Showing posts with label My Past. Show all posts
Showing posts with label My Past. Show all posts

Thursday, August 13, 2009

Entry khas utk HASBIE

Hari ni hari yang agak mencemaskan bagi aku. Kena berdepan dengan wakil syarikat utama dan buat presentation tentang sesuatu topik yang aku tau syarikat kami agak lemah. Berdebar jugak sebab preparation pun last minute. Sibuk utk QMEA submission jd terpaksa bahagi masa. Pg td baru siap material, pukul 2.30 dah nak present. Alhamdulillah semuanya berjalan Ok walopun pd aku personally, tak berapa OK..Takpelah at least members of the meeting kebanyakannya agree yg it was a fruitful discussion.

**************

Dalam kesibukan minggu ini terlupa yang hari ni adalah hari penting utk adik ku Ebi. Huhu..Sedih bila tgh duk bz preparation td tetiba dapat msg hiba, 'sedih, xde ahli keluarga datang raikan konvo'. Tetiba rasa cam nak berderai air mata. Alahai. Jahatnya aku. Konvo hanya sekali dlm hidup. Aku blh bygkan mcmana perasaan berdiri keseorangan di saat semua org bergembira ngan keluarga, ambik gambar, dpt bunga, etc. Lg panjang aku imagine lg rasa nak nangis. So utk adikku (yg link nya ada kat sebelah ni), sorry sgt2 walopun ia tak akan dpt mengubah kembali apa yg telah berlaku. Aku tau mmg aku x dpt pergi pun sekalipun aku xde komitmen keje, but at least i have say something, wish something or show that i'm aware of his special day. but sad to say, i really2 forget.

Dlm blues begini, terasa mcm nak menulis ttg Ebi pulak..hihi..jgn mare..

Ebi seingat aku adalah adik yg paling sweet waktu dilahirkan. Aura wajahnya manis dan selalu digelar 'anak pok de' (sebb ayah pun airmuka camtu agaknya). Perangainya lucu sejak kecil sampailah sekarang. Dia sentiasa ada modal lawak. Ingat lagi masa kecik2 dulu dia suka kawan ngan budak2 pompuan sampaikan Cik jd risau. Penah jugak di wat balik budak pompuan yg nampak cam kesian sket n suruh Cik kasi duit kat budak tu, walhal mcm ler kami ni banyak duit.

Masa kecik arwah ayah pernah sebut yg dia rasa ebi akan membesar sebagai anak yg bijak sbb sejak belum sekolah lg dia dah mmg jenis budak petah n suka bertanya, berteka-teki, keluarkan statement2 yang tak disangka2 (mcm budak2 zaman skrg lah) tp kira cam advance lah bg budak mcm dia yang tak kenal tv or radio apatah lagi internet. (di'censor' atas permintaan yg empunya badan..huhu..Dan betullah jugak kata2 ayah tu sbb dia mmg jd best student sepanjang sekolah rendah. Masuk plak SBP, tak taulah top setakat mana sbb aku mmg x berapa ambik tau. Yg aku tau PMR ngan SPM dia lebih cemerlang dari aku..hehe..tp tak aci sbb aku punya 12 tahun lebih kuno. Pastu sbb dia suka bercakap dan berloyar buruk agaknya jd dr sekolah menengah smpi masuk universiti dia suka lah sgt menonjolkan diri dlm persatuan pelajar. Takat mana bagusnya wallahualam. Tp harap2 baguslah ek B! Mana tau satu hari bleh jd YB. Tp mesti YB yg warak lah..insyaAllah.

21 tahun dah berlalu, tp Ebi yg ada hari ini aku rasa masih lg seperti adik kecil ku Ebi yg kukenang dari zaman kanak2 dulu. Tak pernah rasa nak marah atau sakit hati cuma sekali rasanya dia kecik hati ngan aku. Aku ingat sebab sehari sebelum majlis kawin aku, aku marah dia sbb x tolong abg long bersihkan ayam utk kenduri. Aku dah lupa dia komen apa tp aku tau dia terasa hati..hehe..So B, hari ni adik kecilku dah jd seorang graduan UM, moga2 perjalanan hidupmu dipenuhi dengan kejayaan, atau kalau ada keperitan moga natijahnya utk makin meningkatkan iman dan moga akhirnya menjd seorang Hamba yg dikasihi tuhan.

