Showing posts with label My Biz. Show all posts
Showing posts with label My Biz. Show all posts

Friday, May 28, 2010

JUALAN RUNTUH, CEPAT TOLONG HABISKAN STOK INI

Sebelum ke link jualan runtuh, nak imbas kembali kedai pertama sy ni..Namanya Kedai Adik Comel. Didaftarkan somewhere dlm bulan 8 tahun 2008. Specialised dlm jualan baju branded anak-anak. Bakal berpindah milik dalam beberapa hari lag once owner baru berjaya mendapatkan sewaan tapak kedai ini. Sedih sebenarnya nak lepaskan tp terpaksa kerana sedar akan kudrat diri yang tidak mampu komited dlm terlalu banyak tanggungjawab. Jd hamba Allah, jadi kuli, jadi bini, jadi mak, jadi tukang jahit suka suka, jadi peniaga online suka suki jugak..dan nak jd peniaga offline?? cukuplah 2 tahun menimba pengalaman. InsyaAllah kalau nak teruskan mungkin selepas pencen.

Sedikit kenangan dikedai kecil tersebut..
 
Oleh kerana sy betul2 tak nak pikir lagi pasal bisnes offline maka saya adakan JUALAN TUTUP KEDAI untuk sesetengah item yg owner baru x berminat sebab dia mmg specialised dlm kids apparel. So mana2 item yg bercirikan dewasa akan sy buat sale kasi habis. Harga yg ditawarkan tu kebanyakannya lebih rendah dari harga modal saya. Mungkin anda takkan ketemu lagi harga mcm ni sbb target sy ialah nak clear semua stok.

Berminat??

Friday, April 17, 2009

Mcm2 cerita skrg kat Terengganu ni. Tak abis2 ngan citer panas politik. apa2pun aku pasrah ajer. Tukar MB ke, tak tukar ke, sama aje..hihi..Kalo tukar kerajaan, harus lain.

Semalam pukul 2 pagi baru sampai umah dari KL. Luncheon ngan EPMI kat Westin. Betul lah kata Shaz, kat Westin ni special nya kat Bed dia. Mmg best, tp bed ajelah yg best..lelain hampeh. Harap harga je mahal..cett.

Kebetulan ke KL, terus g ambik stok raya banyak2 utk Adik Comel. So, sesiapa yg berminat blh check my shop, atau buka online shop NobitaComel kat WanitaMelayu.com ye. Baju n pants utk babies dr newborn up to 7yrs old. Sumer2 yg original bukan imitation tau. Smart2 giler especially kemeja rompers Osh Kosh yg harga butiknya RM99. Tp kat aku cuma RM49. save RM50 okay. The same original item, no snip label, no marking on the tags.

Ariz teramat lah 'peel molek' nya sepanjang pergi dan balik. Rasa mcm nak kenyek2 jer kalo ikutkan hati yg panas. setiap tempat waima tempat makan pun dia menangis, meraung, mengamuk, memukul...ohhhh...sabar..sabar..Kenapalah anak ku ini. Yg blh tahan sabarnya sbb bila dah okay tu boleh aje dia bangun tido sambil menyanyi2..mengaji..zikir2..cakap manis2..lupa sumer tantrums yg dahsyat sebelum ni..(err pg td aku wat jahat masa dia mengamuk bangun subuh aku mandikan dia sampai basah kuyup, tiru apa yg ayah selalu buat kat aku masa aku kecik2 dulu :P).

Hadi pulak seperti biasa menten cool. Tp mcm dah ada ciri2 merajuk, menjerit bila nak sesuatu, tp under control lagi. makan banyak sgt skrg baby mama ni. lagi seminggu nak bebsday dia. Tp malas jalan kalo kat umah. Kat babysitter dia rajin pulak. Kalau rajin nanti kutepeks gambar Ariz n Hadi kat Westin.

Oh ya..skrg ni sibuk sket ngan majlis perkahwinan adik pompuan ku yati pd 1/5/2009. So kena lah prepare sket2 bab2 pakaian, perhiasan dan hantaran. Tak buat apa pun lagi ni. nanti jd last minute cam kawin aku hari tu, naya. Moga2 sumer berjalan lancar lah nanti.

