 22/7. Tak sampai seminggu sebelum dia dijemput Ilahi (al fatihah buat arwah). Terasa satu peringatan yang amat besar buatku bahawa sesungguhnya kematian datang bila-bila masa sahaja, tanpa kita menjangka sama sekali. Kepada diriku sendiri, cukupkan bekalmu? Andai engkau yg dipanggil pergi, bersediakan engkau?

Esok aku dah mula kerja selepas MC selama 15 hari. Tak tau mcmana nak luahkan rasa yg terbuku dlm hati. Takpe simpan saja. Moga Allah mempermudahkan segala urusan duniaku. Dan meringankan jasadku untuk melaksanakan urusan untuk akhiratku.

Sepanjang cuti ni aku tak tau pun amende aku buat kat umah. Menjahit idak, RE pun tak sentuh, kemas umah..ada lah sket2..wat keje opis..uhhuh..tak pandang pun..bisness..ada lah sket2..antar anak ambik anak..tu jelah kot..Dah ada feel sket mcmana rasanya jd fulltime housewife. Cuma aku sempat gak habiskan beberapa buku yg dah lama beli tapi x sempat baca. At least something..hehe..

Hari ni belajar ttg Laws of Learning. Boleh praktik utk reinforce tabiat2 baik kepada anak2. Bukan anak je, dewasa pun sama gak. Laws nya begini..aku ambik satu aje lah..'The best process to shape character is through small rewarded steps that move progressively towards any goal .' Contoh cam nak suruh anak suka mengemas sendiri barang peribadi dia..start ngan small steps like temankan dia kemas toys. Then bg pujian atau apa2 bentuk reward. Esok wat steps lain plak..dan terus2an gitu. Sampai benda tu dah jd habit pd dia.

Wednesday, May 6, 2009

A WEDDING AND 4 FUNERAL

Tanggal 1/5 baru ni adalah tarikh perkahwinan adikku Yati. Tapi sedihnya selepas 2 hari kahwin, dia jatuh tangga dan pengsan. Warded 4 hari. Alhamdulillah hari ni dan blh keluar.

Dlm sebulan ni pulak banyak nya kematian yg melibatkan org2 yg dekat dgnku, yg aku jumpa dlm tempoh 40 hari sblm kematian diorg. Nenek sedara aku (muda lagi), kawan semeeting merangkap kawan suamiku dizaman sekolah dulu, mak sepupuku serta suaminya. Buat aku terfikir, alangkah benarnya bila Allah mengingatkan kita supaya bersedia bahawa kematian itu boleh dtg menjemput bila2 masa. Alangkah malangnya kalau datang nya ketika kita leka dan alpa:(

Monday, November 3, 2008

Untuk mama (dan papa-papa yang penyayang) :P

Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tuesday, September 23, 2008

Pagi2 lagi dah sedih.
Satu, kisah 3 anak yatim piatu kat tanah merah. Dah lah yatim, anak kedua tu down sindrom pulak.
Dua, kisah Khairul, setiausaha kedua duta, yang eksiden dan meninggal kat Tripoli airport. Wife dia baru bersalin anak kedua. 2 setengah bulan.

Ya Allah, ujian hidup ni sesuatu yg tak terduga. Mungkin hari ni kita ceria, esok lusa belum tentu. Terfikir jugak, andai aku penerima ujian2 ini, bagaimana agaknya?

Sunday, March 9, 2008

Post PRU 12

Rasanya time posting ni ditulis, ramai lagi org lum bangun tido. Sbb semlm berjaga nak tgk keputusan. Tp sy ni kenalah bangun awal jugak sbb nak p keje. Posting ni cuma bertujuan nak update calon favourite sy, Makcik Maimun. Nampaknya Tok ni cuma memperolehi undian sebanyak 685 yang mana kalo lah undi nya tu diberi kepada Mat Sabu, maka Mat Sabu akan menang dengan majoriti beberapa puluh undi. Menang tipis. Seandainya kehadiran Tok ni adalah hasil nukilan kreatif mana-mana pihak yang bertujuan untuk mengacau undi, maka tujuannya telah pun tercapai.