************

Maghrib tadi abg bgtau berita kematian Ustaz`Asri Ibrahim. Sedih lagi. Amat minat ngan alunan zikir dan nasyid dia esp Munajat. Dan mmg dlm minggu ni duk asyik ulang2 pasang kaset zikrullah dia. Sgt menyentuh jiwa suara anugerah Allah utk ustaz. moga dakwah nya diterima sebagai satu amal soleh disisi Allah. Rasanya ramai yg membesar ngan alunan nasyid dia sejak dari Nada Murni sampailah ke Rabbani. Insaflah duhai diri. Sesungguhnya kematian datang sekelip mata tanpa kita menjangka.

Monday, September 1, 2008

Ramadhan Dulu dan Sekarang

Hari pertama Ramadhan, seperti biasa sejak dulu hingga sekarang, hari pertama Ramadhan sentiasa mempunyai aura nyaman dan shahdu. Bila drive pagi tu rasa mcm best jer. Lapang, nyaman, maybe sbb syaitan2 diikat kot (ni andaian aku masa kecik2 dulu).

Sedih sgt ngan hari pertama ni, nak dijdkan cerita bangun dah pukul 5, tp buat itu dan ini, kejutkan abg kul 5.30, subuh pukul 5.43. Tgh2 makan, tetiba abg (yg dah siap makan) kata, 'makan apa lagi, org dah azan'. Terus rasa mcm nak nangis kat situ jugak. Sbbnya aku belum minum air. pastu buang segala apa yg ada dlm mulut, kumur2 dan rasa mcm nak lekat je nasi. Sedih banget. Dah ler aku buat horlick gelas besar konon2 nak kasi production susu melimpah ruah sempena puasa ni. Setitik pun tak rasa. Manusia merancang Allah jua yg menentukan. Punya sedih, aku buat doa khusus lepas solat subuh, semoga dihilangkan segala dahaga hari ini dan aku tambah satu doa kelakar, semoga diberi kelupaan kepada ku dan aku pun terminum segelas besar air..huhu..

Okeh, abis bab sedih. Aku nak mengenang2 zaman ramadhan masa kecik2 dulu. Sbb hari ni aku nak blogging sepuas hati. Aku tak bz sbb aku malas nak buat kerja. Aku fed-up ngan restructuring yg ntah bila nak selesai. Susah nak kerja dlm ketaktentuan, tak tau mana arah tuju. So, lupakan setengah hari pasal kerja.

Dulu2, bila org nak umum posa, budak2 kecik amat lah suka. Mcm nak raya jer. Pastu berniat lah posa sebulan walhal selalu jer tuang. Zaman skrg, kedatangan Ramadhan tu tak terasa sgt. Tak tau lah aku jer mcm tu atau sumer2 org dewasa mcm tu. Aku tgk budak2 skrg pun cam x excited je ngan poser. Bab2 menipu pose pun best gak. Seingat aku mmg ada gak lah a few time, masa kat sekolah rendah buat2 basuh muka sambil menelan beberapa teguk air. Masa darjah 6, pernah aku tak tahan ngan kerepek pisang, aku masukkan dlm mulut, kemam sampai lembik sbb takut kalau gigit nanti berbunyi. Kena interrogate ngan Kak Dah yg suspect aku makan. Tp aku sampai ke sudah x mengaku. Muka kemain innocent la time tu. (Dah, kalu mung baca post ni, bleh a recall balik kejadian kat umah Bulu masa aku darjah 6). Tp kira okay lah aku ni, compare ngan Kak Nor yg panjat alang dapur utk membaham buah tembikai. Silap lah ayah tanam tembikai bulan puasa, mmg menduga iman.