Monday, December 22, 2008

MUSLIMAH T'SHIRT..SEGALA JENIS JUGA ADA..

Okey..
Sekiranya anda tercari-cari alternatif untuk pakaian santai muslimah, usah risau. Kini di Adik Comel, kami telah mencari pelbagai brand samada buatan Malaysia mahupun Indonesia dan dijual pada harga berpatutan. Brand Malaysia (Hilyah dan Sumayya) Brand Indonesia (Ukhti, SIK Clothing, Qirani dan Polite Wardrobe). RM39-Rm45 untuk dewasa dan RM30-RM40 untuk anak-anak. Memang sweet sangat dan kualiti kainnya, anda pasti tak akan meyesal. So kalau anda di kawasan Kemaman dan berdekatan dapatkan di Adik Comel. Sekiranya anda berminat untuk membeli dalam kuantiti yang banyak untuk jualan di sekolah atau pejabat anda, boleh hubungi 019-9814620 untuk maklumat lanjut. Kami memberi komisyen RM5 bagi setiap helai yang terjual. Untuk melihat contoh design yang ada, sila klik http://branded-kids-clothing.blogspot.com

Monday, December 1, 2008

ADIK COMEL KEMBALI KE WMC

Yezza..
Kini kembali aktif di WMC
Tp kena sabar sbb sebarang urusniaga dan persoalan hanya akan dijalankan pada waktu malam, mungkin juga larut malam..selepas sikenit-kenit dua org ni tidur. Tp dun worry, business tetap efisyen tau..order hari ni, post esok, dapat lusa..

Sekarang ada clearance sale p to 60%. So hurry..while stock lasts!

http://www.wanitamelayu.com/forum/showthread.php?t=17136

Friday, October 17, 2008

Sukar Mencari MUSLIMAH T'SHIRT di TERENGGANU?

Okeh, sekarang senang saja.

1. Jika anda di Kemaman atau kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, pergi aje ke kedai Adik Comel di Casa Limbong dan shoppinglah di situ.

2. Jika anda (atas apa jua sebab) x dpt ke sana, sila browse laman web kedai online saya (http://branded-kids-clothing.blogspot.com/) untuk pembelian secara online.

T'shirt diperbuat dari 100% combed cotton yang berkualiti, tidak terlalu tebal dan tidak nipis. Cutting paras paha/ lutut dan tidak mengikut bentuk tubuh. Saiz yang ada adalah dari 4 tahun hingga dewasa XXXXL (wow!!)

T'shirt tersebut amat sesuai sebagai alternatif bg muslimah utk digunakan bg aktiviti riadah atau untuk bersantai dirumah mertua atau kaum kerabat yg bukan muhrim. Ye lah kan, takkan malam pun nak berbaju kurung atau berjubah kat rumah mertua. Buat baju tidur pun okey jugak. Untuk anak-anak perempuan pun ada. Dari usia 4 tahun hingga kepada anak-anak gadis remaja. Sangat cute dan manis sekali serta boleh pulak sedondon antara mak dengan anak. Cuba selai pasti nak lebih!

Sunday, September 28, 2008

Komen dialu-alukan

Dlm proses nak hantar cetak..kalau ada komen membina mungkin boleh buat ubahsuai.
FRONT BACK

Wednesday, August 13, 2008

SALE AIDILFITRI

Sekiranya anda berada di kawasan KEMAMAN atau kawasan-kawasan yang berdekatan, saya ingin menjemput anda untuk Shopping Baju Branded untuk si comel anda sebab kami sedang mengadakan sale sehingga 50% di kedai kami di :
ADIK COMEL
FB93, CASA LIMBONG
KEMAMAN
Selamat Bershopping!

Sunday, April 20, 2008

Macam-macam nak update..