PRU kali ni memang lebih menarik sepanjang lebih dr 10 tahun sejak sy mula memberi perhatian kepada scenario politik tanahair. Sy suka dgn kritikan Prof Argus kat RTM1 semlm. Mmg tepat rasanya pemerhatian beliau dan seharusnya kalo BN masih nak memerintah,point2 yg dinyatakan tu seharusnya diambil perhatian serius. Bila rakyat mulai bijak, bila rakyat mula terdedah kepada pelbagai info, jangan sangka rakyat akan memangkah BN hatta diletakkan anak patung Barbie sebagai calon (sepertimana suatu wktu dahulu, letak batang pisang pun jadik!)...

Tu saja, sekian terima kasih. Tak baik curi masa opis tulis blog. hehe

Tuesday, February 26, 2008

PRU 2008, Food Craving dan Cium Bontot

Memandangkan saya adalah seorang rakyat yang bertanggungjawab, maka saya tak pernah lepas peluang utk mengundi kecuali sekali sahaja pada usia 22 tahun bilamana nama saya tak keluar dalam daftar pemilih. Walaupun saya bukanlah minat sangat dengan politik, tetapi rasa terpanggil untuk mengambil tahu setelah melihat bermacam-macam ketidaktelusan yang berlaku dalam pilihanraya di negara kita. Sedih, kesian, empati terhadap rakyat yang dinafikan hak terhadap satu pilihanraya yang adil apabila SPR sendiri telah terang-terangan mencurangi mereka (http://sanggahtoksago.blogspot.com). Apakah ertinya pilihanraya sekiranya sejak awal lagi badan yang sepatutnya berkecuali tiba-tiba menjadi kuda tunggangan kepada pemerintah. Saya bukan memihak kepada pembangkang tetapi bila ia melibatkan kezaliman kepada satu pihak yang lain, hati kecil saya memberontak. Pembangkang juga adalah rakyat, dan mereka juga berhak. Biarkan rakyat memilih apa yang mereka mahukan. Kalau tidak mahu memberikan hak kepada rakyat, tukar saja kerajaan daripada demokrasi kepada komunis. Senang cerita. Kita sama-sama kayuh basikal nak pergi kerja..hahaha..

Cakap pasal PRU, ketika PRU 2004, sy mengandungkan Ariz, PRU 2008 saya mengandungkan sikecil ni pulak. Next kena tunggu PRU 2012 kot..

Cakap pasal mengandung kali ni betul-betul saya giler makan. Kerja saya ialah makan, makan, dan makan. Selagi mata belum lelap selagi tu lah kena pastikan stok makanan sentiasa ada. Syukur lah selera makan saya langsung tak terjejas kali ini. Tak macam Ariz dulu, sampai 9 bulan selera ngok ngek.

Cakap pasal Ariz pulak, nak tergelak pulak bila ingatkan beberapa kali selepas dia keluar dari bilik air, dia mintak mama n abah cium bontot dia bila kami tanya samada dia dah basuh cuci ke idak. Siap tonggeng2 punggung dia dan mintak cium dengan nada inesen. Aperlaaaa...

Owh, terlupa pula saya, seperti juga ketika lihat World Cup antara perkara yang saya dan rakan-rakan pompuan saya suatu ketika dahulu suka buat ialah menilai pemain berdasarkan kehenseman pemain. Tak terkecuali juga dalam senarai calon PRU kali ini saya cukup suka tengok gambar calon..heheh..Dan berikut adalah shortlisted calon-calon peberet

~Calon peberet jejaka ~ Nurul Izzah Anwar
~Calon peberet mak dan anak dara ~ KJ, Cikgu Bard dan Sulaiman Taib Mahmud
~Calon peberet tabloid ~ Makcik Maimun
~Calon peberet saya ~ biarlah rahsia :D

Tuesday, January 1, 2008

After 31years..