Bila time berbuka tu, nikmatnya tuhan saja yg tau. Lepas asar selalunya tidur supaya bila bangun jer dah dekat nak buka. Lagi 10 minit nak buka, dah mengadap makanan. Duduk ramai2 dlm bulatan. Budak2 tak poser x boleh campur. Oleh kerana adik badik ku ramai, maka bulatan yg besar diperlukan. Walaupun kami miskin sgt masa dulu2, tp sbg budak2 yg tak paham lagi erti kaya miskin, apa yg ada tu bagi kami dah cukup nikmat. Sudah makan, perut dah penuh sgt nak solat maghrib pun susah. Beza nya ngan zaman sekarang, berbuka sekarang ala kadar aje. Sejenis kuih pun cukup. Makan sekadar kenyang. Takde perasaan 'nikmat tak terhingga' hanya dengan melihat segelas air tebu. Perasaan biasa2 aje. Tak best kan! Kalo bleh dibawa perasaan masa kecik2 dulu, bestnya.

Aku pun tak tau, perubahan2 perasaan ini sebab aku yg makin dewasa, atau mmg kanak2 sekarang pun tak rasa sebagaimana kanak2 dulu rasa.

Kepada sesiapa yg baca post ni, aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA dgn sebenar2 PUASA. Raihlah sebanyak mungkin keuntungan yang dioffer oleh Ramadhan tahun ini. Ameen...

Sunday, December 9, 2007

Nostalgia musim tengkujuh

Skrg hari2 hujan..kerap tp tak lah lebat sgt..Aku mmg suka hujan..rasa shahdu jer..teringat kenangan masa kecik2 dulu..terdengar2 bunyi hujan menimpa atap zink, ternampak2 ayah dengan kain pelikat yang ditarik keatas seperti khemah kecil menutupi leher sambil bersandar di dinding melagukan ayat2 Qur'an atau selawat. Teringat kami mandi2 di 'cucuran' atap. Ahh..rindunya pd zaman kecil2 dulu.

Skrg musim tengkujuh pun tak merasa dah ngan banjir..tak macam dulu, tetiap tahun mesti banjir. Apatah lagi bg aku yg duduk di dua kampung yg mmg terkenal dengan banjir (arwah ayah pernah sekali masuk buletin utama, tgh kayuh perahu dlm banjir). Yg bestnya kami jarang kena pindah walopun air dah naik skit je nak cecah lantai. Thrill jugak terasa mcm duduk ditengah pulau. Boleh main2 air banjir, berenang, tangkap ikan, etc. Paling ebst bila ada org datang hantar bantuan banjir. Time tu jenuhlah makan segala jenis ikan, ikan perah, lampam, puyu, keli, haruan, etc. Ayah mmg pro bab menangkap ikan dan kami adik beradik pulak suka sgt berebut belon (org kg aku panggil 'celepong') yg ada dlm perut ikan tu. Pastu best juga sbb bleh main perahu kat tepi rumah.

Bila musim tengkujuh perut asik lapar aje. So makanan berbentuk ubi mmg amat ler laku time tu. Ubi kayu, ubi setela, ubi gadong (tak leh lupa adik2 mabuk sbb termakan ubi gadong tak masak) dan mcm ubi lagi. Baju2 pulak bersidaian di jemuran sbb tak sempat kering. Silap2 terpaksa pakai baju basah jer. kalo org baru bersalin mmg teramatlah kasihannya nak mengeringkan lampin baby. Kadang2 terpaksa letak jemuran atas bara api dan hasilnya..baju salai!

Yang tak best bila banjir dah surut..sbb tanak jd lecak sgt n baunya busyuk!

Skrg musim tengkujuh dah tak bermakna spt ketika kecil dulu. Sekadar kereta tersadai atau kena tolak sbb tak lepas air banjir, apa yang best?

Saturday, September 29, 2007

Sungguh aku tak boleh nak bayangkan

1. Dulu Cik beranak sampai 14 org tak termasuk yg stillborn. Dan hampir 70% adalah berjarak seorang setahun. Waktu tu takde diaper pakai buang, takde air kena angkut kat sungai hampir 100meter, takde elektrik pakai pelita minyak tanah, takde gas masak pakai kayu api, takde tandas main berak dlm semak je, tiap-tiap tahun umah kena banjir; dan Cik n Ayah manage utk melakukannya. Mcmana tu? Serasa mcm impossible kalau nak dibandingkan dengan aku ketika ini, yg Ariz dah hampir 3 tahun, tandas dlm umah, utilities lengkap segala, tp lembek cam lempeng gandum ketika mengandung anak kedua. Aku x boleh nak imagine betapa super womennya Cik dlm menjaga kami sehingga dewasa. Dan aku menangis sebab aku tak boleh nak bayangkan kalau aku ditempat dia. Dan aku berdoa moga segalanya mendapat balasan dari Allah di akhirat nanti. Khusus buat Ibu dan Ayahku.