Mmg macam-macam saya nak tulis tp tak tertulis. Hingga hari ni rasa mcm ada masa dan mood, so bolehlah update mana-mana yang teringat.
  • Laptop yg guna kat opis rosak n terpaksa hantar servis sbb tertumpah ABC Akat keyboardnya. Rasa mcm nak mintak yg baru tp cam biasalah, bab mintak2 ni bukan sesuatu yg mudah bg saya. Jd saya hanya berdoa moga2 laptop tu mmg xleh dibaiki lagi, so ada lah alasan kukuh nak mintak baru..hehe.
  • Laptop abah baru je sampai semlm setelah buat order dr Toshiba sehari sblm tu. Mmg efisyen lah servis diorg. Suka sgt sbb courier tu hantar just after abg keluar p lawat projek, so that sy jd org pertama yg merasmikannya. Mmg comel dan rasanya berbaloi. Mana nak dpt Toshiba dgn processor core duo 2 dgn harga less than 3k? Diorg buat promotion until 30hb April ni.
  • Ariz nampaknya sudah sebati dgn idea adik baru. Apa2 hal mesti refer to adik. Dan dia mcm suka dgn nama Idlan Hadi compare to Ibrahim Fahmi. Kalau tanya nak adik nama apa, mesti dia akan jwb Idlan Hadi.
  • Ada satu pagi, Ariz tanya mama, 'mama, mama x nak ke Ariz jd angkasawan?'. Bila mama tanya kenapa, Ariz jwb sbb mama x bagi Ariz main Glansodor (gelunsur). Baru teringat rupanya mama pernah bgtau dia dulu2, 'Macamana Ariz nak jd angkasawan kalau nak masuk dlm gelunsur tu pun takut?' (masa tu dia takut nak masuk gelunsur yg jenis berpusing-pusing to sbb gelap.
  • Mama dgn penuh semangat buat pertama kalinya telah menghantar gambar Ariz dlm pertandingan bayi comel anjuran WMDC. Tak sangka lak Ariz terpilih dlm senarai top 10. Tp utk saringan 5 peserta tercomel, Ariz x lepas.
  • Integration audit utk EMS ngan HSMS dijangka pd 20-23 May yg mana time tu sy akan berada di kampung sbb dlm pantang. Harap2 takde isu besar yg boleh menggugat kedamaian hati sy ketika berpantang nanti. Lagipun rasanya staff dept saya sumer2nya boleh diharap utk handle semua tu dgn jayanya..:D
  • Lama tak menulis ttg biz. Sekarang nak masuk bulan ke-4 kami beroperasi. Alhamdulillah selama itu jugak sale sentiasa cukup untuk cover overhead cost serta stock. Cumanya agak penat kebelakangan ni, jd xde masa utk biz. Abah aje lah yg monitor bila dia ada kelapangan. Disamping tu, kalau nak membeli secara online bolehlah jenguk2 ke http://branded-kids-clothing.blogspot.com . Kat sini sy ada jugak update sebahagian stok yg ada. Dan kalau nak order just call or sms at my hp. Kalau nak order kat site leceh sikit sbb sy jrg online.
  • Skrg ni kerja kat opis mcm dah separuh jiwa aje. Penat sgt nak bawak perut. Duduk aje oklah, tp bila nak jalan utk makan etc tu rasa mc x larat betul ler. Excessive sweating tu satu hal, walopun duk dlm aircond aje, tp peluhnya mcm org mandi. Rasa mcm nak doa supaya boleh bersalin cepat tp kesian kat abah yg akan exam pd 23-24hb ni. Kalo lepas tu barulah lega utk abah nak uruskan agaknya. Apa sekalipun, semoga selamat sumernya.

Monday, January 14, 2008

Bukan lagi rahsia

Semalam kami pergi scan baby. Terang2 nampak mcm Ariz punyer. Hihi..
Abah suka lah tu, sbb sejak dr awal kawin abah dah target anak pertama ngan kedua nak boy. Ke-3 pun kalo bleh nak boy jugak. Pastu baru girl. Alasannya nanti nak jaga adik senang lah dah ada 2 bodyguard. Mama pun hepi jugak sbb baby nampak sihat2 ajer. Cuma x dpt lah nak berangan2 nak pakai baju baby gurl yg comey2 tu. nampaknya lepas ni nak kena cari stok baju baby boy banyak2 penuhkan kedai.