Selamat tinggal 2007, selamat datang 2008!
Perasan tak masa berlalu mcm kilat je..

rasanya baru jer sibuk2 nak menghadapi era millenium, bebudak IT tak tidur malam sbb risaukan pepijat alaf,
rasanya baru je kawin..baru je dpt anak..alih2 anak dah 3++ tahun,
rasanya baru je kerja..rupanya dah hampir 10 tahun,
rasanya baru je naik rumah baru, rupanya dah 2 tahun dah,
rasanya ayah baru je meninggal, rupanya tahun ni dah masuk 11 tahun,
rasanya Nor baru je balik tinggal di kampung, rupanya dah dekat 2 tahun,
rasanya Busra baru je p Egypt..rupanya tahun ni dah nak balik dah,

Mcm2 perkara berlaku, sedar tak sedar hujung tahun ni aku dah 32 tahun. Kalau ikut umur biasa umat Nabi Muhammad, aku ada another 32 yrs to go. Rasanya kalau ikut skala duniawi, aku puas hati dgn segala apa yg Allah kurniakan selama ini. Tp kalo ikut skala ukhrawi, rasa mcm zero ajer. Entah apa2 lah yg aku buat selama ni. Bila pikir2kan rasa mcm takutnya nak hadapi alam seterusnya. Sedar tu mmg sedar tp tindakannya tak kemana. Lalai..

Azam tahun baru? seperti biasa aku tak pernah buat azam sejak beberapa tahun yg lepas. Kekadang kalo rasa nak berazam sgt, aku buat azam awal muharam aje. Bukannya apa, malas lah nak pk azam2 ni sbb tak istiqamah pun nak buat. sekadar atas kertas aje. Cukuplah sekadar vision aje.

Monday, December 10, 2007

hatiku tersentuh lagi

Hari ini aku terima sms dari collegue aku dr Mekah. Sebahagian dr msgnya berbunyi '.....ana juga telah mendoakan kebaikan puan secara khusus'. Aku rasa mcm nak berderai je air mata. Sebabnya, he used to be my ex-bos whom i used to hate soo much. Byk dosa aku ngan dia walopun dia tak tau. Selalu aku ngutuk sbb tak puas hati (yg relate ngan keje aje lah). Dan aku pernah describe dlm post aku yg awal2 dulu. Tp bila org berbuat baik pd kita sedgkan kita sebaliknya, ia buat aku jd sedih sgt. Apapun, aku doakan dia beroleh sepenuh kebaikan sepanjang di sana dan sekembalinya disini.

Semalam Ariz dah buat aku dan abg jd trauma sekejap. Abg nak mengusik aku bg aku hidu gigi dia yg tercabut (which can be considered as gurauan kejam lah) so aku lari terjerit2. Ariz yg leka bermain terkejut sambil terus menangis mcm budak histeria. Pastu pukul2 abang sekuat hati sambil jerit 'abah jahat, abah buat mama!'. Kami terpana sekejap then aku peluk ariz kasi dia tenang. Abah pun terkejut terdiam. Hilang dah nak buat lawak alih2 jd takut. Kesian sgt rasanya kat Ariz, budak kecik mana dia paham apa2. Yg dia tau, dia nak protect mama dia. So bila tanya lepas tu dia cp dia tak sayang abah. Terpaksa kami slow talk ngan dia, pujuk2. Nasib baik sejam lepas tu dia kembali okay.

Bulan December kembali, musim appraisal for bonus. Skrg pakai sistem baru based on balance scorecard and competency. Byk perkara yg perlu di improve sbb sistem ni mcm tak seimbang antara department. Ada org senang score ada orang susah nak score. Anak2 buah aku ler yg paling kesian, semua score rendah sbb bsc yg kitorang buat amat detail dan capture almost semua. Harap2 pengurusan ada consideration lain masa moderation nanti.

Wednesday, December 5, 2007

tersentuh hati

Semalam mama makan mangga bersama Ariz sementara abah mandi dlm bilik air. Sampai ke hirisan yang terakhir Ariz ambik dan nak masukkan dlm mulut, tp belum sempat masuk dia keluarkan semula dan letak balik dlm piring. Pastu dia ckp, 'Hmm..yg ni mana boleh makan, yang ni kena simpan kat abah' sambil terkedek-kedek bawak piring tu ke dapur n taruk dlm peti.