2. Aku x boleh nak bayangkan ada manusia yg lebih keparat dari setan kat muka dunia ini, yang sanggup memperlakukan Adik Nurin seperti itu. Dan aku berdoa moga si keparat itu mendapat kehinaan dalam hidupnya sampai mati dan moga dia mati lebih dahsyat dr yg dia buat kat Nurin. Dan utk Keluarga Nurin, sabarlah dan redha kerana anak kalian hanya menderita di dunia, tp di akhirat insyaAllah dia tergolong dlm org2 yg bahagia.

Sunday, September 16, 2007

BALADA SEORANG AKU

Nota muka::aku tatau apa makna balada tu, main taruk je, jd kalo ada kepelikan pd tajuk diatas, abaikan saja..

Hari ni aku dgn rasa bersalahnya telah mengambil MC. MC aku yg kedua pd tahun ini. Rasa teramat lah tak laratnya campur loya n tak lalu nak makan sahur pg td. Rasa bersalah sbb supposed kena bentang a few things dlm 2 meeting berasingan kat head office hari ini. Tak larat nak travel so terpaksa suruh anak buah tolong gantikan. Kesian member x prepare. Maka MC lah aku dgn melepak kat rumah, bukan bleh hilang lembik pun..sama ajer..

Blk dr klinik sempat juga mintak abg singgah di pasar n beli mempelam muda dua inggit. Dr semlm terbayang2 sbb dah tengok tp x beli. Masalah pulak sbb aku x reti nak buat jeruk mempelam. Teringat kat jeruk Kak Tie yg sedap, so terus aku tepon dia. tp tepon dia takde bateri so dia janji nak call dari opis jap lagi. tunggu punya tunggu sampai kul 3 x call2 pun. sedihnya aku. Rasa mcm nak nangis je. So alternatif kedua aku call Pah. Pah ckp dia tak sure sgt..sikit2 bolehlah ajar, so dia suggest aku tanya Lia. Call Lia a few times, dia xde kat tempat dia. tak sbara punya pasal, call Rozie lak. Rozie kata dia pun x reti, cuba tanya Kak Da sebab Kak Da punya jeruk mmg syedap...Alamak...nombor kak da plak tader. Last2 teringat kat Mama Cik Moh. so terus call n finally got the recipe..Alhamdulillah.

Maka dgn energy yg membuak2 aku terus mengupas mempelam denganl air lioq meleleh dan aroma mempelam tu tetiba je menghilangkan loya tekakku. siap kupas, rendam air garam sejam, then rendam air kapur kejap..then masak air lada campur manisan n sedikit belacan..hmmm...tak sabarnya nak tunggu berbuka...

Mcm x percaya pd tahun ini aku telah mengidam mempelam jeruk. Masa ariz dulu takde mengidam apa sgt pun. Makan masam pun x suka sgt. Tp kali ni serius pelik, aku cuma nak makan acar masak, laksa penang, ikan singgang, ikan pekasam dan mempelam jeruk, yeyyyyy!!

Moga2 kandungan ini selamat. Moga2 apa yg dijangka doktor minggu lepas hanya sekadar tanggapan kosong..moga-moga..

Beberapa hari lepas cik mimpi emas lagik..turn sape lak ek? Harap2 Cik Dah pulak..Amin..