Cakap pasal kedai, kami dah start buka kedai pd 5/1/2008 tempohari. Nama kedainya ADIK COMEL. Tapi belum naik signboard pun lagi. Alhamdulillah dapat sorang staff yg comel bernama Ira sbg pembantu kedai. Sales setakat beberapa hari ni mcm yg dijangka lah..lembap...tapi syukurlah sbb ada jugak sikit2. Biasalah kan, bisnes ni mesti bermula dgn merangkak. Lama2 boleh lah lari pecut. InsyaAllah. Dengan syarat jangan putus asa. Kena selalu ingat tu ye!

Ariz mmg sooo funny lah lately nih. Penat ler nak layan bercakap tu yg paling penat. mcm siaran radio non stop. Hari ni baru perasan gigi dia mcm nak start ada lubang sebesar lubang jarum kat tengah gigi 'kapak' nya. Tak lama lah tu..setahun lagi bakal rongak.

Abah sibuk ngan keje-keje membuat pagar rumah yang terpaksa dibuatnya sendiri setelah Indon yg dia hire tu kena tahan sebab PATI. Ada hikmah disebalik setiap kejadian kan. Mmg kesian sbb mamat tu baru kawin, rajin plak tu. Hikmahnya abah save byk sbb tak payah bayar upah pekerja, abah boleh wat exercise menyihatkan badan dan abah boleh keluarkan skill yang terpendam. Kalo tak buat, mana tau boleh kan!. Tak sabar nak tunggu siap, nanti saya akan paste kan kat sini kerjatangan pertama hasil usaha Encik Zulkifli..:)

Abang Long dah start meniaga pasar malam sejak 2 minggu lepas. Alhamdulillah, semoga berjaya lah hendaknya. Sesiapa yg duk area Dungun, Sura, Paka tu, kalo jenjalan pasar mlm nampak org jual roti john dan yang sewaktu dengannya, boleh lah beli. Support my abang long! heheh..

Owh..lupa..satu lagi nak tulis, bunga kantan saya yg berusia seusia rumah kami (hampir 2 tahun) baru aje berbunga. Setakat ni dah 4 kuntum. Saya biarkan aje dia kembang sbb tak de nak guna pun.

Monday, November 26, 2007

kedai oh kedai..

Rupanya bukan senang nak berniaga..nampak mcm senang tp bila dah masuk ke alam tu mcm tak terbuat pulak. Lebih2 lagi bila buat part time aje, tiada kesungguhan, tiada urgency.

Selepas cuba-cuba ngan biz partner aku dulu, akhirnya aku terpaksa akur yg kalo betul2 nak meniaga, buat betul2, berenti keje. Kalo tak, takat cakap je boleh lah. Nak bagi komitmen tak boleh. Bayangkan balik keje pukul 6 sampai umah, nak siap diri, keluarga, mlm nak bersama keluarga. Hari minggu pulak attend kelas pengisian rohani, ada kenduri nak kena pergi, balik kampung sekali sekala, time ni juga nak rehat badan dan bersukaria ngan keluarga. So, aku ambik keputusan utk tidak mahu teruskan.

Tp ia tak berakhir di situ, sbbnya aku dah habis beribu2 utk deposit n sewa kedai, dan aku dah beli stok mungkin dah lebih dari 10ribu. So, kat mana aku nak campak bebenda tu? Maka aku terpaksa lah memaksa rela abg supaya take over aje kedai tu..(tak taulah ex biz partner aku nak kata apa).

Maka dgn keinginan yg tak seberapa, abg bersetuju sebab antara lain masa nak bukak kedai tu aku dah pakai lesen niaga dia..hihi..Oleh kerana mungkin semangat tak seberapa, maka tindakan pun tak seberapa lah juga. Ditambah dgn bermacam2 lagi masalah birokrasi yg perlu dihadapi yg aku tak perasan pun pd mulanya. Memula, nak kena furnish kedai tu, cari peralatan serba sedikit, tapi habis beribu lah jugak..Setelah berhabis pun, alih2 ianya masih memenuhi sekadar 1/4 dr tuang kedai..maknanya aku nak kena ada lagi 20-30 ribu baru bleh nampak mcm rupa kedai.