Malam sebelumnya Abah potong Jambu madu yg tinggal sebijik aje dlm peti kpd 4 potongan. Then diorg mkn sepotong sorang. Dah abis Ariz mintak nak lagi, then abah kasi dia lagi satu. Tinggal lagi satu Ariz suruh abah lak makan lagi satu, tp abah ckp simpan lah satu utk mama. Terdengan perbualan diorg sbb mama sdg pakai baju dlm bilik masa tu. Tersentuh hati mama sbb bende sekecil tu pun abah ingat juga nak simpan walhal mama dah tak larat nak makan dah sblm ni.

Agaknya Ariz learn from example kot..:D

Semlm jugak abah tukar henpon lagi, sbb henpon lama yg mama kasi as hadiah birthday tu rosak. Nak kata rosak teruk tu idaklah, tp ada problem ngan reception kot. So abah ambik model baru ni..Nokia 5310 XpressMusic..murah saja tp sgt comel dan nipis..Suka sgt! Ceh, mcm ler dpt kat aku pon..

Monday, December 3, 2007

Counting the days..



153 days to go, if based on scan result
148 days to go if based on LMP
______________________

Mixed feeling of excitement and fear. Excited to welcome the new little cutie in the family but afraid of the accompanying pain that came together as a delivery package. Terasa fobia bila ingatkan pengalaman melahirkan Ariz. A few days ago i had a dream of giving birth to a baby girl, and miraculously it came with no pain at all..memang mengarut punya mimpi.

Deep in my heart i do hope that 'the baby' is girl, although if it come out as boy, it won't upset me at all. Coz the only reason that i wanna a girl is so that i can fulfill my 'craziness' towards baby girl's clothing yg mmg giler punya cute. Owh tidakk...sesungguhnya kalo aku dpt baby girl, maka aku tak tau lah berapa byk duit yg akan dihabiskan utk beli baju2 yg kiut miut itu.

2,3 hari kebelakangan ni dah mula start sakit belakang, sakit kaki bila bangun tido nak berpijak ke lantai, pastu nak membongkok pun dah mula x selesa. Nasib baik kaki masih maintain original size dan xde naik urat2 timbul. Tangan belum kebas lagi n paling best belum terasa sgt heartburn. Maybe sbb kandungan masih kecil. Tp harap2nya takde lah yg menyakitkan sgt.

Rasa mcm tak sabar sgt nak main dgn baby. Patutlah org yg dah lama xde anak kecikk excited sgt bila nak dpt anak. Rupanya baby ni memang membawa kelainan sgt2 dlm kehidupan kita. Tak sama ngan anak yg dan makin membesar yg penuh ngan mcm2 kerenah.

Monday, November 26, 2007

Superstition

Semlm aku ckp kat abg, apsal gatal tangan, selalunya kalo gatal tapak tangan, nak dpt duit. Dan kebetulan mmg hari ni gaji masuk. Abg kata, apelah percaya sgt mende2 mcm tu..:D

Mmg aku pun bukanlah percaya, tp secara kebetulan ia selalu terjadi.

Kalo mak aku lgi banyak bende2 cam gini. mcm aku pernah tulis sblm ni, kalo dia mimpi emas, mmg boleh kata hampir 100% dia akan dpt either anak atau cucu. Kalo dia ada bunyi burung (tak ingat burung apa) berkicau2 mcm nak bgtau sesuatu, akan ada lah anak2 yg tak disangka2 nak balik kampung. Kalau nak tau pedoman waktu solat, diaboleh tau dengan hanya dengar cicak berbunyi..hebat kan! Dan byk lagi yg aku pun dah lupa..

Ada satu bende yg sering berlaku kat aku, rambut aku akan banyak gugur setiap akhir september hingga oktober. Dan kebetulan time tu lebih kurang sama cam musim luruh di UK. Aku perasan bende ni berlaku sejak aku mula2 jejak kaki ke sana tahun 1996..ni boleh kira superstitious jugak ke?

Lagi satu....ni pun mcm susuah nak percaya, tp last time aku terai..betul plak..this time kalo ikut kalendar baby girl, tp nak pasti bulan 5 tahun depan baru bleh tau betul ke idak..