Sunday, June 17, 2007

Terima Kasih Ayah


Ayah, a man that I adore so much. He is my perfect father figure; funny but very responsible, strict yet very soft hearted, poor man yet very noble and respected. Ayah born in 1943 from a poor and broken family. Grandma was very poor to accept offer for Ayah to further his study to secondary level. That is why Ayah had put education as his highest priority to all his children. Ayah had raised all 14 of us to with such a strong determination despite our poverty.
Ayah was mainly a farmer, sometimes a construction worker, sometimes a rubber tapper, and sometimes even a fishmonger. There was an incident that nearly killed him when he went to the jungle and fell down from a tree, trying to get a ‘rotan’. He did everything he can as long as he can gain some money. There are times that we have nothing to eat. There are times that I cried along the way to my home when the shopkeeper was reluctant to give us credit to buy things. There are many times that we didn’t have a single baju raya. Don’t ever dreams of toys or TVs because we didn’t even have the electricity until I was in form 3. Thanks god, despite all the difficulties, we all manage to did pretty well in our studies.
I still remember during my teenage years, there was times when I was so ashamed to admit that I have a poor father. I had butterflies in my stomach when teachers ask about father’s occupation. When ayah sent me to boarding school. I asked him to just send me to the guard post and let me go to the registration and dorm by myself. I’m afraid that my friends will see my father with such a simple attire, wearing ‘selipar jepun’ and all. Little that I know that ayah had sacrificed a lot just to get me there. How hard for him to get money for fees, for my uniforms, for transportation, etc. What an ungrateful child I am! It’s not that I did not appreciate him, but when I was among friends, I felt inferior about it. But thanks god I had come to my senses when I become older. I start to realize ayah’s sacrifices for us. Ayah is not a smoker although all his friend are. Ayah never buy new clothes for himself. Ayah never ate at restaurant or warung coz he will felt sorry thinking that we all didn’t have good food at home.
To cut the story short, I had saw him for the last time when ayah sent me to Subang Airport on September 1996. I still remember exactly how he look like that day. I remember the way he look at me. How shouldn’t I? That was my last moment with him. Ever. Little that I know that’s gonna be the last. I regret that I did’t hug him and say that I love him soo much. And I truly appreciate whatever he did for me. And told him that I’m so fortunate to have a father like him.
05/03/1997, he left us eternally due to kidney problems. And a lot more diseases that I can’t remember. He keep his pain for himself, none of us know until it become worst. Just a week before he passed away, I had dreamed that he came to visit me and I fetched him at Heathrow airport. He was on the wheelchair, waving at me. I came home for his funeral, but I didn’t manage to arrive on time. Ayah had already in his eternal home, leaving us. At that time, I feel sooo lost. Life seems to lost it’s meaning to me. It takes years for me to overcome that feeling. There’s not a single day left that I had not remember him. Sometimes I feel touched when I look at our success in life, and he is not here to even share a bit of it. Although we all know that if not because of him, we may not be what we are today. Ayah, I pray that God bless you and place you among the Solihins.

Wednesday, May 16, 2007

My Teachers

Happy teachers day to all teachers in the world!

I remember one of the advert in UK during year 1998's Teachers Day Celebration. Postcards with questions like 'Who is your favourite doctor?', who is your favourite accountant?'..etc. The there's a small note below 'nobody forget their favourite teacher'. I still kept those postcards.

So, sempena Teachers day, i would like to write down here all my favourite teachers which will always be in my heart.
1. My primary school teacher, Cikgu Zainun Muda. Who gave me shoes to replace the 'very2 lusuh n berlubang' shoes when i'm in standard 2. She was the first to cal me 'mek kete' coz i have a curly hair. She borrowed me her daughters gown when i don't have one to wear during a nursery rhyme contest.

2. Cikgu Che Wan Ibrahim Che Wan Ngah, whom passed away last year, who was soo kind hearted, which i can't explain in my limited writing ability.

3. Cikgu Zarina Jupri, my homeroom teacher at MRSM Jelebu; whom are so motherly, and understanding.

4. Cikgu Umairah n Cikgu Norani at MRSM KT, who gave me Add Math Textbook where i'm the only student who cannot afford to buy one (x sampai hati nak mintak duit ngan ayah).

5. Cikgu Mohd Zainun, who make me love Chemistry sooo much and who make our school years a very exciting one.

tu aje daaa...yg lelain ingat juga..tp x leh la nak tulis panjang2.