Then pasang lampu n kipas ala kadar aje..alih2 baru perasan elektrik takde nak kena daftar ngan TNB dulu. Bila p ke TNB diorg nak sijil niaga yg beralamat di tempat ni sedangkan abg punya alamat di KT. Maka abg terpaksa p ke Suruhanjaya Syarikat utk buat cawangan syarikat guna alamat kedai. Alamak...luntur semangat cik abe tu kalo banyak2 kerenah mcm ni. Tak abis lagi di sini, nak buat banner n signboard kedai nak kena ikut format2 MPK pulak. Lagi hampeh dah p mengadap sekali alih2 nak kena tukar buat lain. Last2 sampai skrg tak buat2 lagi.

2 hari lepas 2 buah kedai yg bersebelahan dah tutup kedai pulak dgn alasan tak laku coz tempat baru, masih belum maju. Turun lg semangat aku. Jd janji nak bukak kedai pd 27/10/2007..tp hari ni dah sebulan, tak dapek2 lagi nak bukak. Tp aku yakin, kalo abg bleh buat betul2, bg perhatian lebih sket, satu hari pasti akan berjaya jugak. cuma org kata antara lambat ngan cepat aje. Harap2 abg pun tak cepat patah semangat.

Susah jugak nak meniaga ni rupanya..

Sunday, September 9, 2007

Just to update;
1. My pregnancy had started to shows it's symptoms. Tak larat yang teramat sgt hingga terasa seolah terpaksa je nak buat apa-apa. Siap boleh tertdo during meeting and worst is during driving. Tak taulah apa nak jadi. Rasa mcm nak melepek je kat mana2. Dulu time Ariz pun ada jugak lembik mcm ni, tp tak ingat dah tahap kelembikannya mcmana. Bila abang ada kat rumah dia tolong hantarkan p opis and i ZZzzzz all along the way. Bestnya. Pagi td dah mula rasa mual2 n selera pun dah jd semacam je. Sedihlah kalo mcm ni.

2.When asked, whether he want a baby boy or a baby girl, Ariz promptly replied, 'Nak baby kembar!'. Kat mana dia belajar kembar kembar ni ntah. Janganlah...rasa mcm x mampu nak uruskan 2 org sekaligus. Ariz pulak menjadi-jadi manjanya. Mcm dibuat2 je. Kekadang out of sudden dia buat perangai utk jd sebab utk menangis. Kalo telefon nenek atau abah toksah cerita lah. Tersedu-sedu menangis. Sampaikan yang berada dihujung talian pun jd serba salah dibuatnya. Mcm rindu sgtlah kononnya. Pastu siap bgtau pulak..abah, ayeh nangis, ayeh nak jupe abah, kenapa abah tinggal ayeh...and so on..kalau aku jd abah pun sure rasa sayu giler bila anak ckp mcm tu. And cik kata tu pun antara symptom2 anak kepada ibu yang mengandung. Symptom bapak pulak camne ek?

3. Abang byk tolong kat kedai. N aku just duk umah jaga Ariz. Teringat pada hari dimana abg marah sgt n hampir2 nak hentikan segala aktiviti perniagaan aku. Sedih sgt sbb dia membebel masa aku tengah mkn nasi. Nasib baik nasi tak masuk dlm hidung sbb muka dah jd kembang nak tahan air mata dr keluar. Mlm tu pukul 3 pagi abg kejutkan aku n tanya 'so mcmana? nak teruskan jugak ke?' Dia ckp dia xleh tdo pk kan bende ni. Aku yg masih blur diam aje sbb x tau nak kata apa. Tak tau kenapa selepas tu abg jd cooperative giler, n tolong dikedai setiap hari. dan alhamdulillah, sales menampakkan harapan utk berjaya.