The Chinese Birth Calendar below, is a representation of the original chart that was discovered in Beijing, the capitol city of China. Although it is said to be very reliable we do ask you to use it as a fun way of forecasting the sex of you baby. There are better and more reliable methods, such as ultra sound scanning that can be done at your local maternity hospital or medical center.

The horizontal rows represent the month of conception and the vertical rows relate to age, by lining up the two rows you will get the result of the prediction for the baby. Pink is a girl and blue is a boy.
Cuma satu jer, kalendar ni kekadang ada yg version lain, so result nya pun lain, tak consistent..taktau lah yg mana satu original..

Sunday, October 7, 2007

Berbulu betul lah mata nengok jantan2 tak puasa yang beli rokok kat tepi jalan pepagi hari on the way nak p keje. Takde segan silu langsung. Berderet plak tu kereta parking kat bahu jalan. Kedai tu pun satu hal, ada ke patut entertain org2 tak puasa ni. Tak berkat betullah rezeki. Dengar cerita kat town pun ada gerai makan yang sediakan makanan khusus utk org tak puasa. Pernah sekali masa baru2 aku keje kat sini, masa tu aku base kat workshop. Masa jalan kaki nak masuk wshop tetiba nampak ikan goreng kat atas jalan. Rupanya jatuh dr motor sorg dari org2 yg tak puasa tu..Padan muka!

Tahniah buat adikku Hasbie yg menang kerusi Umum kat UM dalam pilihanraya tempohari mewakili promahasiswa. Ingatkan proAspirasi. Kalo proAspirasi aku tak support la..hehe. Hai..hari tu kata tak nak aktif dah dlm politik kampus, tup2 dah masuk bertanding. Sabar ajelah..jg terabai pelajaran dah lah ye!

Ariz manja melampau betullah sekarang. Ada satu hari tu aku nak ambik dia dr rumah babysitter. Tengok dia bersandar tepi dinding dgn kepala atas lutut, tengah menangis. Memang nangis tahap maksima jugak lah..siap teresak2 lagi. Ingatkan kena dera, rupanya setelah disoal siasat, dia kata, 'Ariz Sedih.....'. Nape?. Sebab ina tak mo kawan ngan Ariz...
la, pasal tu je ke?
Terpaksa lah dukung bawak masuk keta sbb dia tak nak berganjak dr dinding.
Cakap pasal Ariz, baju raya Ariz mama lum beli sbb x jumpa kaler sama ngan baju melayu abah. Ni yg mama geram kat abah nih, sbb buat baju kat tailor mmg lah susah nak match kaler ngan baju siap. Nampak gaya tahun ni kami bertiga pakai baju kaler caca marba je lah.

Saturday, September 29, 2007

Sungguh aku tak boleh nak bayangkan

1. Dulu Cik beranak sampai 14 org tak termasuk yg stillborn. Dan hampir 70% adalah berjarak seorang setahun. Waktu tu takde diaper pakai buang, takde air kena angkut kat sungai hampir 100meter, takde elektrik pakai pelita minyak tanah, takde gas masak pakai kayu api, takde tandas main berak dlm semak je, tiap-tiap tahun umah kena banjir; dan Cik n Ayah manage utk melakukannya. Mcmana tu? Serasa mcm impossible kalau nak dibandingkan dengan aku ketika ini, yg Ariz dah hampir 3 tahun, tandas dlm umah, utilities lengkap segala, tp lembek cam lempeng gandum ketika mengandung anak kedua. Aku x boleh nak imagine betapa super womennya Cik dlm menjaga kami sehingga dewasa. Dan aku menangis sebab aku tak boleh nak bayangkan kalau aku ditempat dia. Dan aku berdoa moga segalanya mendapat balasan dari Allah di akhirat nanti. Khusus buat Ibu dan Ayahku.

2. Aku x boleh nak bayangkan ada manusia yg lebih keparat dari setan kat muka dunia ini, yang sanggup memperlakukan Adik Nurin seperti itu. Dan aku berdoa moga si keparat itu mendapat kehinaan dalam hidupnya sampai mati dan moga dia mati lebih dahsyat dr yg dia buat kat Nurin. Dan utk Keluarga Nurin, sabarlah dan redha kerana anak kalian hanya menderita di dunia, tp di akhirat insyaAllah dia tergolong dlm org2 yg bahagia.