4. i had started my online business. Kat WMDC n kat BerryBunchBox serta kat ebazaar2u. Sales for first day nearly RM500. Tp pastu slowwww... sama je mcm tokey nya yg malas nak jengah forum selalu. Hehe..

Sunday, August 26, 2007

Syukran Ya Allah

Good news didn’t come everyday. And one of the best arrive today.

Rabu aku ke Kl menghadiri Dinner SIRIM di Mandarin Oriental. Sbb semua hotel fully booked, terpaksa guna khidmat org dalam n at last dpt gak stay kat Vistana. Ok gaklah hotel tu, bilik kecik tp kemas. Ambik kesempatan utk shopping mopping sementara masih sale. First time kami shopping naik LRT n komuter. Abah yang beria ajak sbb katanya dia tak pernah naik keretapi sepanjang di Malaysia. Maklum le Terengganu mana ada train. Seumur hidup dia naik train sekali je masa kat Jepun. Tu pun bukan shinkansen. Cuma keretapi cikai je kot...hihi..

Esoknya kami ke Jalan Kenanga, syurga pemborong. Nak muntah rasanya banyak sgt kedai. Satu pun tak masuk kecuali kedai yang jual peralatan berniaga mcm mannequin, dsb. pastu masuk tgk baju budak sikit kot2 boleh tambah stok bisnes. dapatlah sikit yang menarik sbb byk yang dah abis diborong kot.

Balik dar KL esoknya kami pulang ke kampung. Balik je Cik Dah bgtau yg Cik mimpi rantai emas. Huhu..terus terdetik di pikiran aku, ntah2 aku nak pregnant. Cik kalo mimpi mas mmg sure akan ada nak dpt anak atau cucu. Teruja dengan prospek tu, abang gesa aku buat check lagi. 2 hari lepas dah cek negative. SO today buat check lagi, n ada double line, yg satunya teramatlah blur antara nampak dengan tidak je. Tp konpem lah tu rasanya. Alhamdulillah. Ariz bakal jd Abang Ariz!

Ariz pulak semakin pandai 'reasoning' skrg ni. semua kata2 kita atau kata2 dia mesti ada sebab musabab. Cam pagi tadi, dia tertinggal pensil colour masa dah sampai kat rumah babysitter. So dia nangis nak suruh ambik. Aku kata, tak kesian ke mama nak p keje, nak ambik kaler tu kan jauh. Dia balas balik, kata kan ada kereta!

Semalam aku bukak booth hari kedua. Ramai sgt org masuk tengok n puji kata baju cantik2, tapi sorang pun tak beli. Mahal ke aku jual? erk..kalo murah kang x balik modal pulak. Agaknya diorg x tau kot yg baju2 tu baju branded. After maghrib, hujan turun agak lebat so terpaksa tutup kedai. Alhamdulillah abang banyak bantu. Aku rasa mcm kuat dgn adanya dia. Thank you so much ye! Ariz kesejukan dlm hujan, pastu buat2 menggeletar dan menangis. Siannya anak mama. Terpaksa hadapi susah payah sbb mama nak sangat mengejar 'passion' dia. Moga2 ariz membesar dengan jiwa usahawan. Moga2 ariz dpt merasai susah payah meniaga. moga2 suatu hari anak mama bakal menjadi muslim yang cemerlang dalam membantu ekonomi ummah! cewah, jauh lak angan2..:)

Friday, August 17, 2007

Aku berniaga akhirnya?

17/8/07 - Jumaat
Hari pertama aku buka booth jualan baju branded utk budak2. Mula2 ingat nak keluar sensorang sbb abah n ariz masih tidur at 5pm (maklum ler petang Jumaat). Tp saat nak keluar tetiba Ariz terjaga n menangis, so abang kata meh lah kita pi sama2. Syukurlah. Kalo tak mau mati akal aku tak tau apa nak buat kat tapak booth tu nanti.

Alhamdulillah dari jam 6-10mlm, dptlah jugak 3 orang pembeli. Jualan RM80 saja. Untung RM28 aje. Yang lucunya plastik nak letak baju yg orang beli aku lupa nak beli, so pembeli pertama dan kedua aku terpaksa letak baju yg diorg beli dlm plastik bag yg diorg bawak. Alahai..langsung x professional punya peniaga. Hihi..

Antara pelanggan yg datang tu ialah org2 yg dah dikenali yg mmg tau kitorang nak buka booth. Siap kena perli2 lah pulak. Dah keje elok, nak jugak meniaga lagi. (kepada yg beranggapan begitu, suka aku jelaskan aku meniaga bukan sbb aku nak cari duit sgt, tp sbb passion. aku suka nak buat dan aku ada agenda lain yang memerlukan aku berniaga utk mencapai nya). Pastu bab jumpa rakan seopis pun satu hal. Penat nak pikir alasan apsal aku ada kat situ. Bantu suami? Kesian abang dikambinghitankan! Maunya kalo big boss lalu kat depan tu, aku sembunyi dlm longkang lah kot.

Yang utama aku nak catat kat sini ialah, alangkah PENATNYA berniaga ni. Aku ingat sempoi je. Tp mmg flat giler bila balik umah kul 11 malam. Itu hari cuti, aku xleh nak bayang kan kalo hari aku keje..sampai umah dah dekat maghrib pastu nak pi buka booth..pastu nak kena layan customer atau berdiri atau mengejar ariz yang teramat excited kat tempat ramai orang mcm tu. Sesungguhnya aku rasa aku tak mampu. Kaki aku rasa mcm xleh berpijak dah. sengal abis!

Ariz sesungguhnya amat bahagia sbb kejap2 boleh pergi ke booth toys. Kalau aku layan rasanya untung jualan abis kat dia jer kot. Pastu best lah kan mcm pesta je. Risau jugak takut2 hilang ditengah ramai.

Maka atas alasan2 penat dan sebagainya, aku hanya sempat berniaga sehari dan esoknya terpaksa mintak excuse selama seminggu dari pengerusi persatuan sehingga dapat cari pembantu kedai (yang sehingga ke saat ini aku masih x jumpa2 lagi).

Saturday, August 4, 2007

Hari ni dah masuk hari ke 4 bulan OGOS. Since, everybody wanna squeeze everything within this time to the first of Ramadhan, the result is soo much program. Rasa mcm cramp je..huh! My involvement would be the Group Family Day on the third week of august, the QMS Surveillance Audit on 10-11/9, the HSE Week together with OHSAS 18001 certification ceremony somewhere before Merdeka Day. The HSE week is one of the major event for our department and contribute to KPI's of me and all my subordinates, therefore it has to be handled seriously and preparation should be at the earliest time possible. Thanks God, this time i had not feel the burden on my pundak only, coz now we have a small family. What i need to do is delegate wisely and monitor frequently. Within my 8 working years, i think that 2007 is the most 'lega kepale otak' year. Really. Not because of less responsibility, but because of the existance of teamwork. mmg lega giler n tahun ni jarang dah buat balik keje kat umah n stay back sampai pening kepala esoknya..:D

Lots of good news lately..
1. The group is revising the salary structure together with terms & conditions. From reliable sources, i was told that a lot of increment to non exec and of course high grade managers (tak tau lah aku masuk tak :(). And not a very good news to E1 exec since some of their fixed allowances are going to be decrease. I'm not sure yet since this will be announce this month and hopefully it will be back dated to July. Apa2 pun x kisah lah aku tak naik gaji sbb yg penting pakcik2 makcik yg kerja keras kat site tu yg sepatutnya deserve higher pay. Barang naik semua naik..moga gaji diorg pun naik byk.

2. Ariz can recite almost all doa in the TilMiz Doa VCD. He watch it during our stay at his Tok's house masa aku kena kursus last 2 weeks. To sape2 lah yg merekacipta VCD tu, u guys do a great job. Kids/ childrens really love that animation. it's interesting and as a result, dengar sehari pun budak2 dah leh hafal. So to my friends out there, jgn teragak2 utk beli (dulu aku teragak juga..end up x beli). Tak rugi beli bende ni berbanding beli CD katun.