Monday, July 9, 2007

Pergi The Store dua malam lepas tetiba rasa mcm nak beli CD lagu. Either Ibnor Riza or Suhaimi Mior Hassan. End up beli yg Suhaimi. Boleh tahan best. Suhaimi ni antara artis low profile yg aku pun tak tau sgt latarbelakang dia. Yg aku tau dia pernah study kat oversea then balik x tau kerja apa. Kitorg pernah invite dia utk Dinner Golf Classis with Sultan Mizan 6 years back. Mmg low profile giler tp lagu2 dia sedap. Lagu puisi yg membawa mesej ketuhanan, kehidupan golongan marhaen, cinta yg tulus, masalah sosial, pendekata mmg mesej yang baik2 je lah. My favourite Bila Isteriku Ketawa, Misteri Cinta, Epilog Cinta Dari Bromley. Bila dah dengar banyak lak yg best.

###
Start meniaga baju2 smocking budak pompuan yang comel2 banget. From RM40-RM50 sehelai. Age 1-12. Nak beli mesej la.

Sunday, May 6, 2007

Ujian Kehidupan

Kebelakangan ni aku mcm mak migrain je memikirkan hal orang. Masalah juga aku ni, takde masalah cari masalah. tp nak wat camne kan dah mmg mcm ni. Tak nak pikir pun teringat jugak. Syukurlah saat ini aku belum diuji dgn ujian2 yang teruk, masih ada ruang untuk membantu memberatkan kepala dgn masalah orang lain.

Begitulah rencah kehidupan, selagi bernyawa, selagi tu lah kita di medan ujian. Ujian kesenangan, ujian kesusahan. Ujian kesenangan selalunya mengalpakan kita. Seronok, sehingga lupa yg sebenarnya kita sedang diuji. Selalu menjadikan kita gagal tanpa sedar. Ujian kesusahan mungkin menjdkan kita keluh kesah. kekadang makin dekat dengan Allah tp kekadang ada yang seakan tidak redha dengan ujian tersebut. Sehingga sampai ke titik akhir pentas kehidupan dunia, selagi itulah hidup kita takkan lari dr ujian yg telah ditetapkan.

Hati aku amat tersentuh bila balik kampung baru2 ini. Seorang kawan adik, jiran kami juga, yg mengidap penyakit gila yg diwarisi dr ayah diorg, malangnya si abang tu seperti tidak redha dgn dugaan tu. Kata cik, selalu dia menjerit sorang2 pastu cakap yang alangkah baiknya kalau dia jd sipolan si polan. Terus ketika itu aku tersedar yg rupanya ringan aje dugaan yang Allah timpakan kepada kakak serta ibu mahupun adik2ku. Tersedar sekejap. Terasa alangkah syukurnya dgn apa yang ada. Teringat kembali kisah2 ujian keperitan hidup yang pernah aku baca sebelum2 ini. ujian seorang bapa yg terbakar kesemua anaknya dlm kebakaran rumah, ujian seorang wanita yg kematian suami tanpa pekerjaan, ujian seorang insan yang cacat takde kaki tangan, ujian seorang isteri yang dapat suami perangai macam setan, ujian anak2 merempat di jalan chowkit yang terpaksa keluar bilik semata2 nak bagi mak dia servis pelanggan, ujian seorang ibu yg semua anak2 jd bohsia dan hisap dadah..mcm2 kisah ujian yg kadang dengan hanya baca kisah mereka pun dah rasa x mampu nak tanggung.

Mcm2 lah kalau nak di senaraikan, dan macam2 lagi kalau nak ditolong pikirkan. Takde kesudahannya. Lalu kesimpulan ni hadir dlm benak fikiran aku. REDHA. Kalau kita redha je dengan apa pun yang datang, insyaAllah hilang segala keluh kesah dan migrain segala. Bila REDHA, rasa ringan sikit kepala, boleh tdo lena sikit sambil memikirkan solution kpd masalah adik beradikku......hmmmmmm.....