3. During conversation with a friend with regard to our new shop, i was being told that he can help if i wanna get 'tapak' for night bazar at the town. I was soo excited since i was eyeing that area for quite some time without any idea where i should turn to. Appears that the area was highly sought after and there are a long queue above mine. But with some help from that friend, i manage to get one..and now i'm busy looking for suppliers so that we can start soon. The problem now is money..money..money..and this problem exist because of the good news number 4.

4. Abah seems to be quite 'murah rezeki' lately. Got a few small an medium size projects which needless to say, require lots of money for start. Biasalah, nak tunggu payment normally takes more than a month. Apapun Alhamdulillah. Moga kami murah rezeki dan moga kami (abah, are we on the same boat?) tidak lari dr matlamat utk membantu yg memerlukan. Ameen..

Bad news..
ahah..ada kot tp bila dah lepas lupa lak. lgpun watpe nak ingat kenangan2 yg x best kan!

Tuesday, July 17, 2007

Mmg sibuk hingga x sempat nak menulis disini. kalau tulis pd diary mungkin sempat, tp sbb nak kena bukak komputer, pastu log on pastu pk nak tulis pasal apa..maka semuanya mengambil masa dan sesungguhnya mmg aku pun malas ada jugak laaa...

Skrg dah masuk separuh tahun yang kedua, maka kerja teramatlah banyaknya hingga x tau lah nak buat apa dulu. Financial budget dah start, nak kena formulate 5 yrs plan, penilaian prestasi bulanan berasaskan balance scorecard baru bermula dimana banyak nak kena update since berlaku lagi sekali perubahan besar dlm organisasi. Tak masuk lagi my own department punya keje yang terpaksa 'asik2 postpone' kerana terpaksa memberi laluan kepada keje2 org lain..hampeh! Tp alhamdulillah sbb despite all this, berjaya gak anjurkan blasting n painting seminar semalam ngan jayanya. Thanks to all anak buah yg semuanya boleh harap belake!

Keduanya yg membuatkan aku 'mentally BZ' ialah sbb application utk mendapatkan shoplot telah berjaya. Maka jika tidak kerana time n money constraint, kami akan menjd tokeikedai tidak lama lagi. InsyaAllah, semoga impian aku akan menjd kenyataan. Oleh kerana teruja amat dgn idea menjd tokei kedai ini jugalah menyebabkan fikiran asyik melayang. Jiwa kat opis, kepala kat kedai..huhu..berdosa kah aku?

Ariz begitu lincah dan teramatlah petahnya skrg. Start balik rumah kul 6 hingga tido kul 12, tak berenti dia bercakap dan beraksi. Aksi yg ganas hingga berpeluh2 badan dia. Tp rasa mcm sedih kenkadang sbb bila balik keje, badan penat, pastu buat keje umah n keje bawak balik umah semer sehingga rasa mcm kurang perhatian lak. Kesiannya anak mama ni..kalau ada adik lain lah skit kot. Tp mama asik negative ajer manjang.

Monday, July 9, 2007

Pergi The Store dua malam lepas tetiba rasa mcm nak beli CD lagu. Either Ibnor Riza or Suhaimi Mior Hassan. End up beli yg Suhaimi. Boleh tahan best. Suhaimi ni antara artis low profile yg aku pun tak tau sgt latarbelakang dia. Yg aku tau dia pernah study kat oversea then balik x tau kerja apa. Kitorg pernah invite dia utk Dinner Golf Classis with Sultan Mizan 6 years back. Mmg low profile giler tp lagu2 dia sedap. Lagu puisi yg membawa mesej ketuhanan, kehidupan golongan marhaen, cinta yg tulus, masalah sosial, pendekata mmg mesej yang baik2 je lah. My favourite Bila Isteriku Ketawa, Misteri Cinta, Epilog Cinta Dari Bromley. Bila dah dengar banyak lak yg best.

###
Start meniaga baju2 smocking budak pompuan yang comel2 banget. From RM40-RM50 sehelai. Age 1-12. Nak beli mesej la.